Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Monday, November 8, 2010

Hala Tuju Selepas SPM 2010

Tinggal beberapa hari lagi untuk pelajar Tingkatan 5 untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan menentukan hala tuju masa depan mereka. Adakah mereka sudah bersedia atau masih terkial-kial untuk memantapkan ilmu di dada, tiada yang tahu, kecuali diri mereka sendiri dan Allah S.W.T sahaja.

Kadang-kadang guru yang lebih memikirkan masa depan pelajar berbanding pelajar itu sendiri, tetapi kita mesti sedar sebagai orang yang lebih dewasa dan pernah menempuhi zaman tersebut, seharusnya kita membimbing mereka. Namun terdapat pelajar yang tegar dan tidak mahu berubah, pelajar seperti ini tiada dapat yang mengajar mereka kecuali membiarkan mereka melalui jalan berliku tersebut kerana manusia akan belajar melalui kesilapan dan pengalaman yang lepas.

Selepas SPM nanti apakah pilihan-pilihan yang mereka boleh pilih :

  1. Memasuki alam pekerjaan.
  2. Memasuki program matrikulasi
  3. Memasuki Tingkatan 6
  4. Mengambil sijil kemahiran
  5. Menyambung ke peringkat diploma
Jika pelajar ingin meneruskan pembelajaran maka perlulah memikirkan tentang kos pengajian. Seringkali pelajar terjebat dengan pinjaman PTPTN kerana ia cara mudah untuk menanggung kos pengajian tersebut tanpa disedari mereka akan mengambil masa sehingga 7-8 tahun untuk membayar kembali pinjaman tersebut. Tidak banyak keluarga yang dapat menanggung kos pembelajaran anak masing-masing.Faktor bilangan anak yang ramai turut menyebabkan kita bergantung dengan pinjaman pembelajaran ini, apa boleh buat.....setelah tamat pembelajaran...ditangan kanan tergengam kemas sijil/diploma/ijazah...manakala ditangan kiri tersorot butiran pinjaman yang sangat memeningkan kepala....fikir-fikirkanlah.....

Sunday, November 7, 2010

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Negeri Terengganu 2010

Di sini saya ingin berkongsi Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Negeri Terengganu 2010, oleh kerana kekangan masa, soalan tersebut saya akan upload secara berperingkat-peringkat.

Skema jawapan saya akan usahakan tetapi JANGAN terlalu mendesak ingin cepat kerana saya bukan guru yang mengajar semua subjek tersebut. jika mendapat skema daripada rakan2, barulah saya scan dan publish untuk semua, diharapkan dapat kerjasama daripada semua....

  1. Bahasa Malaysia [K1] [K2] [SKEMA]
  2. Bahasa Inggeris [K1] [K2] [SKEMA]
  3. Matematik [K1] [K2] [SKEMA]
  4. Matematik Tambahan [K1] [K2] [SKEMA]
  5. Pend. Agama Islam [K1] [K2] [SKEMA]
  6. Pend. Jasmani & Kesihatan
  7. Sejarah [K1] [K2] [SKEMA]
  8. Fizik [K1] [K2] [K3] [SKEMA]
  9. Kimia [K1] [K2] [K3] [SKEMA]
  10. Biologi [K1] [K2] [K3] [SKEMA]
  11. Sains [K1] [K2] [SKEMA]
  12. Pengajian Awam [K1] [K2] [SKEMA]
  13. Pengajian Elektrik [K1] [K2] [SKEMA]
  14. Pengajian Mekanikal [K1] [K2] [SKEMA]
  15. Lukisan Kejuruteraan [K1] [K2] [SKEMA]
Jika terdapat link yang rosak, sila minta bantuan untuk melaporkan pada ruangan komen di bawah supaya ia dapat diperbaiki dengan kadar segera, kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Saturday, November 6, 2010

Pengumuman Tarikh Hari Raya Adil Adha 2010

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada Rabu, 17 November ini bersamaan 11 Zulhijjah 1431 H. Demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, sebentar tadi.



My Acer Is Aliveeeeee........

Akhir laptop Acer aku blh beroperasi seperti biasa, 2 hari yg lepas....ia dah kondem...gara2 aku mengeksplorasi (konon2 je) Ubuntu 10.10 yg aku install pd second partition hard disk utk menggantikan Vista yg sememang lembap tahap cipan (cipan yg tak bersalah).....permasalahan bermula disebabkan GRUB yg corrupted disebabkan aku salah setup, apa2 pun kita belajar daripada kesilapan.so skrg aku menggunakan Windows 7 pd main hard disk dan Ubuntu 10.10 pd second partition.

Kenapa aku pilih Ubuntu tp bukan Linux yg lain, sbb ia mudah dipelajari dan aku cuba tidak bergantung kepada produk Microsoft sahaja, kita kena keluar daripada kebiasaan. Lagipun Ubuntu adalah PERCUMA dan boleh diinstall pd semua PC, laptop atau netbook tanpa perlu membeli lesen dan ia dibekalkan dengan kebanyakan aplikasi biasa.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila pergi ke laman berikut:



TERKINI : Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM Pendidikan Agama islam Terengganu 2010

Skema soalan Pendidikan Agama Islam Terengganu 2010 telah diupload, pautannya seperti di bawah:



Jika ingin soalan dan skema matapelajaran yang lain, sila klik pautan di bawah :


Penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat sekiranya saya mempunyai masa yang terluang, gunakan semua bahan-bahan ini sebaik mungkin, "sharing is caring" harap maklum..

Untuk maklumat terkini, sila jadi followers di twitter.com/#!/jaarsmtd , atau klik ikon di bawah



Friday, November 5, 2010

Selamat Hari Deepavali 2010


Sama-sama kita menghayati maksud tersirat daripada iklan PETRONAS Deepavali 2010 ini, "Selamat Hari Deepavali" kepada semua kaum India SeMalaysia ;p


Sunday, October 31, 2010

TERKINI : Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM Perdagangan & Tasawwur Islam Terengganu 2010

Skema soalan Tasawwur Islam dan Perdagangan Terengganu 2010 telah diupload, pautannya seperti di bawah:




Jika ingin soalan dan skema matapelajaran yang lain, sila klik pautan di bawah :


Penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat sekiranya saya mempunyai masa yang terluang, gunakan semua bahan-bahan ini sebaik mungkin, "sharing is caring" harap maklum..

