Wednesday, December 17, 2008

TERKINI : Laluan Perguruan

Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:
  • Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
  • Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Sila ke laman Portal Rasmi Kementerian Pelajaran untuk maklumat terkini dan segala permohonan adalah secara dalam talian. Kepada pelajar Lepasan SPM 2008 yang berminat untuk mengikuti KPLSPM, biasa tawaran akan dibuka pada bulan Feb atau Mac. Namun segala maklumat terkini ada pada portal tersebut.

Latihan Pra Perguruan

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kurus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.


** Nota **

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam yang telah dikhususkan untuk bidang pendidikan.

UPSI mempunyai sejarah yang panjang dalam bidang pendidikan guru. Ia telah ditubuhkan sebagai Sultan Idris Teaching College (SITC) pada tahun 1917 diilhamkan oleh R.O. Windstedt, Gabenor Negeri-Negeri Selat pada ketika itu.

Namanya kemudian ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Idris pada 1959 dan dikhususkan untuk guru-guru sekolah rendah.Maktab ini kemudiannya dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987.

Setelah diwartakan menjadi universiti pada tahun 1997, UPSI terus menjadi teraju dalam bidang pendidikan. UPSI menawarkan program ijazah pendidikan pada tahap sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Thursday, December 4, 2008

TIGA sekolah menengah teknik (SMT) akan dinaik taraf sebagai Kolej Matrikulasi

TIGA sekolah menengah teknik (SMT) akan dinaik taraf sebagai Kolej Matrikulasi yang menawarkan aliran pengajian teknikal khusus untuk lepasan sekolah terbabit, tahun depan.

Sekolah itu ialah SMT Pendang, Kedah; SMT Pontian, Johor dan SMT Jengka, Pahang dipilih hasil lawatan serta tinjauan Bahagian Matrikulasi, dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran ke sekolah itu, baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Matrikulasi, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata pemilihan itu mengambil kira pelbagai aspek berkaitan lokasi, prasarana dan persekitaran yang membolehkannya beroperasi sebagai kolej matrikulasi.

Katanya, proses menaik taraf SMT terbabit akan dilaksanakan secara berperingkat biarpun peruntukan bagi tujuan itu belum jelas sebagai persediaan awal menerima pelajar kumpulan pertama bulan Mei, tahun depan.

“Jumlah pelajar yang akan diambil bagi memasuki kolej itu bagaimanapun belum diputuskan namun kita menjangkakan pengambilan akan dibuat dalam jumlah sederhana.

“Dari segi syarat dan polisi kemasukan, ia sama seperti program matrikulasi sedia ada, namun kita ubah suai dengan memberi kelonggaran lulusan SMT tetapi tetap kompetitif kerana sistem merit diguna pakai bagi memilih pelajar yang layak,” katanya kepada Berita Harian, di Putrajaya.

Sambil menjelaskan banyak perubahan perlu dilaksanakan termasuk mewujudkan budaya dan persekitaran kolej matrikulasi yang berkonsepkan ala universiti di SMT terbabit, Zainal Abidin berkata, satu pasukan petugas khas dianggotai pegawai Bahagian Matrikulasi diwujudkan bagi melancarkan penubuhannya.

“Dari segi rangka kurikulum, kita berjaya mendapatkan maklum balas daripada Jemaah Dekan Kejuruteraan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi membangunkan program komprehensif serta memenuhi keperluan IPTA di negara ini.

“Kurikulum dibangun bagi memberi pendedahan asas kukuh kepada pelajar aliran teknikal ke arah menjadi tenaga pakar dan profesional dalam bidang kejuruteraan serta perdagangan,” katanya.

Beliau menjelaskan, cadangan penubuhan kolej itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang pada 2 Julai lalu.

Keputusan itu katanya, sejajar strategi memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional yang dibentangkan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Datuk Yusoff Harun kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 25 Julai lalu.

