Saturday, January 30, 2010

Kursus Husna Mental Arithmetic Tahap 1

Penyampaian sijil oleh En. Azli Bin Haji Sayuti

Pada hari Jumaat dan Sabtu (29&30 Jan 2010) aku telah mengikuti Kursus Husna Mental Arithmetic yang dikendalikan oleh pengasasnya sendiri iaitu En. Azli Bin Haji Sayuti. Beliau telah menubuhkan Pusat Pembangunan Kanak-kanak Husna berpengkalan di Damansara Damai, Sungai Buluh, Selangor. Kursus ini berlangsung dalam 2 hari bermula pukul 8.45 pagi hingga 5.00 petang.

Kursus ini dianjurkan oleh Tabika Tahfiz Al-Hakim, Taman Anjaria, Dungun dan ia tertumpu kepada ibu bapa yang menghantar anak2 mereka ke tadika ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada ibu bapa supaya mereka dapat membantu anak2 mereka di rumah untuk mengulangkaji pengiraan matematik menggunakan kaedah sempoa.

Modul Tahap 1 ini merangkumi asas2 untuk mengajar pelajar tadika melalui 3 sistem iaitu :
  • Sistem penggunaan jari
  • Sistem penggunaan sempoa
  • Sistem penggunaan minda
Kaedah sempoa ini bagus untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas dimana ia dapat melatih kanak2 untuk mengira dengan pantas dan berkesan.

Thursday, January 28, 2010

Majlis Pelantikan Ketua & Penolong Pemimpin Pelajar 2010

Barisan Pemimpin & Penolong Pemimpin Yang Diwatikahkan

28 Jan - Pada hari ini berlangsungnya Majlis Pelantikan Ketua & Penolong Pemimpin Pelajar bagi sesi 2010 dimana ia telah dirasmikan oleh En. Saifullah B. Haji Musa, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun iaitu bekas Pengetua SM Teknik Dungun.

Beliau juga berbesar hati untuk menyampaikan watikah pelantikan dan memberikan sedikit ucapan untuk menaikkan semangat bagi pemimpin dan penolong pemimpin supaya membantu pihak sekolah untuk menghasilkan suasana yang kondusif dan selesa di SM Teknik Dungun ini.

Majlis ini dijalankan di Dewan Besar SM Teknik Dungun bermula pukul 12.00 t/hari dan tamat pada 2.00 petang.

Senarai Nama Ketua dan Penolong Pemimpin Pelajar

PENGAWAS SEKOLAH (L)
KETUA - MUHAMAD FARHAN B. MUSTAFA (5KE2)
PENOLONG - KAMARUL AZMAN B. MAT KOH (5KE5)

PENGAWAS SEKOLAH (P)
KETUA - SITI SYAFIQAH BT. NORHAN (5 ELIT)
PENOLONG - NUR FARHANA NAZWA BT. NAWAWI (5KA1)

PENGAWAS ASRAMA (L)
KETUA - MOHD AFIQ B. MOHD ANUAR (5KA3)
PENOLONG - NIK MOHD ARIF SYAZRIE B. NIK AB. GHANI (5KM5)

PENGAWAS ASRAMA (P)
KETUA - NUR KHALILAH BT. KAMARUDIN (5KM5)
PENOLONG - NUR AINAA BT. RAZALI (5KM1)

MAPITED
KETUA - AHMAD FIRDAUS B. MOHD ALI (5KE5)
PENOLONG - NUR SUZIANA BT. MOHD ALI (5 ELIT)

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KETUA - MOHAMAD SYAFFIQ AIZZAN B. MOHD FAUZI (5 ELIT)
PENOLONG - NOR IZZATI BT. ZINEL (5 ELIT)

PENGAWAS PUSAT SUMBER
KETUA - MOHD ZULHISHAM B. HANIZAN (5KE5)
PENOLONG - NURUL FATIN HUSNA BT. ADNAN (5KE5)