Untuk maklumat terkini, sila jadi followers di twitter.com/#!/jaarsmtd , atau klik ikon di bawah


Friday, October 29, 2010

Cara Mudah Dapat Soalan & Skema Soalan Terengganu

Kepada mereka yang tertunggu-tunggu untuk mendapatkan skema bagi soalan negeri Terengganu diharapkan supaya dapat mendaftar sebagai followers di Twitter. Ini memudahkan supaya saya memberitahu dan menghebahkan jika saya telah mengemaskini koleksi soalan di blog ini. Sila klik ikon di bawah untuk join twitter saya.



Oleh kerana saya mempunyai komitmen yang lain, jadi tidak dapatlah saya mengemaskini laman blog saya setiap masa, oleh yang demikian soalan dan jawapan yang ada di laptop tidak dapat diuploadkan lagi.

Sekarang ini sedang berlangsungnya Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Negeri Terengganu, jika ada kesempatan saya akan scan dan berkongsi dengan yang lain.

Selamat berhujung minggu ......

Thursday, October 28, 2010

TERKINI : Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM Sains Terengganu 2010

Skema soalan sains Terengganu 2010 telah diupload, pautannya seperti di bawah:


Jika ingin soalan dan skema matapelajaran yang lain, sila klik pautan di bawah :


Penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat sekiranya saya mempunyai masa yang terluang, gunakan semua bahan-bahan ini sebaik mungkin, "sharing is caring" harap maklum..

Monday, October 25, 2010

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Sekolah



Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Menengah Teknik Dungun telah berjaya dilaksanakan pada 25 Oktober 2010 bertempat di Dewan Besar SM Teknik Dungun.

Para pelajar dan guru mulai berkumpul di Dewan Besar SMTD pada pukul 7.30 pagi dan acara bermula pada pukul 7.45 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis iaitu Pn. Massuza Sufian.

Diikuti dengan bacaan doa, diketuai oleh Ust Rusmi Mohamad. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku, Selamat Sultan dan SMTD Gemilang telah menghangatkan lagi suasana dewan ini.

Ucapan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Alwi Bin Mohd Ali selaku Pengetua SM Teknik Dungun.

Pelajar turut terlibat dalam acara ini dengan membuat persembahan nyanyian koir dua buah lagu iaitu Satu Malaysia dan Bahasa Jiwa Bangsa.

Deklamasi sajak turut dipersembahkan di mana ia dijayakan oleh Siti nursyuhada Nordin (5KM1) dan Muhammad Syafiq Suliman (5KM4).

Setelah semua acara telah selamat dilakukan, semua pelajar dan guru beredar ke kelas masing-masing untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk hari ini.


Sunday, October 24, 2010

TERKINI : Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM Sejarah Terengganu 2010

Skema soalan sejarah Terengganu 2010 telah diupload, pautannya seperti di bawah:

SKEMA SEJARAH PERCUBAAN TERENGGANU 2010

Jika ingin soalan dan skema matapelajaran yang lain, sila klik pautan di bawah :

SOALAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU 2010

Penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat sekiranya saya mempunyai masa yang terluang, gunakan semua bahan-bahan ini sebaik mungkin, "sharing is caring" harap maklum..

Petikan Daripada Berita Harian : Pendidikan vokasional, kemahiran fokus utama

KERAJAAN disaran merombak, menjenamakan dan menstruktur semula sekolah vokasional dan teknik mengikut arus perdana supaya kemasukan pelajar ke sekolah ini menjadi pilihan utama ibu bapa dan pelajar.

Sehubungan itu, pembentangan usul agama dan pendidikan mencadangkan supaya pendidikan vokasional dan kemahiran atau VOCTECH dijadikan fokus utama dalam usaha mengarusperdana sistem pendidikan negara supaya menepati keperluan pasaran tenaga kerja, industri dan anjakan ekonomi yang semakin terbuka.

Wakil Perak, Datuk Rosli Husin yang mencadangkan usul berkenaan, berkata sekolah aliran VOCTECH yang berorientasikan sekolah keusahawanan seharusnya dikeluarkan daripada skop kurikulum persekolahan kepada taraf pengajian tinggi.

“Tidak keterlaluan jika kita lihat pelajar lepasan institusi VOCTECH Kementerian Pelajaran sudah memiliki diploma yang setaraf dengan politeknik, kolej universiti dan universiti. Lebih serius jika bahagian pendidikan teknik kementerian dinaik taraf menjadi Jabatan Pendidikan Teknik atau VOCTECH supaya lebih fokus dan dapat mengurangkan birokrasi urus tadbir,’ katanya.

Rosli yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, turut mengetengahkan enam kerjaya profesional iaitu akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, jurutera dan juru ukur yang tidak menunjukkan jumlah Melayu dan Bumiputera melebihi atau mengatasi jumlah bukan Melayu, sedangkan majoriti di negara ini ialah Bumiputera.

Ketika menyokong usul berkenaan, wakil Puteri UMNO, Idamoerni Zakaria menyifatkan usaha menjadikan VOCTECH sebagai pendidikan arus perdana adalah sesuatu yang radikal, tetapi sangat tepat dengan keperluan industri masa kini.

Wakil Pemuda, Mohd Gasing Saling meminta Kementerian Pelajaran memberi penekanan terhadap penerapan pendidikan vokasional dan kemahiran sejak pada peringkat sekolah rendah lagi dalam transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2016.

Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Syed Mehdhar Syed Abdullah, pula memuji langkah kerajaan untuk memansuhkan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Saturday, October 23, 2010

PENTING : Pengurusan Kewangan Peribadi

Di sini saya ingin berkongsi satu ebook yang sangat berguna kepada setiap orang. Jika diperhatikan kesedaran mengenai pengurusan kewangan sangat rendah, mungkin bagi mereka ia tidak penting. Namun hakikatnya pengurusan kewangan ini patut diajar kepada golongan remaja supaya mereka dapat menguruskan kewangan dari awal.


Jangan menyangka anda telah terlewat untuk merancang kewangan anda, mulakan daripada sekarang, baca preview ebook ini, ia adalah PERCUMA. Mulakan perancangan anda dengan langkah pertama dengan mengklik ikon di bawah.