Seterusnya, ia dipersetujui Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

“Pelaksanaan usaha ini dilihat sebagai laluan kepada lulusan cemerlang SMT melanjutkan pelajaran kerana sebelum ini mereka sukar mendapat tempat berikutan saingan sekolah lain seperti sekolah berasrama penuh.

“Malah pihak IPTA mengalu-alukan pelaksanaan ini yang turut memberi peluang kepada mereka mendapatkan pelajar berkelayakan bagi melanjutkan pengajian peringkat tinggi dalam bidang berteraskan kejuruteraan atau teknikal di universiti masing-masing,” katanya.

Friday, November 28, 2008

BERITA BAIK UNTUK PEMINJAM PTPTN

ISYTIHAR STATUS PINJAMAN PTPTN UNTUK CAS BARU

Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian. com.my

KUALA LUMPUR: Semua 1.04 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang meminjam daripada perbadanan itu sebelum 1 Jun 2008, perlu mengisytiharkan status pinjaman bagi melayakkan mereka mendapat caj perkhidmatan hanya satu peratus mulai tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peminjam terbabit perlu pergi ke pejabat cawangan PTPTN untuk mengemas kini kontrak mereka.

"Peminjam yang mahu menerima penurunan kadar caj pinjaman daripada tiga peratus kepada satu peratus, perlu memaklumkan kepada PTPTN mereka sedia menerima perubahan itu kerana ia membabitkan kontrak.


"Kalau mereka tidak menunjukkan mahu menerima perubahan itu, selagi itulah kadar caj kekal tiga peratus. Jadi, peminjam perlu kembali ke PTPTN. Ada kalanya, apabila kerajaan sudah beri macam-macam, mereka nak suruh suapkan pula dan hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa," katanya.


Beliau kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama antara PTPTN, sebagai ejen kutipan bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) yang menyediakan program perkhidmatan penabungan elektronik, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.


September lalu PTPTN mengumumkan, dokumen surat tawaran perjanjian dengan kadar caj baru akan diedarkan Januari 2009 kepada peminjam sedia ada dan yang sudah menamatkan pengajian. Mereka diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen itu sebelum memulangkan semula kepada PTPTN.


Pada majlis sama, Mohamed Khaled mengulangi saranan supaya masyarakat, terutama ibu-bapa, supaya menyertai SSPN bagi memas-tikan anak-anak mereka layak mendapat pinjaman PTPTN.

"SSPN yang sudah dimulakan empat tahun menjadi asas bagi pelajar untuk mendapat pinjaman dan mereka yang menabung turut mendapat pelbagai insentif termasuk potongan cukai," katanya sambil menambah hingga kini simpanan dalam skim itu berjumlah RM165.3 juta membabitkan seramai 573,880 pemegang akaun.

Beliau berkata, kerjasama dengan institusi perbankan seperti Maybank lebih memudahkan urusan menyimpan dan pembayar balik pinjaman PTPTN. Perangkaan terbaru menunjukkan sejumlah RM25.89 bilion sudah disalurkan sebagai pinjaman oleh PTPTN kepada 1.25 juta peminjam.


Kerjasama yang dijalin semalam sekali gus menyaksikan Maybank melancarkan siri perkhidmatan penabungan elektronik lengkap yang merangkumi lima saluran penabungan iaitu menerusi mesin ATM, mesin deposit tunai (CDM), Maybank2u.com, `Kawanku Phone Banking' dan pembayaran di kaunter.


* PETIKAN DARIPADA BERITA HARIAN

Sunday, November 23, 2008

Pemilihan Kursus Selepas SPM

Apabila pelajar lepasan SPM tamat mengambil peperiksaan, mereka sepatutnya mula memikirkan hala tuju mereka. Ini kerana pemilihan tersebut akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang, jadi pemilihan tersebut mestilah bergantung kepada individu itu sendiri, jangan terikut kawan2 atau orang lain.