PELAJAR LUAR
KETUA - MOHD ZULFAIZ B. ABDULLAH (5KA2)
PENOLONG - ZULHILMI B. ZAKARIYA (5 ELIT)


Jadual Peperiksaan TOV Tingkatan 5 Negeri Terengganu 2010


Pagi ini bermulanya peperiksaan TOV Tingkatan 5 bagi pelajar2 SM Teknik Dungun, diharapkan semua pelajar bersedia dan menjawab dengan sebaik mungkin. Cubalah menilai diri sendiri sama ada, anda telah bersedia menghadapi peperiksaan yang besar pada akhir tahun ini iaitu peperiksaan SPM 2010 yang akan menentukan hala tuju kehidupan anda kelak.....Semoga Berjaya....

Wednesday, January 27, 2010

Rayuan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Ke SM Teknik Dungun Secara "Walk-in"

Berita baik kepada para pelajar yang berminat untuk memasuki SM Teknik Dungun, di mana terdapat kekosongan untuk semua aliran iaitu Pengajian Elektrik, Pengajian Mekanikal dan Pengajian Awam.

Setiap pemohonan mestilah melepasi kriteria iaitu :
  • Bahasa Malaysia - B
  • Bahasa Inggeris - B
  • Matematik - B
  • Sains - B
  • Kemahiran Hidup - B
Semua permohonan mestilah melalui Tuan Pengetua, Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali dengan menghubungi pihak sekolah dengan menelefon di talian 09-8452700 atau datang sendiri ke pejabat sekolah dengan membawa slip keputusan PMR 2009 dan salinan kad pengenalan.

Setiap permohonan yang berjaya, inyaallah kemudahan asrama akan disediakan. Rebutlah peluang yang masih terbuka ini.

"SELAMAT BERJAYA"

Tuesday, January 26, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : 20 Sekolah Hebat


PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH

Sekolah Berasrama Penuh:
  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)
Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)
Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)
Sekolah diberi autonomi:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Sunday, January 24, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : Tunku Ibrahim Dimasyhur

TUNKU Ibrahim membaca watikah pemasyhuran baginda
sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Ismail dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar di sini, semalam, menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat di Hospital Pakar Puteri, kelmarin.

Pelantikan Sultan Ibrahim Ismail dilakukan mengikut Fasal 8 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Johor Darul Takzim dan Jajahan Takluknya.

Pengumuman pemasyhuran Sultan Ibrahim Ismail dilakukan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada kira-kira jam 1.35 petang di tangga besar istana berkenaan sebelum keranda jenazah Almarhum Sultan Iskandar dibawa turun dari Balai Singgahsana ke Pedati Diraja untuk ditarik menuju Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Sebelum itu, pada jam 10.15 pagi, Sultan Ibrahim Ismail yang dilantik sebagai Pemangku Raja petang kelmarin, mengangkat sumpah sebagai Sultan Johor kelima di hadapan Abdul Ghani, barisan Exco kerajaan negeri dan jemaah pangkuan negeri.

Menurut Fasal 8, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Ismail dimasyhurkan sebagai raja dan Sultan Johor Darul Takzim dan jajah negerinya di bawah undang-undang tubuh kerajaan negeri," katanya.

JENAZAH Almarhum Sultan Iskandar dibawa dari Istana Besar
dengan penuh adat istiadat untuk disemadikan di Makam Diraja
Mahmoodiah Johor Bahru (gambar kiri) manakala (kanan)
Sultanah Johor, Sultanah Zanariah mengesat air mata ketika
istiadat pemakaman, semalam.

Sebaik Abdul Ghani selesai membaca watikah pelantikan itu, Sultan Ibrahim Ismail kemudian mengangkat sumpah sebagai Sultan Johor kelima dengan membaca lafaz sumpah pelantikan Sultan Johor.

Baginda yang dilihat sebak dan sedih ketika membaca watikah pelantikan bersumpah akan memerintah dengan adil, saksama dan bertimbang rasa pada semua rakyat tidak mengira bangsa serta agama.