Jika ada tidak berminat untuk membaca selajutnya, anda boleh juga untuk klik pautan di bawah. Tidak salah belajar perkara yang baru, mungkin anda menyangka anda mengetahui semua perkara......tetapi mungkin tidak.


Ebook ini hanya dijual sehingga 25 / 10 / 2010 , kemudian ia akan ditutup penjualannya selama-lamanya.

Friday, October 22, 2010

Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV Untuk Sesi Tahun 2011

Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Syarat-syarat Umum:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.
  3. Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  4. Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  5. Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.
Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: http://esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran
Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.

Mengubahsuai Pilihan Permohonan:

Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.
Rayuan Kemasukan:

Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.

Kemudahan Asrama:

Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Muat Turun Borang

Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.

Petikan Daripada Harian Metro : Piranha gergasi berjaya dipancing


LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'.

Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain.

Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.

Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki.

Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.

Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman.

“Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade.

Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya. - Agensi

Wednesday, October 20, 2010

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Terengganu 2010

Kepada semua pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Dungun diharapkan dapat bersedia untuk peperiksaan akhir tahun, semoga berjaya .......

Di sini merupakan jadual peperiksaan, persiapkan diri anda untuk mencapai kecemerlangan akademik supaya menjamin kehidupan anda di masa hadapan




Sunday, September 26, 2010

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Lepasan UPSR mungkin dibenar ke aliran vokasional - TPM

MUAR 25 Sept. - Kerajaan akan merombak Sistem Pendidikan Vokasional Negara termasuk kemungkinan membenarkan lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengikuti aliran kemahiran bagi meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam pelbagai bidang industri negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk memastikan 20 peratus pelajar mengikuti aliran vokasional berbanding 10 peratus pada waktu ini.

Menteri Pelajaran itu berkata, rombakan tersebut dijangka memberi lonjakan besar kepada pendidikan vokasional negara kerana ia mengandungi beberapa elemen penambahbaikan seperti skop dan silibus mata pelajaran, kemudahan infrastruktur, keperluan industri, tenaga pengajar dan penglibatan pihak swasta.

"Pada dasarnya saya bersetuju adalah lebih baik diawalkan pelajar ini memasuki bidang kemahiran, ini memang dalam penelitian kementerian.

"Ini kerana mungkin lebih maka awal lebih panjang mereka berada dalam bidang itu dan kemahiran mereka lebih baik," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Melonjakkan Kecemerlangan Pendidikan Pagoh 2010 anjuran bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran dan Sekreteriat Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar di sini hari ini.

Program yang dihadiri kira-kira 1,000 murid tahun lima dan pelajar tingkatan empat itu turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Zulkarnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom.

Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan cadangan para pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011 yang antara lain meminta kerajaan mengembangkan rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi buruh berkualiti dalam aspek kemahiran.

Dalam blog www.1Malaysia.com.my itu, seorang pembaca yang menamakan dirinya sebgaai Mohamad menyarankan agar lepasan UPSR yang tidak berminat dengan pendidikan secara akademik dihantar ke sekolah kemahiran supara tahap keciciran persekolahan dapat dikurangkan ke paras paling minimum apabila potensi mereka boleh digilap di banyak pusat latihan kemahiran.

Muhyiddin berkata, ketika ini bidang vokasional boleh diambil oleh pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan jumlah pelajar aliran vokasional negara masih kecil berbanding negara lain.

Sedangkan, katanya, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun bagi memenuhi keperluan industri negara.

Menurutnya, kebanyakan negara maju dan Eropah termasuk Perancis mempunyai jumlah pelajar vokasional yang tinggi manakala di Indonesia sebanyak 40 peratus pelajar mereka adalah di bidang vokasional manakala Thailand hampir 60 peratus pelajarnya mengikuti aliran kemahiran.

Selepas Perancis, tambahnya, beliau akan ke Sydney, Australia dalam bulan ini untuk bidang vokasional yang diberi perhatian serius dalam sistem pendidikan mereka.

"Dalam awal tahun depan, rakyat boleh diberitahu mengenai transformasi vokasional ini dengan lebih jelas dan pada masa yang sama kita tidak mahu ibu bapa menganggap bahawa bidang vokasional adalah pilihan kedua, ini perlu diperbetulkan," katanya.

Muhyiddin berkata, rombakan itu akan memastikan skop kemahiran yang diajar bersifat praktikal dan bukan hanya teori agar lebih mempunyai hubung kait dengan keperluan industri dan pasaran kerja.

Dalam soal logistik dan infrastruktur, katanya, pihak swasta digalakkan membina sekolah kemahiran yang bersesuaian dengan lokasi seperti sekolah elektronik di kawasan perindustrian elektronik atau sekolah berkaitan pelabuhan di kawasan terdapat pelabuhan.

Beliau berkata, sekolah swasta ini akan mengikut silibus kementerian dan dengan cara itu akan mempercepatkan usaha menghasilkan lebih ramai jumlah pelajar vokasional.

Thursday, September 23, 2010

Petikan Daripada Harian Metro : Bayar PTPTN melalui potongan gaji dijangka bermula 2013

SINTOK: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.

"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah
salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.

"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang
pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Malah kata Mohamed Khaled, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke
atas peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah
sedia ada.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menetapkan gaji minima bagi membolehkan pemotongan dibuat.

Baru-baru ini PTPTN dilapor akan melaksanakan pemotongan gaji secara
wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat
demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui LHDN.

Sementara itu, mengenai rungutan sesetengah peminjam bahawa mereka masih
menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus walaupun PTPTN mengurangkannya kepada satu peratus, Mohamed Khaled berkata langkah penyeragaman tersebut akan mengambil masa.

Ini kerana katanya, PTPTN terpaksa menyemak satu persatu dokumen lebih 1.5
juta peminjam.

"Setiap peminjam buat bayaran tak sama, ada yang lebih ada yang kurang, jadi
kita kena kira satu-satu sebab tu ambil masa sikit nak tukar dari tiga peratus
kepada satu peratus.

"Yang penting jangan risau sebab caj satu peratus itu memang dilaksanakan," katanya.

Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum
persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia dan University of Nottingham,
Malaysia Campus. - Bernama

Tuesday, August 31, 2010

Soalan Percubaan SPM Terengganu 2010

Soalan percubaan akan diupload secara berperingkat disebabkan kekangan masa dan saya sedang mengusahakan untuk mendapatkan skema bagi setiap kertas soalan tersebut. kemungkinan besar skema akan diupload selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.