Kepada mereka yang terpilih mengikuti PLKN, anda seharusnya pergi kerana anda akan dapat kawan dan pengalaman baru, namun jika anda mengalami masalah kesihatan, anda bolehlah dikecualikan.

Mereka yang tidak terpilih, anda jangan rungsing, anda boleh memohon jika ada kekosongan. Jika anda tidak mahu terlibat juga dengan PLKN kerana tidak dipilih, anda boleh bekerja sementara di mana2 (dengan kebenaran penjaga)supaya anda mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan masyarakat.

Kemudian anda bolehlah memikirkan apakah hala tuju selepas itu, antaranya
  1. Memohon matrikulasi - Ini merupakan laluan ekspress untuk pelajar bumiputra untuk memasuki IPTA tetapi anda kena belajar bersungguh2 kerana "pointer" anda akan mempengaruhi pengajian anda yang seterusnya. Jika anda mendapat 4.00, inyaallah anda mempunyai peluang yang amat cerah untuk mendapat kursus yang anda inginkan. Jika anda mendapat bawah 3.00, ia amat sukar sedikit....
  2. Memasuki Tingkatan 6 - Anda perlu faham, jika anda memasuki Tingkatan 6, anda perlu belajar selama 2 tahun dan buku2 sangat tebal dan banyak. Jika anda kurang minat membaca, anda mungkin menghadapi masalah.
  3. Mengikuti A-Level - Jika anda mempunyai keinginan untuk ke luar negara untuk menyambung pengajian anda, maka A-level adalah pilihan utama anda. Anda boleh memasuki istitusi persendirian seperti Taylor 's, INTI dan KDU.
  4. Memohon diploma - Anda akan mengikuti pengajian selama 3 tahun, mendapat diploma dan boleh mula bekerja, namun gaji yang ditawarkan adalah lebih kecil berbanding jika anda mempunyai ijazah.
  5. Sijil kemahiran - Jika keputusan SPM anda kurang memberangsangkan, anda boleh mengikuti sijil kemahiran. Kos pengajian yang murah dan anda boleh terus bekerja selepas tamat pengajian.
Ini hanyalah pendapat saya sahaja, anda boleh berbincang dengan ahli kelurga dan rakan2 anda. Pemilihan tersebut mestilah berdasarkan minat anda kerana anda yang akan mengikutinya tetapi kena juga menilai keputusan peperiksaan dan faktor kewangan keluarga anda. Di bawah ini adalah nukilan Pn Izaida Ibrahim yang mungkin kita boleh dikongsi bersama.

Thursday, November 20, 2008

Permohonan Aplikasi Dalam Talian Untuk Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2009/2010

Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) telah melaksanakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian (online application) sepenuhnya mulai Sesi Akademik 2008/2009.

Permohonan ini dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu

(1)Fasa 1 - Pendaftaran Permohonan iaitu bermula 3 Nov 2008 - 31 Dis 2008
Pada Fasa 1 ini, calon hanya perlu menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan.
Calon perlu mengisikan maklumat dan
butiran mengenai :
(i) Maklumat Peribadi
(ii) Maklumat Keluarga & Pekerjaan
(iii) Maklumat Akademik
(iv) Kategori Permohonan
(v) Maklumat kokurikulum


(2)Fasa 2 - Pengesahan Permohonan bermula 3 Feb 2009 jam 12.00 tghari Permohon boleh membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan harga RM10.60 sehari selepas iklan pelawaa
disiarkan sehingga tarikh penutupan permohonan
. Calon dibenarkan untuk mengemukan SATU kali permohonan dan TIGA kali pengemaskinian sehingga tarikh tawaran tamat.

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian telefon 03-88835801 atau 03-88835802 atau email : upu@mohe.gov.my


SILA KLIK IKON DI BAWAH UNTUK MENDAFTAR



Tuesday, November 18, 2008

Grafik MRR "PERCUMA" !!!!