"Saya, Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar menaiki takhta menjadi Sultan Yang Dipertuan Negeri Johor Darul Takzim dan Jajahan Takluknya. Saya bersumpah akan memerintah dengan adil, saksama dan timbang rasa pada semua rakyat.

"Saya akan memelihara dan menghormati agama Islam, adat istiadat Melayu dan memegang teguh pada undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor dan Undang-Undang negeri," katanya.

Sementara itu, sebelum jenazah Almarhum Sultan Iskandar dibawa turun dari Balai Singgahsana, seluruh rakyat negeri yang berhimpun di hadapan Istana Besar, melaungkan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali kepada Sultan Ibrahim Ismail sebaik Abdul Ghani selesai mengumumkan pelantikan baginda sebagai Sultan Johor kelima.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot kemudian membaca doa selamat atas pelantikan Sultan Ibrahim Ismail sebelum pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor memainkan lagu negeri, 'Bangsa Johor'.

Jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang diletakkan di dalam pedati berkenaan ditarik lebih 30 askar TSN dengan diiringi 78 das tembakan menuju makam diraja yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Istana Besar.

Turut mengiringi pedati berkenaan, Sultan Ibrahim Ismail; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Tunku Bendahara Johor; Tunku Abdul Majid Idris.

# P.S - Selaku salah seorang rakyat Johor, aku turut bersedih dengan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, marilah bersama2 kita bersedekah al-Fatihah, semoga rohnya akan dirahmati Allah......

Thursday, January 21, 2010

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Harga Rokok Mungkin RM50

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok.


Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.


''Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekotak rokok yang mengandungi 20 batang dijual pada harga RM30 hingga RM50 supaya tidak mampu dibeli terutama golongan remaja.


Rosnah berkata, pihaknya juga bersedia mengkaji cadangan supaya kotak rokok dilitupi sepenuhnya dengan paparan amaran kesihatan manakala jenama rokok hanya dicetak pada saiz yang kecil pada sisi kotak.


Bagaimanapun, jelas Rosnah, sebelum itu kementerian terlebih dahulu terpaksa mengambil kira peraturan yang ditetapkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Beliau berkata, sebab itu apa yang lebih penting ialah penyertaan masyarakat dalam usaha mengurangkan tabiat merokok kerana penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk atasi tabiat ini.


''Peranan yang dimainkan oleh media seperti Utusan Malaysia dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu merokok sangat kami hargai,'' katanya.


Dalam pada itu beliau berkata, adalah kurang tepat untuk menyimpulkan yang kementerian gagal dalam usaha mengurangkan tabiat merokok.


Katanya, lebih-lebih lagi jika pandangan itu dibuat selepas hanya beberapa pemerhatian mudah dan bukannya melalui penyelidikan saintifik yang berwibawa.


''Hasil dua tinjauan besar yang dijalankan oleh pada tahun 1996 dan 2006, iaitu Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2 & 3, kadar merokok sebenarnya telah menurun sebanyak lebih dua peratus.


''Justeru kementerian juga tidak bercadang untuk menutup atau memansuhkan kesemua 270 Klinik Berhenti Merokok di seluruh negara yang dikatakan gagal mencapai matlamatnya.


''Malah dalam perancangan kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), klinik itu akan diintegrasikan ke dalam perkhidmatan lain yang disediakan oleh klinik-klinik kesihatan di seluruh negara,'' katanya.


Monday, January 18, 2010

TERKINI : Semakan Kemasukan Ke Sekolah Teknik & Vokasional Tahun 2010

Di bawah ini merupakan laman web untuk menyemak permohonan anda :

SEMAKAN KE SEKOLAH TEKNIK & VOKA 2010

"Selamat Berjaya"

Jika permohonan anda tidak berjaya :
  1. Sila hubungi SM Teknik / Vokasional yang terdekat untuk mengetahui jika ada kekosongan.
  2. Lebih baik jika anda datang sendiri ke sekolah dengan membawa salinan keputusan PMR 2009 anda.
  3. Sebarang keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan bagi setiap SM Teknik dan Vokasional tersebut.