  1. Bahasa Melayu [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris [K1] [K2]
  3. Pend. Agama Islam [K1] [K2] [SKEMA] dikemasikini : 05/11/2010
  4. Matematik [K1] [K2] [SKEMA] dikemasikini : 27/09/2010
  5. Mat. Tambahan [K1] [K2] [SKEMA] dikemasikini : 23/09/2010
  6. Sejarah [K1] [K2] [SKEMA] dikemasikini : 24/10/2010
  7. Fizik [K1] [K2] [K3] [SKEMA] dikemasikini : 18/09/2010
  8. Kimia [K1] [K2] [K3] [SKEMA] dikemasikini : 27/09/2010
  9. Biologi [K1] [K2] [K3]
  10. Sains [K1] [K2] [SKEMA] dikemasikini : 28/10/2010
  11. Pengajian Awam [K1] [K2]
  12. Pengajian Elektrik [K1] [K2]
  13. Pengajian Mekanikal [K1] [K2]
  14. Tasawwur Islam [K1] [K2] [SKEMA] dikemasikini : 31/10/2010
  15. Pendidikan Seni Visual [K1] [K2]
  16. Perdagangan [K1] [K2] [SKEMA] dikemasikini : 31/10/2010
  17. Prinsip Akaun [K1] [K2]
  18. Lukisan Kejuruteraan

Sunday, August 29, 2010

Petikan Daripada The Star : Girl in fear after hate page used her picture

By MOHD FARHAAN SHAH
newsdesk@thestar.com.my

JOHOR BARU: A college student has lodged a police report claiming that her picture has been “hijacked” and placed on a Facebook page that hit out at members of the royalty.

Norhidayu Ahmad Radzuan, 21, said that although the Facebook page had been removed last Thursday, she was worried for her safety.

This is the second case within a week involving the social networking website Facebook, which has been used to target members of the royal family.

Norhidayu said the problem started last week when her fiance ticked off the writer of a Facebook page dubbed Sultan Yang Setan, which had mocked the rulers of Johor, Pahang, other members of the royalty and also the police.

“My fiance told the writer that he should not have said such things as it was rude,” she said.

Norhidayu alleged that several days later, she was shocked to find that the writer had “copied” a photo of her from her fiance’s Facebook page and put it as the profile picture on the Facebook page that hit out at the rulers.

“Although the page has been removed, I am worried that people will think that I did the whole thing,” she said.

She said that she subsequently lodged a police report at the Masai Police Station on Wednesday to safeguard herself especially in the wake of people posting insults about rulers on the Internet including in Johor.

A police official confirmed the report.

On another recent posting on the Internet several days ago, police are investigating a Facebook page by an individual claiming to be the future wife of Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

The page, Diari Harian Tunku Mahkota Johore, contained the supposed daily activities of Tunku Ismail and photographs of him at public events.

Besides this, a profile page named Tunku Ismail, claiming to be that of the Tunku Mahkota Johor, had been created.

Friday, August 27, 2010

Soalan Percubaan SPM Terengganu 2009

Terlupa pulak nak upload soalan percubaan tahun lepas (2009), bila nak scan soalan terkini baru terperasan soalan ini tidak upload lagi....sorry le ek..lagipun soalan2 ni tak sempat untuk diedit dan dibersihkan sepenuhnya....Kebanyakan soalan tersebut bersaiz besar kerana revolusinya ialah 600 dpi, jadi saya terpaksa asing2 mengikut kertas masing2....


Bahasa Melayu - [K1] [K2]
Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2]
Sejarah - [K1] [K2]
Matematik Moden - [K1] [K2]
Matematik Tambahan - [K1] [K2]
Fizik - [K1] [K2] [K3]
Kimia - [K1] [K2] [K3]
Biologi - [K1] [K2] [K3]
Sains - [K1] [K2]
Pengajian Awam - [K1] [K2]
Pengajian Elektrik - [K1] [K2]
Pengajian Mekanikal - [K1] [K2]
Lukisan Kejuruteraan
Prinsip Perakaunan - [K1] [K2]
Perdagangan - [K1] [K2]
Tasawwur Islam - [K1] [K2]
Pendidikan Seni Visual - [K1] [K2]
EST - [K1] [K2]

Download Anime : Naruto Shippuuden 175



Naruto Shippuuden 175 entitled "Hero of the Hidden Leaf"


Hotfile:



Fileserve:




If you want more link to download Anime like Naruto Shippuuden,
Bleach, One Piece, Fairy Tail, Fullmetal Alchemist

GO TO :


Wednesday, August 25, 2010

Petikan Daripada Harian Metro : Najib umum duit raya untuk petugas awam dan pesara


KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

Tuesday, August 24, 2010

Download Anime : Bleach 285


Bleach 285 is entitled "The Hundred-Year Grudge! Hiyori's Revenge".





If you want more link to download Anime like Naruto Shippuuden,
One Piece, Fairy Tail, Fullmetal Alchemist

GO TO :


Monday, August 23, 2010

Petikan Daripada BERNAMA : Embrace change to succeed

Noor Rezan says that while teachers should rely on their knowledge and expertise they should not dismiss other educational tools

PROGRESS in the country’s education system as mapped out by the National Key Result Areas (NKRA) can be achieved only if educationists are willing to embrace and adapt to change.

(The Education NKRA is the platform and initiative to improve the students performance in schools apart from providing them with the access to better education quality.)

Education Deputy Director-General (Educational Operations Sector) Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim said educationists must be willing to deal with issues and the various challenges ahead to ensure that all plans mapped under the 10th Malaysia Plan (10MP) are a succcess.

Teachers should make make it a point to upgrade their skills especially in today’s digital era where changes are taking place at a rapid rate.

Citing an example of English Language teachers with many years of experience, Noor Rezan said that while these teachers have the knowledge and expertise, they should not dismiss other teaching tools that come with technology such as the Internet and computer software as these tools would only enhance their teaching skills.

New approach

The methods of teaching before were with textbooks and the blackboard, but the methods of educating children these days are through various technological tools which is why teachers have to be adept at using them. she added.

Teachers must make an effort to learn how to use the computer as their students are ‘savvy’ at using the machines, she said.