"Mahukah anda mempunyai Landing Page, Surat Jualan, Header, Footer, Grafik dan E-cover yang menarik beserta Master Resale Rights & seterusnya menjimatkan masa anda dalam membina sebuah minisite/ Landing Page??"


Sila klik ikon di bawah untuk maklumat lanjut.....





Sunday, November 16, 2008

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2008

Di sini terdapat soalan2 akhir tahun Tingkatan 4, mungkin ia boleh digunakan untuk pelajar Tingkatan 5 yang sedang menghadapi SPM sebagai latihan tambahan.
  • Bahasa Melayu - [K1] [K2] NEW !!!
  • Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
  • Sejarah - [K1] [K2] NEW !!!
  • Matematik - [K1] [K2]
  • Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  • Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2] NEW !!!
  • Fizik - [K1] [K2] [K3] NEW !!!
  • Kimia - [K1] [K2] [K3] NEW !!!
  • Biologi - [K1] [K2] [K3]
  • Sains - [K1] [K2]

7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan



Menjelang peperiksaan, anda mungkin rasa resah dan gelisah kerana fikiran anda yang tidak tenteram. Anda mungkin rasa berdebar dan tidak senang duduk. Anda juga mungkin rasa semakin tertekan apabila hari peperiksaan kian hampir.

Namun, apa yang paling membimbangkan ialah, semua perasaan ini membuat semangat anda semakin menurun dan anda hilang tumpuan pada pelajaran anda.

Apakah yang dapat anda lakukan untuk mengatasi masalah begini? Bolehkah anda menaikkan tahap motivasi diri anda sendiri menjelang peperiksaan?

Dapatkan ebook mini bertajuk " 7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan" hasil tulisan Osman Affan. Berapa harga ebook mini ini.....? PERCUMA!!!!

Untuk mendapatkan e-book percuma ini, sila klik SINI atau gambar e-book di bawah untuk memuat turun buku tersebut.



Saturday, November 15, 2008

Bengkel Training of Trainers Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu & MindCet

Pada 6-8 November 2008 yang lalu, saya telah mengikuti Bengkel Training of Trainers di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Ia merupakan sebahagian daripada Projek "Mind Based Learning 2008-2009" anjuran pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan MINDCet. Program ini disertai oleh guru-guru yang dipilih daripada setiap sekolah seluruh Negeri Terengganu.

Dalam bengkel ini, saya berpeluang untuk mengikuti slot yang dikendalikan oleh En. Osman Affan Pakar Motivasi & Teknik Belajar. Antara slot yang disampaikan oleh beliau ialah
  • Gaya mengajar berasaskan minda
  • Potensi Minda Optimum
  • Minda Kreatif Guru Ceria
  • Bicara Minda Guru
  • Ransangan Minda
Daripada ilmu dan pengalaman yang dikongsi melalui bengkel ini, saya akan cuba mempraktikkannya dalam P&P untuk meningkatkan pemahaman para pelajar. Walaupun mungkin ia sukar untuk dilaksanakan tapi jika tidak dicuba mana mungkin kita tahu keputusannya.

Aku dan isteriku sempat bergambar dengan En. Osman Affan diakhir bengkel sebagai kenangan dan isteriku juga turut menyertai bengkel ini. Walaupun terpaksa meninggalkan ketiga2 orang anak di rumah pengasuh, namun untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman baru, ia menjadi adat sebagai seorang GURU......

Thursday, November 6, 2008

Koleksi Soalan Trial ICT SPM 2008

Koleksi soalan ICT ini merupakan garapan daripada soalan2 yang saya cari melalui internet dan saya kumpulkan di sini untuk dikongsi bersama rakan guru dan para pelajar yang mengambil subjek ini. Diharapkan ia dapat memberi manfaat di saat akhir menjelang SPM ini...