Sunday, January 17, 2010

Jadual Kem Kecemerlangan Fasa 1 Tahun 2010

Kem Kecemerlangan Fasa 1 untuk Tahun 2010 telah bermula pada hari ini sehingga 21 Januari 2010. Program ini dimulakan dengan solat hajat yang dilakukan di Surau Al-Kauthar SM Teknik Dungun dengan tujuan mendapat keberkatan daripada Allah.

Program ini telah dirancang oleh Unit Kecemerlangan SMTD dengan mendapat kerjasama daripada setiap panitia mata pelajaran. Semoga para pelajar dapat mengikuti jadual yang dirancang supaya program ini dapat berjalan dengan lancar. Walaupun jadual tersebut agak padat, namun ia perlu dilakukan supaya pelajar dapat bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan menjelang tiba.


Friday, January 15, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : Tambahan Peruntukan Makanan Asrama Kepada 240 Hari

Kementerian Pelajaran akan menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari setahun dalam tempoh terdekat selepas mengambil kira kesukaran ibu bapa menyediakan perbelanjaan tambahan anak mereka pulang ke rumah setiap minggu berikutan asrama tidak menyediakan makanan setiap Sabtu dan Ahad.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian turut mengambil kira pelajar daripada keluarga miskin yang tidak mampu membayar tambang pergi dan balik ke rumah setiap minggu atau menyediakan duit tambahan membeli makanan.

Beliau berkata, aspek keselamatan pelajar yang terpaksa pulang setiap hujung minggu turut diberi pertimbangan kerana mereka biasanya bersendirian, termasuk ke kawasan pedalaman.

"Sehubungan itu, kementerian akan .menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari berbanding 200 hari setahun yang ditetapkan sebelum ini

"Pada masa sama, kementerian akan meneruskan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk membantu murid dalam kelompok Ketua Isirumah Miskin Tegar (KIRMT)," katanya di Jeti Karakit di sini, semalam.

Mengikut Pekeliling Kementerian Pelajaran tahun lalu, berlaku pengurangan peruntukan makanan daripada 250 hari kepada 200 hari bagi sekolah berasrama dan 250 hari bagi sekolah pendidikan khas berasrama berbanding 270 hari sebelumnya.

Peraturan itu turut merangkumi ibu bapa atau penjaga berpendapatan RM5,000 ke atas yang perlu membayar RM3 sehari, manakala berpendapatan bawah RM4,999 pula RM1 sehari.

Arahan itu membabitkan asrama di sekolah harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan dan seni.

Terdahulu, Mohd Puad melawat tiga sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pulau Banggi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit, SK Batu Layar, SK Look Tohok dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi.

Tiga lagi sekolah di daerah pedalaman di utara Sabah turut dilawati beliau iaitu SMK Kanibongan dan SK Kanibongan, Pitas yang bekongsi bangunan dan SMK Tandek, Kota Marudu.

(Sumber: BHarian Online - 14/01/2010)

Thursday, January 14, 2010

Info Semakan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Ke sekolah Teknik & Vokasional sesi 2010

Kepada semua pemohon untuk kemasukan pelajar Tingkatan 4 ke Sekolah Teknik & Vokasional untuk sesi 2010 boleh menyemak status permohonan pada 18/01/2010 sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. Sebelum tarikh tersebut, pautan laman web tersebut masih tidak diakses sepenuhnya, harap maklum...

Tuesday, January 12, 2010

Perjumpaan Kadet Remaja Sekolah SM Teknik Dungun Kali Pertama Sesi 2010

Perjumpaan pertama bagi Pasukan Kadet Remaja Sekolah SM Teknik Dungun bagi sesi 2010 telah berlangsung pada 12/01/2010 bertempat di Dewan Gemilang SMTD pada pukul 3.30 petang dan tamat pada 5.00 petang.