As educators, teachers must be prepared to adapt as the use of Information and Communication Technology (ICT) helps them improve classroom teaching, added Noor Rezan

“They (teachers) must be open-minded and be aware that children of today are more Internet savvy and are not so receptive to taking down notes from the blackboard.

Teachers who only rely on textbooks will not be able to move up, or keep abreast of new developments, she said.

She also called on the teachers to focus on improving their students’ performance as it will improve their respective school’s standing, which in turn will enable the school to achieve the High Performance School (SBT) status.

Securing such credentials were necessary as they were in line with the country’s effort in achieving developed status by the year 2020.

Noor Rezan said the ministry’s objective was to have another 30 schools with SBT status next year apart from the existing 20 schools with similar status.

The 20 schools include 14 secondary schools and six primary schools. Ten of the secondary schools are boarding schools while the rest are day schools.

Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also the Deputy Prime Minister had said earlier that based on the ministry’s Key Performance Index (KPI), there would be 50 such schools by 2012.

On incentives for headmasters and teachers, Noor Rezan said it was to help them achieve better performance for their schools.

“The success of a school does not only depend on its teachers, but from the support of its students’ parents.

“Teachers who are committed in dispensing their tasks will be rewarded with incentives.”

Apart from the Outstanding Teacher Award, there are also awards for innovative teachers together with incentives in the form of promotions and scholarships for exemplary teachers.

On the Literacy and Numeracy (Linus) programme, Noor Rezan said the programme is geared towards ensuring that all Malaysian children without learning disabilities, are able to read and write Bahasa Malaysia and do basic mathematics by Year Four.

Beginning this year, all Year One pupils will be screened three times a year — in March, June and September — to identify those who do not meet the required reading, writing and counting standards.

The ministry has already set aside an allocation of RM400 mil for the programme for 2010 to 2012.

“So far we have trained 15,500 facilitators and rehabilitation teachers for the programme,” she added. — Bernama

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Kepada semua pelajar Tingkatan 5 SM Teknik Dungun diharapkan dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2010 ini, walaupun dalam Bulan Ramadhan, ia bukan satu halangan tetapi lebih kepada pedorong untuk mencapai kejayaan.

Ingat motto sekolah kita :

"3A Satu Kewajipan, 6A Satu Keperluan, 10A Satu Pengharapan"

Buktikan anda semua boleh berjaya !!!!!

Sunday, August 22, 2010

Download Anime : Naruto Shippuuden 174


Naruto Shippuuden 174 entitled "Tale of Naruto Uzumaki"





If you want more link to download Anime like Naruto Shippuuden,
Bleach, One Piece, Fairy Tail, Fullmetal Alchemist

GO TO :


Wednesday, August 18, 2010

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Nur Madihah mahu tukar pengajian ke UK, AS

KOTA BHARU 16 Ogos - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 19, yang kini menuntut dalam bidang fizik di Universiti Sains dan Teknologi Jordan berhasrat untuk bertukar tempat pengajian ke United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, hasrat itu kerana dia melihat peluang lebih luas wujud di negara berkenaan yang lebih kerap membuat penemuan-penemuan baru dalam bidang sains dan teknologi.

"Tidak dinafikan memang saya yang memohon menyambung pelajaran di sana (Jordan) tetapi selepas setahun, apa yang boleh dikatakan saya rasa masa muda perlu dipacu lebih laju apatah lagi dengan dana Bank Negara Malaysia (BNM), saya harus memanfaatkan itu semua

"Dengan menempatkan diri lebih awal bersama saintis-saintis di negara yang berpaksikan sains dan teknologi, ia lebih membantu saya mendepani perkembangan terkini dalam bidang itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Nik Nur Madihah pulang ke rumah lama ibu bapanya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa di sini kerana cuti semester musim panas selama tiga bulan bermula 4 Julai lalu.

Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) itu, sekiranya diberi peluang dia berhasrat melanjutkan pengajian ke negara Barat sebaik sahaja cuti semester berakhir pada pertengahan September ini.

Hasrat bertukar universiti itu, katanya, sudah disampaikan kepada BNM yang menaja pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Fizik Gunaan di Jordan dan menyerahkan kepada budi bicara penaja sama ada bersetuju dengan cadangan tersebut atau sebaliknya.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai cadangan hendak bertukar pusat pengajian ke Barat kerana bimbang disalah erti oleh sesetengah pihak atau menimbulkan kontroversi.

"Pengajian di sana (Jordan) baik-baik sahaja, malah dalam keputusan peperiksaan pada semester lepas, saya mengekalkan prestasi sedia ada dan tidak timbul masalah untuk meneruskan pengajian, namun saya mencari kepuasan untuk bersaing," ujarnya

Faktor ketiadaan rakan-rakan senegara dalam bidang yang sama juga antara penyebab dia mahu 'bertukar angin' ke negara lain.

"Pelajar Malaysia di sana mengambil bidang perubatan atau syariah dan hanya saya seorang yang mengambil fizik, jadi saya tidak mempunyai rakan diskusi atau kumpulan belajar dari negara yang sama," katanya.

Kejayaan Nik Nur Madihah dalam SPM mendapat perhatian banyak pihak apabila dia mencatat sejarah pencapaian tertinggi dengan memperoleh 19A1 dan 1A2 walaupun kehidupannya dilingkari kemiskinan.

Kejayaan itu membuka mata banyak pihak termasuk kerajaan negeri apabila menghadiahkan sebuah rumah teres setingkat di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dianggarkan bernilai lebih RM100,000.

Bagaimanapun, Nik Nur Madihah dan keluarganya masih tinggal menyewa di rumah lamanya kerana mahu memberi laluan kepada adik bongsunya, Nik Nur Ain Amirah, 12, mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah berhampiran.

Sementara itu, cuti selama tiga bulan dimanfaatkan oleh Nik Nur Madihah dengan menerima jemputan mengadakan ceramah dan lebih 20 sekolah menengah dan rendah serta masjid telah dikunjunginya.

Tuesday, June 1, 2010

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Ibu 10 anak terima ijazah

SHAH ALAM 27 Mei - Walaupun bergelar ibu kepada 10 anak, Tuan Nor Ashikeen Tuan Mohd. Yusoff, 34, tidak pernah menjadikannya halangan untuk berjaya dalam akademik. Dia membuktikannya apabila berjaya menggenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-72 di sini hari ini.