  1. Johor - [Kertas 1]
  2. Kedah - [Kertas 1]
  3. Perlis - [Kertas 1]
  4. Melaka - [Kertas 1]
  5. Perak - [Kertas 1]
  6. Perlis - [Kertas 1]
  7. Selangor - [Kertas 1]
  8. Kelantan - [Kertas 1]
  9. Pahang - [Kertas 1]
  10. Sarawak - [Kertas 1]
  11. Putrajaya - [Kertas 1]
  12. Terengganu - [Kertas 1]
  13. Pulau Pinang - [Kertas 1]
  14. Kuala Lumpur - [Kertas 1]
  15. Negeri sembilan - [Kertas 1]

Monday, November 3, 2008

Latih Tubi Pendidikan Agama Islam

Di sini terdapat 3 latihan yang telah disumbangkan oleh sahabat saya dan saya rasa mungkin ia boleh dikongsi bersama dengan yang lain. Ia bukanlah soalan ramalan tetapi ia hanyalah latihan biasa dan soalan2 yang sering ditanya dalam peperiksaan. Oleh itu diharapkan para pelajar semua dapat menggunakan sebaik-baiknya dan menyebarkannya dengan rakan2 yang lain.

Sila klik pada latihan yang diinginkan:

Thursday, October 30, 2008

Keputusan PTK Bagi Bulan Ogos 2008

Kepada rakan2 guru dan kakitangan awam yang ingin menyemak keputusan PTK, bagi sesi Ogos 2008 boleh menggunakan 2 cara iaitu

  1. menghantar sms "PTK NO IC" ke 39003.
  2. melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menekan ikon di bawah :

"Semoga Berjaya"

PDF Printer 2009 V1.3.2


** Program ini adalah PERCUMA dan tidak memerlukan lesen. Ia boleh digunakan untuk menukarkan fail dokumen Word kepada format PDF yang lebih kecil untuk memudahkan penyimpanan dokumen.


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.percuma-muaturun-software.blogspot.com/


PAUTAN MUAT TURUN :

http://rapidshare.com/files/158601180/pdfprinter.zip

Tuesday, October 28, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM KELANTAN 2008

Semalam badan tak sihat, hidung dan muka sembab kerana resdung so saya tak berkesempatan untuk meng"upload" soalan sepenuhnya, hari ini hanya ini sahaja yang dapat dikongsi bersama. Kalu ada kesempatan dan bahan ada, saya akan menambah sebelum berlangsungnya SPM. Semoga pelajar dapat menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji dengan bersunguh2.

Saya membuat 2 link iaitu di server ziddu.com dan 4shared.com. Sila gunakan link yang pertama, jika terdapat "broken link", maka perlulah gunakan link yang kedua. Biasa le kali letak kat server percuma, kadang2 xleh download, so langkah berjaga2 saya buat 2 link tersebut.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW !
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW !
  3. Matematik - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW ! K1
  4. Matematik Tambahan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  5. Sejarah - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW ! K1
  6. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  7. Fizik - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  8. Kimia - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  9. Biologi - [K1] [K2] [K3]
  10. ICT - [K1] NEW !

Thursday, October 23, 2008

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

Sekarang sedang berlangsung Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Dungun dan semoga para pelajar menjawab dengan bersungguh-sungguh kerana ia akan menentukan kedudukan mereka untuk tahun hadapan.

