Friday, September 21, 2012

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Terengganu 2012

Koleksi ini merupakan soalan Peperiksaan Percubaan SPM atau OTI 2 bagi Tingkatan 5 sekolah-sekolah menengah di Negeri Terengganu yang telah berlangsung .  Skema akan diusahakan, jika saya perolehinya, saya akan upload kemudian. Soalan akan diupload secara berperingkat, diharapkan semua bersabar, sekian terima kasih. Untuk memuat turun fail ini, anda perlu mendaftar secara PERCUMA dengan 4Shared.com, ini disebabkan polisi baru yang dipraktikkan oleh 4Shared.com, harap maklum. Bahasa Malaysia - [K1] [K2] Kemaskini 21/09/2012 Bahasa...

Saturday, September 15, 2012

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Akaun Emas?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Hai..Apa khabar? Ramai yang begitu ghairah melabur dengan emas sejak kebelakangan ini. Bagi yang tak mempunyai modal yang besar dan malas nak ambil risiko simpan emas kerana takut hilang mahu pun dicuri orang, maka mereka kini punyai pilihan untuk buka Akaun Simpanan Pelaburan Emas. Emas kini menjadi pelaburan yang terbaik sejak beberapa dekad kebelakangan ini, pulangan keuntungannya terus meningkat melebihi...

Friday, September 7, 2012

Petikan Daripada Berita Harian : Subjek Sejarah dirombak

Oleh Nazura Ngah Kuala Lumpur: Kerajaan sedang merangka kurikulum baru subjek Sejarah sekolah menengah untuk melahirkan warganegara bersemangat patriotisme yang tinggi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia berpandukan perakuan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah. Tumpu pada kurikulum. Beliau berkata, ia juga selaras dengan perhatian khusus kerajaan terhadap kandungan kurikulum subjek Sejarah di sekolah. Jawatankuasa khas dipengerusikan Tan Sri Omar Mohd Hashim (Pengerusi...

Monday, September 3, 2012

Petikan Daripada Berita Harian : PAV diperluas ke 150 sekolah mulai 2014

Kuala Lumpur : Progam Asas Vokasional (PAV) khusus untuk pelajar Tingkatan Satu yang kurang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 2014, membabitkan 4,500 pelajar.                                                                    ...

Friday, August 31, 2012

Koleksi Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun @ OTI 1 Tingkatan 4 - Tahun 2012

Koleksi ini merupakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau OTI 1 bagi Tingkatan 4 sekolah-sekolah menengah di Negeri Terengganu yang telah berlangsung . Walaupun agak lewat saya "publish" soalan2 ini, diharapkan ia dapat membantu para pelajar Tingkatan 4 menyediakan diri untuk peperiksaan akhir tahun yang akan datang.Skema akan diusahakan, jika saya perolehinya, saya akan upload kemudian. Soalan akan diupload secara berperingkat, diharapkan...

Petikan Daripada Berita Harian ; 13,000 peserta semarak sambutan Hari Kemerdekaan ke-55

KUALA LUMPUR: Perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka hari ini meriah dengan penyertaan 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri...

Petikan Daripada Kosmo : Semua pelajar tingkatan satu didedah latihan kemahiran

SEBAHAGIAN daripada pelajar Yayasan MySkills Malaysia gembira selepas yayasan itu menerima sumbangan berjumlah RM1.5 juta daripada Subramaniam di Kuala Lumpur semalam.Oleh SUHANA MD. YUSOPsuhana.yusop@kosmo.com.myKUALA LUMPUR – Bermula tahun depan, sistem pendidikan negara akan melalui satu perubahan apabila semua pelajar tingkatan satu di negara ini akan didedahkan dengan latihan kemahiran sehingga tingkatan lima.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri...

Petikan Daripada Harian Metro : 10 penuntut Politeknik Dungun nyaris maut bas rempuh kedai makan

DUNGUN: Sepuluh penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin nyaris maut setelah sebuah bas ekspres merempuh rumah kedai dan kedai menjual barangan basah di kilometer 84.5 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, Jalan Batu 7 berhadapan politeknik itu di sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi, kesemua pelajar diploma jurusan Kejuruteraan Elektrik tahun pertama itu baru hendak menikmati makanan di kedai berkenaan. Menceritakan detik-detik cemas itu, pelajar Azizul Hakimi Ibrahim, 18, berkata ketika kejadian, kesemua mereka berada di bahagian...

