Oleh kerana desakan rakan2 & para pelajar, maka saya telah meng"upload"kan skema kertas fizik sahaja untuk dikongsi bersama dan mungkin jika masa mengizinkan saya akan menambah skema bagi kertas negeri2 lain pula. Saya kurang suka untuk publishkan skema kerana bukannya saya kedekut (tahi idung masin hehehe) :
- Cuma kadang2 terdapat kesilapan pada skema tersebut yg kemungkinan para pelajar tidak menyedari jika tidak merujuk kepada guru masing2. Jika pada skema Terengganu, ada kesilapan pada Kertas 2 - Soalan 2(b)(ii) dan Soalan 3(c)(i) serta Kertas 3 - 1(b) dimana bagi Kertas 3, nilai sudut bergantung kepada kiraan anda sendiri kerana jawapan mungkin akan berlainan dgn skema.
- Terdapat segelintir individu yang menjual @ memperdagangkan skema soalan2 percubaan SPM tersebut dan saya tidak bersetuju dgn cara tersebut dan menyebabkan saya tawar hati utk mem"publish" skema2.
- Sebenarnya TUJUAN UTAMA saya tidak mahu publish skema adalah untuk merapatkan jurang hubungan para pelajar dgn guru matapelajaran mereka, dari pemerhatian saya jika anda rapat dgn guru2 anda maka Inyaallah anda akan berjaya berbanding rakan2 lain. Ini kerana anda mendapat ilmu yang lebih berbanding yg lain dan direstui oleh guru anda.
Semoga para pelajar akan berjaya untuk menjawab soalan Kertas Fizik SPM pada 25/11/2008 ini, bayangkan 2 tahun anda belajar fizik hanya pada tarikh keramat itu sahaja pengetahuan fizik anda akan ditanya dan diuji. Oleh itu gunakan masa yang bersisa ini dengan sebaik mungkin, jangan menyesal di kemudian hari...........
1 comments:
tima kasih cikgu sebab berkongsi skema fizik terengganu yang dah lama saya cari
Post a Comment