Jika diizinkan Allah, saya akan cuba untuk "scan & clean" soalan2 tersebut untuk dikongsi bersama tetapi mungkin selepas tamat sahaja peperiksaan tersebut. Ini bertujuan supaya tidak berlaku kebocoran kertas soalan kerana kemungkinan jadual peperiksaan setiap sekolah adalah berbeza. Lagipun masa untuk "scan, clean & edit" soalan2 tersebut mengambil masa yang panjang, selalunya bagi 10 muka surat saya memerlukan 1jam untuk membersihkannya. Kalu soalan 30 muka surat, saya terpaksa duduk di depan desktop selama 3 jam....letih gak tu ;p

Mengenai skema jawapan, saya akan usahakan tetapi mungkin sukar sedikit kerana biasanya skema yang dibekalkan mempunyai kesilapan dan perlu diperbetulkan oleh guru matapelajaran. Oleh kerana saya hanya mengajar Fizik, maka skema yang lain perlu diminta daraipada rakan2 yang lain jadi mungkin ada kesukaran di situ. Semua guru akan sibuk menanda kertas kerana markah pelajar perlu diserahkan sebelum cuti akhir tahun.


Sunday, October 19, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM JOHOR 2008

Saya akan publish soalan secara peringkat dan di bawah ini saya buat 2 link iaitu di 4shared.com dan ziddu.com, terpulang kepada anda untuk menggunakan link yang mana. Saya buat demikian ialah supaya tidak berlaku "error link" semasa menggunakan 4shared.com. Namun masih terdapat pautan yang masih tidak diaktifkan lagi, jadi harap bersabar.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  3. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  4. Matematik - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  5. Matematik Tambahan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  6. Prinsip Perakauan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  7. Ekonomi Asas - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  8. Perdagangan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  9. Pendidikan Seni Visual - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  10. Sains Pertanian - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  11. Sejarah - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  12. Sains - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  13. Sains Tambahan - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3] NEW!!
  14. Biologi - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  15. Kimia - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  16. Fizik - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  17. Pendidikan Moral - [K] atau [K] NEW!!
  18. Kesusasteraan Melayu - [K] atau [K]NEW!!
  19. ERT- [K1] [K2] atau [K1] [K2]NEW!!
  20. EST - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  21. ICT - [K1] NEW!!

Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik 2009


MAKLUMAT KEMASUKAN KE SMT 2009

Pada kali ini, cara permohonan ke sekolah teknik hanya menggunakan sistem permohonan dalam talian dan TIADA menggunakan borang permohonan. Pelajar hanya perlu memberikan maklumat peribadi dan jenis aliran yang dipohon dan segala maklumat tentang keputusan PMR 2008 kelak akan disalurkan ke sistem maklumat ini. Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan kursus dalam Aliran Teknikal, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran kepada pelajar-pelajar lepasan PMR 2008.

Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Teknikal
  • Bahasa Melayu - B
  • Matematik - B
  • Sains - B
  • Kemahiran Hidup - C
  • DAN mendapat 3 (tiga) C dalam matapelajaran lain termasuk B.Inggeris
Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Vokasional
  • Bahasa Melayu - C
  • Matematik - B
  • Sains - C
  • Kemahiran Hidup - C
  • DAN minimum gred D dalam mana-mana 1 (satu) matapelajaran lain
Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Kemahiran
  • Telah menduduki PMR 2008
  • Keutamaan adalah kepada pelajar berprestasi rendah

#### Untuk maklumat lanjut,

  1. Sila ke sekolah teknik yang berhampiran atau
  2. Sila ke laman web Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia atau < KLIK SINI>

Jika anda berminat memasuki SM Teknik sesi 2009, sila klik ikon di bawah:



Friday, October 17, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM PAHANG 2008

Baru sekarang saya ada masa utk publish semua koleksi soalan yang ada dalam simpanan saya, sebelum ini saya tertumpu utk publish soalan Terengganu sahaja. Diharapkan pelajar dan guru dapat maanfaat daripadanya dan kepada para pelajar semoga terus mengulangkaji pelajaran dan jumpalah guru anda jika menghadapi masalah......