Pada perjumpaan pertama ini, telah dilakukan pemilihan pucuk pimpinan Pasukan KRS bagi sesi 2010 melalui mesyuarat agung kali pertama ini.

Senarai AJK Induk KRS 2010 adalah seperti berikut:


GURU PENASIHAT
EN. MOHD AZHAR BIN KORDI (KETUA KADET LELAKI)
PN. YUSLIHA YUSOF (KETUA KADET PEREMPUAN)
EN. MOHD AZIZI MOHD RUDIN
CIK SUMALIA IBRAHIM


PENGERUSI KADET
MOHD AMINULLAH B. ISMAIL

NAIB PENGERUSI
HASSAN SABRI B. CHE MAT


SETIAUSAHA I
NUR FATIN BT. ABDULLAH

SETIAUSAHA II
NUR IZATUL AMIRA BT. AZMAN


BENDAHARI I
MOHD AL HAFIZ B. GHAZALI

BENDAHARI II

SITI NUR AMIRAH BT. ABDUL HALIM

AJK KADET
WAN MOHD AZLAN (KEJ. AWAM)
SALAM B. ABDULLAH (KEJ. MEKANIKAL)

EADY EAMRAN B. AHMAD TAHRIR (KEJ. ELEKTRIK)

Pn. Yusliha sedang mengendalikan sesi pemilihan
AJK Induk KRS Sesi 2010


Pelajar sedang mendengar taklimat aktiviti yang
disampaikan oleh En. Mohd Azhar dan Pn. Yusliha



Sunday, January 10, 2010

Perjumpaan Rumah Sukan SM Teknik Dungun Tahun 2010

Perjumpaan Rumah Sukan SMTD Kali Pertama telah diadakan pada hari Ahad bertarikh 10.01.2010, masa 2.00 ptg bertempat seperti di bawah :
  • Rumah Sukan Heksagon - Dewan Besar (Depan)
  • Rumah Sukan Multimedia - Dewan Besar (Belakang)
  • Rumah Sukan Biotek - Student Square
  • Rumah Sukan Kinematik - Kantin
Pada tahun ini aku disenaraikan dalam Rumah Sukan Biotek dimana penasihat rumah sukan ini ialah GKMP Teknik & Vokasional iaitu En. Ramli Bin Harun dan ketua rumah ialah Cik Noor Hafiza Bt. Mohd serta dibantu oleh penolong ketua rumah iaitu En. Mohd Fairol Rafiq B. Mohd Yusof.

Ahli rumah yang lain adalah En. Mohd Azhar B. Kordi, En. Hasni B. Rais, En. Hamzah B. Hussin, Pn. Rosnani Bt. Mohd Nor, Pn. Yusliha Bt. Yusof, Pn. Rohana Bt. Mat Ali, Pn. Hajah Khadijah Bt. Atan, Pn. Jamaliah Bt. Ismail, Pn. Rosmah Bt. Ismail, Pn. Afifah Bt. Abd Ghawi, Pn. Rosliza Bt. Hashim, Pn. zunaizan Bt. Embong dan Cik Sumalia Bt. Ibrahim.

Semasa berlangsung perjumpaan ini, telah dilakukan perlantikan ahli jawatan kuasa induk (bagi pelajar) bagi Rumah Sukan Biotek bagi sesi 2010. Pelajar juga telah mendaftarkan diri untuk pertandingan sukan antara rumah dimana antara acara yang dipertandingkan adalah olahraga dan sukan permainan.

Pemilihan AJK Pelajar sedang dijalankan


Pendaftaran untuk sukan permainan bagi
ahli rumah sukan Biotek

Mesyuarat J/K Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2010

Mesyuarat Jawatan kuasa Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 ke SM Teknik Dungun untuk sesi 2010 telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada 10/01/2010 pukul 1010 pagi bertujuan untuk memastikan kelancaran pendaftaran pelajar pada 25/01/2010 ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Alwi Bin Mohd Ali dan dibantu oleh penyelaras Tingkatan 4 iaitu Pn.Zaharah Bt. Bidin.

