Saturday, January 31, 2009

Perjuangan Bermula

Esok akan bermulanya peperiksaan tov, diharapkan semua pelajar tingkatan 5 sudah bersedia untuk menghadapinya. Walaupun ia hanya untuk menilai prestasi dan pemahaman yang lepas, namun ia akan menjadi kayu pengukur untuk memantapkan para pelajar. Segala kekurangan akan dapat diperbaiki supaya ia tidak berulang lagi. Namun semua pelajar tingkatan 5 harus sedar, kecemerlangan adalah digalas oleh mereka dengan diibantu sepenuhnya dan ingatlah

"3A SATU KEWAJIPAN, 6A SATU KEPERLUAN, 10A SATU PENGHARAPAN "

Thursday, January 22, 2009

Peperiksaan TOV Tingkatan 5 2009

Peperiksaan TOV untuk pelajar Tingkatan 5 akan bermula pada 1/2/2009 iaitu selepas naik cuti sempena Tahun Baru Cina. Oleh itu diharapkan para pelajar akan mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Jadual peperiksaan adalah seperti di bawah dan jika tiada perubahan.

Friday, January 2, 2009

Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah Kali Pertama

Pada 1 Januari 2009, jam 12.50 t/hari telah berlangsung mesyuarat JKS Kali Pertama bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SMTD iaitu Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali dan dijalankan selepas Mesyuarat Guru Kali Pertama. Isi utama yang diperbincangkan adalah "Strategi Memperkasakan Kecemerlangan Akademik Untuk Tahun 2009".

MISI AKADEMIK 2009
  1. Pelajar lulus SPM 100%.
  2. Gred Purata Sekolah 4.70.
  3. Tempat Ke-2 SMT Peringkat Kelantan & Terengganu.
  4. Tempat Ke-15 SMT Peringkat Kebangsaan.
  5. Tempat Ke-20 Peringkat Negeri Terengganu.
  6. Ada pelajar Straight "A".
STRATEGI MEMPERKASAKAN P&P
  1. Teknik dan kaedah P&P.
  2. Penggunaan bahan bantu belajar.
  3. Penglibatan pelajar dalam P&P.
  4. Latihan pelajar.
  5. Budaya kerja cemerlang.