Di bawah ini saya buat 2 link iaitu di 4shared.com dan ziddu.com, terpulang kepada anda untuk menggunakan link yang mana. Saya buat demikian ialah supaya tidak berlaku "error link" semasa menggunakan 4shared.com.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW!!!
  3. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  4. Matematik - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  5. Matematik Tambahan - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  6. Prinsip Perakauan - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW!!!
  7. Ekonomi Asas - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW!!!
  8. Sejarah - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  9. Sains - [K1] [K2] atau [K1] [K2] NEW!!!
  10. Biologi - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  11. Kimia - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  12. Fizik - [K1] [K2] [K3] atau [K1] [K2] [K3]
  13. EST - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  14. Pendidikan Moral [K] atau [K] NEW!!!
  15. ICT - [K1] NEW!!!

Wednesday, October 15, 2008

RESUBMIT - SOALAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU 2008

Oleh kerana terlalu banyak yang mendownload soalan ini, maka bandwith bagi akaun saya di 4shared.com telah had (sebab ia perkhidmatan percuma), jadi saya telah buat link yang kedua di ziddu.com tapi ia lebih remeh sedikit berbanding di 4shared.com.

Cuba dahulu posting cikgu yang pertama iaitu "SOALAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU 2008", jika mengalami masalah barulah guna link di ziddu.com yer.

Saya akan cuba memperbaiki "link error" pada posting saya sebelum ini. Sementara itu, anda semua bolehlah guna link di ziddu.com untuk sementara waktu. Harap kekurangan dan kesusahan ini dimaafi.....

  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
  3. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2]
  4. Sejarah - [K1] [K2]
  5. Matematik Moden - [K1] [K2]
  6. Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  7. Fizik - [K1] [K2] [K3]
  8. Kimia - [K1] [K2] [K3]
  9. Biologi - [K1] [K2] [K3]
  10. Sains - [K1] [K2]
  11. Pengajian Awam - [K1] [K2]
  12. Pengajian Elektrik - [K1] [K2]
  13. Pengajian Mekanikal - [K1] [K2]
  14. Lukisan Kejuruteraan
  15. Prinsip Perakaunan [K1] [K2]
  16. Perdagangan [K1] [K2]
  17. Tasawwur Islam [K1] [K2]
  18. Pendidikan Seni Visual [K1] [K2]
  19. EST [K1] [K2]

Monday, October 13, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI - SMTD 2008



Pada tanggal 11/10/2008, Kelab Guru & Kakitangan (KEKITE) SM Teknik Dungun telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah dan berlangsung di Dewan Besar SMTD. Semua ahli KEKITE bersama keluarga masing2 menghadiri majlis ini dan dimeriahkan lagi dengan beberapa pertandingan seperti Pertandingan Juadah Istimewa Bagi Bidang2 Akademik, Penampilan Kanak2 Yg Istimewa,
Penampilan Guru/Kakitangan Yg Istimewa dan sebagainya.

Aku sekeluarga hadir dengan memakai Baju Melayu warna krim dan sedondon dengan isteriku juga, manakala anak2 memakai gaun yg dihadiahkan oleh kakak iparku. Penampilan ini berjaya memenangi hadiah untuk "Famili Ceria". Kemuncak acara adalah pembahagian duit raya yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTD, Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali dan dibantu oleh Ketua2 Bidang akademik yang lain.

Semoga dengan adanya majlis seperti ini, dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan keluarga masing2. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan untuk tahun2 yang akan datang.......

Friday, October 10, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM MRSM 2008

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) Mara telah mengeluarkan soalan percubaan mereka, diharapkan kita semua dapat manfaat bersama dan meneruskan latihan ulangkaji masing2.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
  3. Matematik - [K1] [K2]
  4. Sejarah - [K1] [K2]
  5. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2]
  6. Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  7. Kimia - [K1] [K2] [K3]
  8. Fizik - [K1] [K2] [K3]
  9. Biologi - [K1] [K2] [K3]
  10. Prinsip Perakauan - [K1] [K2]
  11. EST - [K1] [K2]
  12. Rekacipta - [K1]
  13. Pendidikan Seni Visual - [K1] [K2]
  14. Pendidikan Moral - [K1]