Thursday, August 30, 2012

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Inovasi SMK Tanjung Datuk diiktiraf di pertandingan reka cipta inovasi dunia

INOVASI ciptaan sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Datuk dekat Pengerang, Johor telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila menduduki tempat kedua Pertandingan Pereka Cipta Muda peringkat Antarabangsa 2012 atau International Exhibition For Young Inventors (IEYI) di Bangkok, Thailand baru-baru ini.Pengurus pasukan sekolah itu, Latifah Saat berkata, kejayaan tersebut diperoleh menerusi ciptaan...

Tuesday, August 14, 2012

Petikan Daripada Berita Harian : Keputusan SPM Ulangan Khamis ini

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2011 akan dikeluarkan Khamis ini.Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan. Seramai 14,224 calon menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 7,389 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 3,909 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik. Sebanyak 239 pusat peperiksaan dibuka pada 13 dan 14 Jun di seluruh negara. - BE...

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Harga minimum rokok ditetapkan RM7 sekotak

PUTRAJAYA 14 Ogos - Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok.Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 10 paket dalam satu karton.“Mulai 1 Sept...

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2012 Negeri Terengganu

Pengumuman kepada semua pelajar Tingkatan 5 2012 Sekolah Menengah Vokasional Dungun, pastikan anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan percubaan pada 27/08/2012 sehingga 11/09/2012.Jadual di bawah adalah jadual yang bakal digunakan, jika terdapat perubahan, ia akan diberitahu kelak. Di harapkan semua pelajar akan mematuhi jadual tersebut.Kepada guru-guru, diingatkan bahawa markah perlu di"key-in"kan oleh guru matapelajaran secara online melalui...

Monday, August 13, 2012

Petikan Daripada Utusan Malaysia : PTPTN - 4,430 lagi dikecualikan

TEMERLOH 12 Ogos - Seramai 4,430 orang lagi pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya.Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, pengecualian tersebut membabitkan pembiayaan RM116.2 juta.“Sehingga 30 Jun lepas, seramai 13,011 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman kerana cemerlang dalam pelajaran membabitkan peruntukan RM370.70 juta," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama...

Wednesday, August 8, 2012

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Anak peneroka disaran masuk kolej Felda

JEMPOL 7 Ogos - Anak peneroka disaran merebut peluang melanjutkan pendidikan dalam bidang kemahiran di Kolej Yayasan Felda di Feldajaya Selatan, dekat sini, bagi dijadikan nilai tambah terhadap kemahiran dan bakat sedia ada.Pengurus kolej berkenaan, Ishak Osman berkata, kegagalan anak peneroka mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak bermakna mereka perlu terus melupakan hasrat menyambung pelajaran."Tempoh pengajian yang ditawarkan di sini amat pendek iaitu hanya selama enam bulan bagi sijil tahap satu seterusnya mereka boleh meneruskan...

Saturday, July 28, 2012

Petikan Daripada Berita Harian : Tak memilih jurusan ditawarkan

Kuala Terengganu: Semua lepasan matrikulasi dan STPM dengan Gred Nilai Purata Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas yang gagal meneruskan pengajian, akan ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata semua 1,246 pelajar yang mendapat CGPA 2.8 ke atas berpeluang ke IPTA dengan syarat tidak memilih jurusan ditawarkan dengan surat tawaran akan dikeluarkan pertengahan bulan depan bagi sesi pengajian September ini.Tiada peluang jika tolak tawaran Jika mereka menolak tawaran itu,...

Thursday, July 26, 2012

Petikan Daripada Harian Metro : Bonus setengah bulan gaji

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam, mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan RM500 kepada pesara kerajaan.“Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, di sini.Pemberian bonus dan bayaran khas itu memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan...

Saturday, July 14, 2012

Petikan Daripada Berita Harian : Harga rokok dijangka naik

Oleh Shahrizan SalianKuala Lumpur: Duti eksais tembakau dijangka dinaikkan tiga sen sebelum pembentangan bajet tahun ini.Jangkaan kenaikan itu mengambil kira data terdahulu dan beberapa hasil kajian Laporan Kawalan Tembakau ASEAN yang diterbitkan bulan lalu. Menurut penganalisis, berdasarkan anggaran kenaikan duti cukai itu harga sekotak mengandungi 20 batang rokok dijangka naik kira-kira 60 sen. TA Securities, dalam laporan analisisnya menjangka kerajaan akan mengumumkan kenaikan sebelum pembentangan bajet 2013 pada 28 September ini bagi mengelak...

Petikan Daripada Berita Harian : 38,549 dapat tempat di IPTA untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013

Oleh Zanariah Abd MutalibPutrajaya: Seramai 38,549 lepasan Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013. Jumlah itu mewakili 73.5 peratus daripada 52,430 calon yang layak serta melepasi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian.Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata jumlah calon layak susut 1.5 peratus berbanding tahun lalu berikutan jumlah calon...