Secara amnya, senarai nama pelajar Tingkatan 4 akan sampai ke SM Teknik Dungun pada 16/01/2010 dan surat tawaran akan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia kepada pemohon yang berjaya pada 18/01/2010. Kemudian pelajar mempunyai masa untuk membuat persiapan sebelum mendaftar ke SM Teknik Dungun pada 25/01/2010. Diharapkan pelajar2 menyediakan setiap perkara yang dinyatakan pada surat tawaran untuk melicinkan perjalanan pendaftaran tersebut.

Senarai J/k Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2010
  • Surat Tawaran - Pn. Hasmawati Bt. Hassan
  • Persiapan Tempat (DB & SQ) - En. Nuzi Bin Mohd Nor
  • Kemas semula (DB & SQ) - En. Mohd Azhar Bin Kordi
  • Publisiti & Back drop - En. Harun Bin Abdullah
  • Semakan Dokumen & Data Pelajar - Pn. Hayati Bt. Mohamad
  • Pendaftaran Kelas - Pn. Zaharah Bt. Bidin
  • Pendaftaran Asrama - En. Abdullah Bin Ibrahim
  • Keselamatan & Lalulintas - En. Mohd Nor Bin Yusof
  • Pendaftaran Koperasi - Pn. Zainon Bt. Jaafar
  • Makan & minum - Pn. Massuza Bt. Sufian
  • Taklimat Ibu Bapa - En. Alias Bin Muda
  • Kawalan Pelajar - En. Mohd Sham Suri Bin Abdul Ghani
  • Minggu Silaturahim - Pn. Tg. Maimun Bt. Tg Jaafar
  • Dokumentasi - En. Hasni Bin Rais

Sunday, January 3, 2010

Hari Pertama Persekolahan Di Tabika Al-Hakim

Kedua-dua anak aku memulakan hari persekolahan di Tabika AL-Hakim, Taman Anjaria, Dungun dengan penuh bersemangat walaupun pada awalnya mengeluar sedikit air mata. Biasa le apabila telah berjumpa dengan kawan2, perangai cerianya mulai kelihatan. Anak aku yang sulung tidak mempunyai masalah kerana telah bersekolah di sini pada tahun lepas, cuma anak kedua yang mempunyai sedikit masalah kerana terpaksa berpisah dengan botol susu dan bantal busuknya itu. Inilah seronoknya zaman kanak-kanak, kerana kita tidak perlu berfikir tentang masalah2 hanya bermain dan bergembira sahaja.

Friday, January 1, 2010

Mesyuarat Guru SMTD Kali Pertama Sesi 2010


Mesyuarat Guru SMTD Kali Pertama Sesi 2010 telah di adakan pada 31/12/2009 bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMTD iaitu Tuan Haji Alwi Bin Mohd Ali dan diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai PP Dungun iaitu Encik. Idris Bin Bidin.

Selepas tamat mesyuarat guru tersebut, berlangsung pula Mesyuarat J/K Kurikulum Sekolah yang tidak lari daripada membincangkan strategi2 untuk meningkatkan pencapaian SPM dan kualiti pelajar SM Teknik Dungun.

Antara strategi utama untuk tahun 2010 ialah memperkenalkan Kelas 5 Elit iaitu kelas gabungan pelajar daripada 3 aliran (pengajian awam, mekanikal dan elektrik) diletakkan dalam satu kelas dimana ia akan diberikan tumpuan sepenuhnya supaya menghasilkan pelajar cemerlangan SPM 2010. Semoga perancangan ini dapat diadaptasi sepenuhnya oleh pelajar tersebut dan mencapai sasaran yang telah dirancang, Inyaallah.....