Thursday, October 30, 2008

Keputusan PTK Bagi Bulan Ogos 2008

Kepada rakan2 guru dan kakitangan awam yang ingin menyemak keputusan PTK, bagi sesi Ogos 2008 boleh menggunakan 2 cara iaitu

  1. menghantar sms "PTK NO IC" ke 39003.
  2. melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menekan ikon di bawah :

"Semoga Berjaya"

PDF Printer 2009 V1.3.2


** Program ini adalah PERCUMA dan tidak memerlukan lesen. Ia boleh digunakan untuk menukarkan fail dokumen Word kepada format PDF yang lebih kecil untuk memudahkan penyimpanan dokumen.


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.percuma-muaturun-software.blogspot.com/


PAUTAN MUAT TURUN :

http://rapidshare.com/files/158601180/pdfprinter.zip

Tuesday, October 28, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM KELANTAN 2008

Semalam badan tak sihat, hidung dan muka sembab kerana resdung so saya tak berkesempatan untuk meng"upload" soalan sepenuhnya, hari ini hanya ini sahaja yang dapat dikongsi bersama. Kalu ada kesempatan dan bahan ada, saya akan menambah sebelum berlangsungnya SPM. Semoga pelajar dapat menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji dengan bersunguh2.

Saya membuat 2 link iaitu di server ziddu.com dan 4shared.com. Sila gunakan link yang pertama, jika terdapat "broken link", maka perlulah gunakan link yang kedua. Biasa le kali letak kat server percuma, kadang2 xleh download, so langkah berjaga2 saya buat 2 link tersebut.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW !
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW !
  3. Matematik - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW ! K1
  4. Matematik Tambahan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  5. Sejarah - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW ! K1
  6. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  7. Fizik - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  8. Kimia - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  9. Biologi - [K1] [K2] [K3]
  10. ICT - [K1] NEW !

Thursday, October 23, 2008

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

Sekarang sedang berlangsung Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Dungun dan semoga para pelajar menjawab dengan bersungguh-sungguh kerana ia akan menentukan kedudukan mereka untuk tahun hadapan.

Jika diizinkan Allah, saya akan cuba untuk "scan & clean" soalan2 tersebut untuk dikongsi bersama tetapi mungkin selepas tamat sahaja peperiksaan tersebut. Ini bertujuan supaya tidak berlaku kebocoran kertas soalan kerana kemungkinan jadual peperiksaan setiap sekolah adalah berbeza. Lagipun masa untuk "scan, clean & edit" soalan2 tersebut mengambil masa yang panjang, selalunya bagi 10 muka surat saya memerlukan 1jam untuk membersihkannya. Kalu soalan 30 muka surat, saya terpaksa duduk di depan desktop selama 3 jam....letih gak tu ;p

Mengenai skema jawapan, saya akan usahakan tetapi mungkin sukar sedikit kerana biasanya skema yang dibekalkan mempunyai kesilapan dan perlu diperbetulkan oleh guru matapelajaran. Oleh kerana saya hanya mengajar Fizik, maka skema yang lain perlu diminta daraipada rakan2 yang lain jadi mungkin ada kesukaran di situ. Semua guru akan sibuk menanda kertas kerana markah pelajar perlu diserahkan sebelum cuti akhir tahun.


Sunday, October 19, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM JOHOR 2008

Saya akan publish soalan secara peringkat dan di bawah ini saya buat 2 link iaitu di 4shared.com dan ziddu.com, terpulang kepada anda untuk menggunakan link yang mana. Saya buat demikian ialah supaya tidak berlaku "error link" semasa menggunakan 4shared.com. Namun masih terdapat pautan yang masih tidak diaktifkan lagi, jadi harap bersabar.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  3. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  4. Matematik - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  5. Matematik Tambahan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  6. Prinsip Perakauan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  7. Ekonomi Asas - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  8. Perdagangan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  9. Pendidikan Seni Visual - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  10. Sains Pertanian - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  11. Sejarah - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  12. Sains - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  13. Sains Tambahan - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3] NEW!!
  14. Biologi - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  15. Kimia - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  16. Fizik - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  17. Pendidikan Moral - [K] atau [K] NEW!!
  18. Kesusasteraan Melayu - [K] atau [K]NEW!!
  19. ERT- [K1] [K2] atau [K1] [K2]NEW!!
  20. EST - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  21. ICT - [K1] NEW!!

Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik 2009


MAKLUMAT KEMASUKAN KE SMT 2009

Pada kali ini, cara permohonan ke sekolah teknik hanya menggunakan sistem permohonan dalam talian dan TIADA menggunakan borang permohonan. Pelajar hanya perlu memberikan maklumat peribadi dan jenis aliran yang dipohon dan segala maklumat tentang keputusan PMR 2008 kelak akan disalurkan ke sistem maklumat ini. Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan kursus dalam Aliran Teknikal, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran kepada pelajar-pelajar lepasan PMR 2008.

Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Teknikal
  • Bahasa Melayu - B
  • Matematik - B
  • Sains - B
  • Kemahiran Hidup - C
  • DAN mendapat 3 (tiga) C dalam matapelajaran lain termasuk B.Inggeris
Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Vokasional
  • Bahasa Melayu - C
  • Matematik - B
  • Sains - C
  • Kemahiran Hidup - C
  • DAN minimum gred D dalam mana-mana 1 (satu) matapelajaran lain
Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Kemahiran
  • Telah menduduki PMR 2008
  • Keutamaan adalah kepada pelajar berprestasi rendah

#### Untuk maklumat lanjut,

  1. Sila ke sekolah teknik yang berhampiran atau
  2. Sila ke laman web Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia atau < KLIK SINI>

Jika anda berminat memasuki SM Teknik sesi 2009, sila klik ikon di bawah:



Friday, October 17, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM PAHANG 2008

Baru sekarang saya ada masa utk publish semua koleksi soalan yang ada dalam simpanan saya, sebelum ini saya tertumpu utk publish soalan Terengganu sahaja. Diharapkan pelajar dan guru dapat maanfaat daripadanya dan kepada para pelajar semoga terus mengulangkaji pelajaran dan jumpalah guru anda jika menghadapi masalah......

Di bawah ini saya buat 2 link iaitu di 4shared.com dan ziddu.com, terpulang kepada anda untuk menggunakan link yang mana. Saya buat demikian ialah supaya tidak berlaku "error link" semasa menggunakan 4shared.com.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW!!!
  3. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  4. Matematik - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  5. Matematik Tambahan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  6. Prinsip Perakauan - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW!!!
  7. Ekonomi Asas - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW!!!
  8. Sejarah - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  9. Sains - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW!!!
  10. Biologi - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  11. Kimia - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  12. Fizik - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  13. EST - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  14. Pendidikan Moral [K] atau [K] NEW!!!
  15. ICT - [K1] NEW!!!

Wednesday, October 15, 2008

RESUBMIT - SOALAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU 2008

Oleh kerana terlalu banyak yang mendownload soalan ini, maka bandwith bagi akaun saya di 4shared.com telah had (sebab ia perkhidmatan percuma), jadi saya telah buat link yang kedua di ziddu.com tapi ia lebih remeh sedikit berbanding di 4shared.com.

Cuba dahulu posting cikgu yang pertama iaitu "SOALAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU 2008", jika mengalami masalah barulah guna link di ziddu.com yer.

Saya akan cuba memperbaiki "link error" pada posting saya sebelum ini. Sementara itu, anda semua bolehlah guna link di ziddu.com untuk sementara waktu. Harap kekurangan dan kesusahan ini dimaafi.....

  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
  3. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2]
  4. Sejarah - [K1] [K2]
  5. Matematik Moden - [K1] [K2]
  6. Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  7. Fizik - [K1] [K2] [K3]
  8. Kimia - [K1] [K2] [K3]
  9. Biologi - [K1] [K2] [K3]
  10. Sains - [K1] [K2]
  11. Pengajian Awam - [K1] [K2]
  12. Pengajian Elektrik - [K1] [K2]
  13. Pengajian Mekanikal - [K1] [K2]
  14. Lukisan Kejuruteraan
  15. Prinsip Perakaunan [K1] [K2]
  16. Perdagangan [K1] [K2]
  17. Tasawwur Islam [K1] [K2]
  18. Pendidikan Seni Visual [K1] [K2]
  19. EST [K1] [K2]

Monday, October 13, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI - SMTD 2008



Pada tanggal 11/10/2008, Kelab Guru & Kakitangan (KEKITE) SM Teknik Dungun telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah dan berlangsung di Dewan Besar SMTD. Semua ahli KEKITE bersama keluarga masing2 menghadiri majlis ini dan dimeriahkan lagi dengan beberapa pertandingan seperti Pertandingan Juadah Istimewa Bagi Bidang2 Akademik, Penampilan Kanak2 Yg Istimewa,
Penampilan Guru/Kakitangan Yg Istimewa dan sebagainya.

Aku sekeluarga hadir dengan memakai Baju Melayu warna krim dan sedondon dengan isteriku juga, manakala anak2 memakai gaun yg dihadiahkan oleh kakak iparku. Penampilan ini berjaya memenangi hadiah untuk "Famili Ceria". Kemuncak acara adalah pembahagian duit raya yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTD, Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali dan dibantu oleh Ketua2 Bidang akademik yang lain.

Semoga dengan adanya majlis seperti ini, dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan keluarga masing2. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan untuk tahun2 yang akan datang.......