Editor sebuah majalah bisnes itu menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan).

Mengikuti Pengajian Luar Kampus (PLK), beliau juga bangga kerana dapat merealisasikan impian arwah ibunya, Raja Fatimah Tuan Mohd. Yusoff yang mengharapkannya melanjutkan pelajaran walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

"Saya begitu bertuah kerana suami menggalakkan saya menyambung pelajaran dan sanggup membantu daripada pelbagai segi bagi meringankan tanggungjawab saya.

"Suami yang menjadi tonggak kejayaan saya pada hari ini kerana dialah orang yang bertanggungjawab membantu mendaftarkan saya melanjutkan pelajaran ke UiTM," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tuan Nor Ashikeen berkata, dia berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Sarjana di universiti yang sama pada Disember ini.

Menceritakan cara dia membahagikan masa untuk belajar, Tuan Nor Ashikeen memberitahu, dia akan mula mengulang kaji pelajaran dan menyelesaikan segala tugasan apabila anak-anaknya tidur.

"Saya bertuah kerana setiap kali ada peperiksaan, suami saya akan membantu saya mengulang kaji dan dia begitu bersungguh-sungguh membantu saya seolah-olah dia juga akan masuk ke dewan peperiksaan," katanya lagi.

Tambahnya, beliau berhasrat menjadi seorang pendidik bagi berkongsi pengalamannya selama 12 tahun dalam bidang penerbitan dan penulisan.

Turut menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi massa (Kewartawanan) di majlis yang sama ialah rakan sekelas Tuan Nor Ashikeen, Mohammad Mudanoran Mohamad Mushaari, 40.

Mohammad Mudanoran yang juga seorang jurugambar berkata, dia gembira kerana berjaya menamatkan pengajian selepas menempuh pelbagai halangan.

"Saya terpaksa mengorbankan cuti tahunan untuk mengulang kaji dan menyiapkan tugasan," kata bapa kepada enam orang anak ini.

Ujarnya, beliau akan menumpukan segala perhatian ketika di dalam kelas dan sekiranya tidak faham dia akan terus bertanya kepada pensyarah selain selalu berhubung dengan tenaga pengajarnya.

Katanya, selain itu dia akan cuba untuk menyalin semua nota walaupun dia tidak faham dan akan cuba untuk membacanya apabila sampai di rumah.

Thursday, May 13, 2010

Kem Easy Add Math Mac 2010 di SM Teknik Dungun

Di atas permintaan pelajar yang sangat berminat dengan subjek Matematik Tambahan, maka Kem Easy Add Math Jun 2010 (Topik Tingkatan 5) akan diadakan seperti maklumat berikut.

Tarikh : 8 Jun (Selasa) -11 Jun (Jumaat) 2010
Tempat : SM Teknik Dungun
Bayaran : RM 110 / pelajar

Tarikh Tutup: 25 Mei 2010

Hubungi : Cgu Harun (013-9333137)

Sila muat turun fail-fail di bawah untuk maklumat lebih lanjut.


Brosur [ page 1]
Brosur [page 2]
Borang EAMCSMTD610 1
Borang EAMCSMTD610 2

Wednesday, May 12, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : LHDN kutip pinjaman PTPTN mulai tahun ini

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

Kabinet beri kelulusan tangani masalah tunggakan hutang

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tahun ini akan menjadi kumpulan pertama yang merintis pembayaran balik melalui potongan gaji secara automatik menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ia berikutan Kabinet secara prinsipnya sudah bersetuju, minggu lalu, supaya LHDN diberi tanggungjawab menjadi ejen kutipan berkenaan bagi mengatasi masalah tunggakan hutang oleh peminjam yang dihadapi perbadanan itu sejak kebelakangan ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata melalui pendekatan terbaru itu, pelajar terbabit akan terus diberikan nombor akaun LHDN ketika menandatangani dokumen perjanjian untuk mendapat pinjaman PTPTN bagi memudahkan pembayaran balik pinjaman dibuat.

“Pelajar yang membuat pinjaman PTPTN tahun ini mungkin menjadi kumpulan pertama yang perlu membayar balik melalui kaedah berkenaan dan pembayaran akan bermula apabila mereka tamat pengajian dan mendapat pekerjaan sama ada dengan kerajaan atau swasta.

“Bagaimanapun, ini akan dibuat berdasarkan persiapan LHDN kerana ia membabitkan pemindaan akta,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Laporan akhbar sebelum ini memetik Mohamed Khaled sebagai berkata, kerajaan memerlukan dana lebih RM5 bilion setahun menjelang 2013 bagi membiayai pinjaman pendidikan yang bertambah disebabkan meningkatnya pelajar yang memasuki pusat pengajian tinggi memerlukan pinjaman.
Tahun lalu, Dewan Rakyat dimaklumkan lebih RM3.2 bilion hutang pinjaman masih tertunggak dengan RM1.535 bilion membabitkan peminjam yang gagal dikesan.

Perbadanan itu dijangka mengalami defisit sebanyak RM46 bilion pada 2020 jika peminjam PTPTN mengelak membayar balik tunggakan pinjaman dan keadaan berkenaan akan memaksa Kementerian Pengajian Tinggi menjalankan kajian kemampuannya memberi pinjaman pada masa depan walaupun daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Sejajar perkembangan terkini itu, Mohamed Khaled berkata, PTPTN dan LHDN akan mengadakan perbincangan lebih lanjut untuk menentukan mekanisme pelaksanaan terbabit yang disasarkan selesai dalam tahun ini untuk memastikan peminjam dapat membayar balik pinjaman dengan cara lebih berkesan.

#PS Daripada Admin - Hendak belajar perlukan duit, selepas tamat pengajian di IPTA atau IPTS belum tentu mendapat pekerjaan yang tetap tetapi perlu membayar balik pinjaman. Di tangan kanan ada segulung ijazah namun di tangan kiri terdapat penyata pinjaman yang sangat membebankan. Oleh itu para pelajar perlulah berusaha untuk mendapat biasiswa, kalu tidak sampai beranak pinak masih berhutang dengan PTPTN itu.....

Saturday, May 1, 2010

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Semak keputusan ke IPTA mulai hari ini

KUALA LUMPUR 30 April - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh menyemak keputusan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi 2010/11 esok bermula pukul 12 tengah hari.


Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.


Menurut kenyataan itu, semakan boleh dibuat menerusi laman web kementerian atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.


''Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran kemasukan ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan sebelum atau pada 15 Mei ini.


''Pemilihan bagi kes rayuan adalah berdasarkan kekosongan tempat dalam sesebuah program pengajian selepas pendaftaran pelajar baru IPTA bermula dan keputusan akan dikeluarkan pada minggu ketiga Julai ini,'' jelas kenyataan itu.


Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA bagi Program SPM/Setaraf adalah pada 3 atau 4 Julai ini manakala bagi Program Asasi pula pada 23 Mei ini.


''Tahun ini kementerian melaksanakan tawaran terbuka bagi program ini, justeru calon cemerlang SPM 2009 mungkin menerima lebih daripada satu tawaran ke IPTA.


''Calon yang gagal digalakkan menyambung pelajaran ke politeknik, tingkatan enam, kolej komuniti dan mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia,'' jelasnya.


Untuk sebarang pertanyaan calon boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88835858 atau 03- 88835848.


Sunday, April 25, 2010

Info : Terjemahan Al-Quran Per Perkataan


Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan2 satu produk yang sangat bermanfaat iaitu terjemahan Al-Quran per perkataan. Sila lihat gambar di bawah :

Kelebihan Terjemahan Al-Quran ini :

  • Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
  • Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
  • Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar
  • Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
  • Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang.
Jika berminat dengan terjemahan ini, sila klik banner di bawah untuk ke laman web jualan tersebut.

Thursday, April 22, 2010

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Program pelajar cari pasangan soleh, solehah

JOHOR BAHRU 21 April - Seramai 800 penuntut Politeknik Johor Bahru menyertai Program Mencari Pasangan Soleh dan Solehah di sini baru-baru ini.


Program kelolaan Jabatan Pengajian Am dan Kelab Rakan Muda Masjid politeknik itu turut disertai oleh penuntut khas dari kalangan pekak dan bisu serta penuntut bukan Islam.


Ketua Kursus Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am politeknik itu, Wan Zakiah Wan Yunus berkata, program berbentuk forum itu diadakan bagi menangani masalah peningkatan kes perceraian di kalangan pasangan muda.


Katanya, forum yang menampilkan ahli panel iaitu Mohd. Nasri Rahman dari Bahagian Pembangunan Keluarga dan Siti Arfah Mohd. Yusuf dari Pejabat Agama Daerah Muar turut membincangkan mengenai peningkatan bilangan anak luar nikah.


"Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menghindari perkara tersebut daripada berlaku di kalangan golongan muda khususnya penuntut politeknik.


"Diharap para peserta dapat mengambil manfaat daripada program tersebut dan mengaplikasikan pengajaran yang diperoleh dalam kehidupan seharian kelak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.


KOMENTAR : Admin berharap kepada mereka yang menyertai program ini akan mendapat calon2 yang baik dan jangan lupa bawa berjumpa dengan ibu bapa untuk mendapatkan keizinan dan keberkatan ;p


Saturday, April 3, 2010

Soalan TOV Tingkatan 5 Negeri Terengganu 2010

Oleh kerana kesuntukan masa, baru sekarang saya sempat memuat naik soalan TOV Terengganu yang lepas. Oleh itu soalan tersebut akan dimuat naik secara berperingkat dan diharapkan semua dapat bersabar. Soalan tersebut saya imbas daripada kertas soalan asal, jadi kualiti adalah kurang tapi masih boleh dibaca. Untuk mengecilkan saiz fail pdf tersebut saya terpaksa mengecilkan revolusinya menjadi 300. Kerjasama semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih....

  • Bahasa Melayu [4Shared.com]
  • Bahasa Inggeris [4Shared.com]
  • Matematik [4Shared.com]
  • Matematik Tambahan [4Shared.com]
  • Pengajian Agama Islam [4Shared.com]
  • Pengajian Elektrik [4Shared.com]
  • Pengajian Mekanikal [4Shared.com]
  • Pengajian Awam [4Shared.com]
  • Sejarah [4Shared.com]
  • Fizik [4Shared.com]
  • Kimia [4Shared.com]
  • Lukisan Kejuruteraan [4Shared.com]

Sunday, March 28, 2010

Pekan Buku daerah Dungun 2010


Berita baik kepada pembaca dan pengemar buku di daerah Dungun, di mana satu Pekan Buku akan diadakan pada 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010 bermula 9.00 pagi hingga 7.00 malam bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Pekan buku ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Dungun (PPD Dungun) dan Persatuan Pengusaha Kedai Buku Melayu Terengganu (PERKEB).

Diharapkan semua orang ramai beramai-ramai hadir bersama ahli keluarga untuk menyemarakkan minat membaca di kalangan orang ramai. Inyaallah saya akan hadir dengan membawa anak-anak bersama.


Thursday, March 4, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : Keputusan SPM/STAM diumum Khamis depan

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan 11 Mac ini (Khamis).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 manakala STAM 6,920 calon.

Sukan Tahunan DuTechS 2010

SM Teknik Dungun telah berjaya melangsungkan acara Sukan Tahunan 2010 dengan jayanya tanpa kehadiran aku. Ini disebabkan aku bercuti selama seminggu sempena kelahiran anak ke-4. Sepatutnya aku bertugas sebagai hakim balapan tetapi oleh kerana ketiadaan ini, maka terpaksalah rakan-rakan yang lain mengantikan tugas aku tersebut.

Di bawah ini terdapat gambar2 semasa upacara perbarisan yang telah diambil oleh Cgu Jissmaniar Bt. Hussin.



Jika ingin melihat gambar2 yang lain, sila klik alamat galeri di bawah :
http://www.shareapic.net/content.php?gid=792048&owner=jaarsmtd


Friday, February 26, 2010

Info Awal : Pengumuman Keputusan SPM 2009

Kepada semua pelajar yang menunggu keputusan SPM 2009, maklumat terkini yang diperolehi mengatakan bahawa keputusan SPM 2009 akan dikeluarkan pada 11/03/2010 Hari Khamis, oleh itu diharapkan semua pelajar bersabar dan sila menunggu pengumuman sebenar tarikh tersebut. Harap maklum...