Tuesday, July 10, 2012

Petikan Daripada Berita Harian : Muhyiddin lancar Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui pembabitan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan, hari ini.Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Wawasan USJ 15 di sini. Dalam perutusannya semasa melancarkan program itu, Muhyiddin berkata, dasar 1Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya...

Sunday, July 8, 2012

Kisah Teladan : Raja Terbaik - Memilih Imam

Sultan Muhammad al-Fatih bukan sahaja menjaga amalan-amalan yang wajib, malah kosisten dalam menjaga amalan-amalan sunat. sejarah telah melakarkan betapa kata-kata ini telah dikotakan dalam kehidupan beliau.Pada hari Jumaat pertama selepas kota Constantinople ditawan, baginda dan tenteranya masuk ke Hagia Sophia untuk mendirikan solat Jumaat. Di sini, telah berlakunya peristiwa pemilihan imam Jumaat yang pertama. Apa yang menarik, rahsia kejayaan sultan terbaik ini terdedah.Pada mulanya, sultan Muhammad al-Fatih mencadangkan gurunya, Sheikh Shamsuddin...

Thursday, July 5, 2012

Nama Penerima Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan  Pertengahan Tahun 2012 SM Vokasional Dungun Senarai Nama Terbaik Mengikut Kelas Tingkatan 4 Mohamad Najib B Mohd Ali - 4KE1 Farah Liyana Bt Mohd Rodin - 4KE1 Nor Aishah Bt Abd Rashid - 4KA1 Noor Zulaikha Bt Alias - 4KM1 Anis Ain Mardiah Bt Alias - 4KM1 Mohd Syafiq B Wahab - 4KM2 Senarai Nama 5 Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4 Mohamad Najib B Mohd Ali - 4KE1 Mohd Nazri B Adzemin - 4KE1 Nur Syuhada Bt Kamaruddin - 4KE1 Wan Hafizi B Wan Mohamad - 4KE1 Che Wan Muhammad Zulfikar B C. W. M....

Sunday, July 1, 2012

Majlis Temu Murni, Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun & Majlis Penutupan Minggu Kokurikulum

Majlis Temu Murni, Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan  Pertengahan Tahun & Majlis Penutupan  Minggu Kokurikulum Tarikh : 05 Julai 2012 Masa : 09.30 pagi Tempat : Dewan Voctech Dirasmikan Oleh: Yg. Berbahagia En. Zakariah B Ali Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan pelajaran Negeri Terengganu. ...

Tuesday, June 26, 2012

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Daripada sampah kepada diesel

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD ashriq.ahmad@utusan.com.my Plastik merupakan salah satu bahan yang paling banyak digunakan hari ini bermula daripada kegunaan membungkus makanan sehinggalah sektor pembuatan pakaian. Bahan ini telah digunakan secara meluas dan kesan penggunaan plastik yang keterlaluan telah menyebabkan alam sekitar terjejas berikutan plastik yang dibuang tidak dapat diurai dalam masa terdekat. Kini kempen mengurangkan kegunaan beg plastik sedang giat disebarkan kepada masyarakat namun bagi Shamsul Bahar Mohd. Nor ia bukanlah suatu penyelesaian...

Sunday, February 5, 2012

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W Tahun 1433 H

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman...................................................Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.Itulah pertama kali...

Sunday, January 22, 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

SM Teknik Dungun (SMaTeD) akan bercuti selama seminggu bermula 20/01/2012 sehingga 28/01/2012 sempena Tahun Baru Cina 2012, semoga semua pelajar menggunakan masa cuti sebaik mungkin.Kepada semua kaum Cina, diucapkan "Selamat Tahun Baru Cina".Diharapkan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia akan semakin kukuh dan Malaysia akan terus maju dan aman damai.....

Thursday, January 19, 2012

Jadual Peperiksaan TOV Tingkatan 5 2012 Negeri Terengganu

Di bawah ini merupakan Jadual TOV Tingkatan 5 2012 Negeri Terengganu, semoga semua pelajar-pelajar terutama pelajar seluruh Negeri Terengganu amnya dan pelajar SM Teknik Dungun (SMaTeD) khususnya hendaklah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan tersebut.Walaupun ia adalah peperiksaan "Test Of Value" aka (TOV), ia amat penting untuk menilai pemahaman pelajar terhadap apa yang telah dipelajari semasa di Tingkatan 4 dahulu. Berdasarkan...