Friday, October 10, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM MRSM 2008

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) Mara telah mengeluarkan soalan percubaan mereka, diharapkan kita semua dapat manfaat bersama dan meneruskan latihan ulangkaji masing2.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
  3. Matematik - [K1] [K2]
  4. Sejarah - [K1] [K2]
  5. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2]
  6. Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  7. Kimia - [K1] [K2] [K3]
  8. Fizik - [K1] [K2] [K3]
  9. Biologi - [K1] [K2] [K3]
  10. Prinsip Perakauan - [K1] [K2]
  11. EST - [K1] [K2]
  12. Rekacipta - [K1]
  13. Pendidikan Seni Visual - [K1] [K2]
  14. Pendidikan Moral - [K1]

SKEMA KERTAS FIZIK - TRIAL TERENGGANU 2008

Oleh kerana desakan rakan2 & para pelajar, maka saya telah meng"upload"kan skema kertas fizik sahaja untuk dikongsi bersama dan mungkin jika masa mengizinkan saya akan menambah skema bagi kertas negeri2 lain pula. Saya kurang suka untuk publishkan skema kerana bukannya saya kedekut (tahi idung masin hehehe) :
  1. Cuma kadang2 terdapat kesilapan pada skema tersebut yg kemungkinan para pelajar tidak menyedari jika tidak merujuk kepada guru masing2. Jika pada skema Terengganu, ada kesilapan pada Kertas 2 - Soalan 2(b)(ii) dan Soalan 3(c)(i) serta Kertas 3 - 1(b) dimana bagi Kertas 3, nilai sudut bergantung kepada kiraan anda sendiri kerana jawapan mungkin akan berlainan dgn skema.
  2. Terdapat segelintir individu yang menjual @ memperdagangkan skema soalan2 percubaan SPM tersebut dan saya tidak bersetuju dgn cara tersebut dan menyebabkan saya tawar hati utk mem"publish" skema2.
  3. Sebenarnya TUJUAN UTAMA saya tidak mahu publish skema adalah untuk merapatkan jurang hubungan para pelajar dgn guru matapelajaran mereka, dari pemerhatian saya jika anda rapat dgn guru2 anda maka Inyaallah anda akan berjaya berbanding rakan2 lain. Ini kerana anda mendapat ilmu yang lebih berbanding yg lain dan direstui oleh guru anda.

Semoga para pelajar akan berjaya untuk menjawab soalan Kertas Fizik SPM pada 25/11/2008 ini, bayangkan 2 tahun anda belajar fizik hanya pada tarikh keramat itu sahaja pengetahuan fizik anda akan ditanya dan diuji. Oleh itu gunakan masa yang bersisa ini dengan sebaik mungkin, jangan menyesal di kemudian hari...........

SKEMA FIZIK TRIAL TERENGGANU 2008

Sunday, October 5, 2008

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM - FIZIK 2008

Kualiti koleksi ini adalah kurang memuaskan kerana saya tak sempat untuk membersihkan setiap muka surat dengan teliti kerana sibuk beraya hehhehe , so saya upload dulu bahan ini dan jika ada masa saya akan publish kali kedua dengan bahan yang telah diperbaiki dan dibersihkan. Saya akan meng"upload" secara berperingkat berdasarkan bahan yang ada dalam simpanan saya.

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"


Aku sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" kepada semua umat Islam umumnya dan khususnya kepada warga SMTD, semoga mendapat keberkatan Allah SWT di Bulan Syawal ini. Aku sekeluarga juga ingin meminta maaf daripada semua jika terdapat perkara2 yang telah menyakiti hati sesiapa, dihalalkan juga segala yang telah termakan, terminum atau apa2 kesalahan yang pernah aku lakukan secara sengaja atau tanpa segaja.

Kepada semua anak murid ku, kesalahan kalian sudah lama cikgu maafkan kecuali mamat2 yang telah mengores kereta cikgu dulu, dengan ucapan "Ko ingat ini peraduan gores dan menang ke!!!!". (Lawak je, kekhilafan korang tu cikgu cuba sepenuh daya untuk memaafkan jugak ;p)

Kepada mereka2 yang telah dimarah, dipiat telinga, dipembaris meterkan dan ......... semua cikgu buat adalah untuk mendisplinkan dan mendidik kamu, tanda sayang cikgu kat korang tetapi jika korang tak puas hati, takper di Akhirat nanti ko tuntut je, sebab kita akan dihakimi oleh Allah SWT dengan adil.

Semoga korang akan berjaya dalam SPM dan kehidupan, perjalanan hidup korang masih panjang, cuba perbaiki diri dan jangan lupakan mak dan ayah korang yang telah membesarkan anda......ANDA MAMPU UNTUK MERUBAHNYA!!!!!!