Tuesday, February 23, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : NUTP mahu sekolah, MSN diajak bincang

Kementerian perlu cari kata sepakat wajib pelajar sertai satu jenis sukan tahun depan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Kementerian Pelajaran membincangkan dengan lebih mendalam dengan sekolah, guru dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai pelaksanaan keputusan mewajibkan semua pelajar menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbincangan itu perlu bagi menguntungkan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar.

Tidak semestinya tenaga pengajar terdiri daripada jurulatih profesional, tetapi kita juga mengalu-alukan bekas atlit yang mempunyai pengalaman untuk dikongsi bersama pelajar.

"Guru besar dan pengetua juga perlu mengubah sikap mereka dan menjadikan sukan antara subjek penting di sekolah selain akademik," katanya mengulas cadangan Kementerian Pelajaran mewajibkan pelajar sekolah rendah dan menengah mengambil satu jenis sukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, jawatankuasa sementara akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar menyertai sukan.

Hashim berkata, langkah itu memberi peluang kepada guru terutama yang mempunyai ijazah sains sukan memanfaatkan ilmu mereka.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata keputusan itu antara cara meningkatkan martabat sukan dan melahirkan jaguh peringkat dunia.

"Untuk merealisasikan peraturan ini, kementerian perlu bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan. Cara ini dilakukan sekolah seperti di New Zealand dalam bidang sukan seperti gimnastik," katanya.

Petikan Daripada Bernama : Pendaftaran SPM dan STAM Tahun 2010

KUALA LUMPUR: Pendaftaran untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 dibuka mulai 1 Mac.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataan semalam berkata, tarikh akhir pendaftaran ialah pada 31 Mac.


Borang pendaftaran calon persendirian boleh didapati di Jabatan Pelajaran Negeri berhampiran dan borang pendaftaran calon sekolah boleh didapati di sekolah.


Menurut LPM, pendaftaran lewat tidak akan dilayan dan maklumat terperinci pendaftaran ini boleh didapati dengan melayari http://www.moe.gov.my/pm. - Bernama

Monday, February 22, 2010

Info Terkini : Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Ke SM Teknik Dungun

Kepada semua pelajar Tingkatan 4 yang berminat untuk menyambung pembelajaran di aliran Teknikal, masih terdapat kekosongan di SM Teknik Dungun, di mana kekosongan ini melibatkan semua aliran iaitu Pengajian Elektrik, Pengajian Mekanikal dan Pengajian Awam.

Setiap pemohonan mestilah melepasi kriteria iaitu :

  • Bahasa Malaysia - B
  • Bahasa Inggeris - B
  • Matematik - B
  • Sains - B
  • Kemahiran Hidup - B
Semua permohonan mestilah melalui Tuan Pengetua, Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali atau Penolong Kanan Pertadbiran, En. Mohd Yatim Bin Mat, dengan menghubungi pihak sekolah melalui telefon di talian 09-8452700 atau datang sendiri ke pejabat sekolah dengan membawa slip keputusan PMR 2009 dan salinan kad pengenalan.

Setiap permohonan yang berjaya, inyaallah kemudahan asrama akan disediakan. Rebutlah peluang yang masih terbuka ini.

"SELAMAT BERJAYA"

Friday, February 19, 2010

Petikan Daripada Harian Metro : Keputusan STPM 2009 diumum Khamis depan

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM nombor kad pengenalan dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh itu.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. - Bernama


Sunday, February 14, 2010

Petikan Daripada Harian Metro : Kempen aib (Kempen ‘no panties’)

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB dan YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB
yusliza@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Kempen ‘no panties’ (tanpa seluar dalam) yang dipromosikan di kalangan penuntut wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) sempena Hari Kekasih mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan pelajar yang rata-rata mengutuk tindakan individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab mempromosikannya.

“Sebagai masyarakat Timur yang berpegang pada adat dan budaya, tidak sepatutnya perkara ini berlaku, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang seharusnya mengisi waktu terluang dengan perkara berfaedah.

“Malah daripada sudut agama sudah jelas Hari Kekasih diharamkan, apatah lagi menyambutnya dengan pelbagai cara yang bertentangan ajaran Islam.

“Justeru, pelajar khususnya beragama Islam perlu menjauhi perkara ini supaya perjuangan mereka menuntut ilmu di menara gading mendapat keredaan Allah,” katanya, semalam.

Adyani yang juga pelajar tahun kedua Fakulti Pendidikan Universiti Malaya berkata, sepatutnya sambutan seumpama ini tidak perlu wujud kerana banyak cara lain boleh dilakukan untuk menghargai pasangan masing-masing.

Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Norizzati Abdullah, 20, pula menyifatkan kempen yang menyarankan gadis tidak memakai seluar dalam ketika keluar dengan pasangan sempena Hari Kekasih sebagai menjijikkan dan memalukan wanita.

“Lebih mendukacitakan kerana ia mendapat sambutan beberapa pelajar Melayu beragama Islam. Jelas menunjukkan mereka hanya mempunyai ilmu tinggi tapi pegangan agama cetek.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau tindak-tanduk anak mereka yang menuntut di IPT supaya perkara sebegini dapat dihindari,” katanya.

Harian Metro semalam turut melaporkan, wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor mengecam kempen itu di kalangan penuntut wanita di IPT.

Ketuanya, Dr Ruziaton Hasim, berkata sungguh menyedihkan apabila usaha itu tidak dilihat sebagai tindakan menjijikkan di kalangan penuntut wanita, malah disambut dengan gembira.

Malah, pertubuhan bukan kerajaan itu juga berharap semua pelajar wanita, terutama golongan Muslim, menjauhi promosi itu kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta amalan murni masyarakat.

Sementara itu, “Haram bagi setiap umat Islam menyambut Hari Kekasih,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang mengingatkan umat Islam, khususnya remaja, supaya tidak terpengaruh dengan budaya Barat yang meraikan Hari Kekasih atau ‘Valentine’s Day’ yang disambut hari ini.

Sebagai umat Islam, Harussani berkata, konsep menyambut Hari Kekasih setiap 14 Februari perlu ditolak berikutan ia sebenarnya hari memperingati kematian seorang paderi anti-Islam, Saint Valentine, yang dijatuhkan hukuman bunuh pada tarikh itu.

Katanya, jika ada individu menyambut Hari Kekasih, secara tidak langsung mereka turut menyokong kematian paderi itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...