SKEMA KERTAS FIZIK - TRIAL TERENGGANU 2008

Oleh kerana desakan rakan2 & para pelajar, maka saya telah meng"upload"kan skema kertas fizik sahaja untuk dikongsi bersama dan mungkin jika masa mengizinkan saya akan menambah skema bagi kertas negeri2 lain pula. Saya kurang suka untuk publishkan skema kerana bukannya saya kedekut (tahi idung masin hehehe) :
  1. Cuma kadang2 terdapat kesilapan pada skema tersebut yg kemungkinan para pelajar tidak menyedari jika tidak merujuk kepada guru masing2. Jika pada skema Terengganu, ada kesilapan pada Kertas 2 - Soalan 2(b)(ii) dan Soalan 3(c)(i) serta Kertas 3 - 1(b) dimana bagi Kertas 3, nilai sudut bergantung kepada kiraan anda sendiri kerana jawapan mungkin akan berlainan dgn skema.
  2. Terdapat segelintir individu yang menjual @ memperdagangkan skema soalan2 percubaan SPM tersebut dan saya tidak bersetuju dgn cara tersebut dan menyebabkan saya tawar hati utk mem"publish" skema2.
  3. Sebenarnya TUJUAN UTAMA saya tidak mahu publish skema adalah untuk merapatkan jurang hubungan para pelajar dgn guru matapelajaran mereka, dari pemerhatian saya jika anda rapat dgn guru2 anda maka Inyaallah anda akan berjaya berbanding rakan2 lain. Ini kerana anda mendapat ilmu yang lebih berbanding yg lain dan direstui oleh guru anda.

Semoga para pelajar akan berjaya untuk menjawab soalan Kertas Fizik SPM pada 25/11/2008 ini, bayangkan 2 tahun anda belajar fizik hanya pada tarikh keramat itu sahaja pengetahuan fizik anda akan ditanya dan diuji. Oleh itu gunakan masa yang bersisa ini dengan sebaik mungkin, jangan menyesal di kemudian hari...........

SKEMA FIZIK TRIAL TERENGGANU 2008

Sunday, October 5, 2008

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM - FIZIK 2008

Kualiti koleksi ini adalah kurang memuaskan kerana saya tak sempat untuk membersihkan setiap muka surat dengan teliti kerana sibuk beraya hehhehe , so saya upload dulu bahan ini dan jika ada masa saya akan publish kali kedua dengan bahan yang telah diperbaiki dan dibersihkan. Saya akan meng"upload" secara berperingkat berdasarkan bahan yang ada dalam simpanan saya.

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"


Aku sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" kepada semua umat Islam umumnya dan khususnya kepada warga SMTD, semoga mendapat keberkatan Allah SWT di Bulan Syawal ini. Aku sekeluarga juga ingin meminta maaf daripada semua jika terdapat perkara2 yang telah menyakiti hati sesiapa, dihalalkan juga segala yang telah termakan, terminum atau apa2 kesalahan yang pernah aku lakukan secara sengaja atau tanpa segaja.

Kepada semua anak murid ku, kesalahan kalian sudah lama cikgu maafkan kecuali mamat2 yang telah mengores kereta cikgu dulu, dengan ucapan "Ko ingat ini peraduan gores dan menang ke!!!!". (Lawak je, kekhilafan korang tu cikgu cuba sepenuh daya untuk memaafkan jugak ;p)

Kepada mereka2 yang telah dimarah, dipiat telinga, dipembaris meterkan dan ......... semua cikgu buat adalah untuk mendisplinkan dan mendidik kamu, tanda sayang cikgu kat korang tetapi jika korang tak puas hati, takper di Akhirat nanti ko tuntut je, sebab kita akan dihakimi oleh Allah SWT dengan adil.

Semoga korang akan berjaya dalam SPM dan kehidupan, perjalanan hidup korang masih panjang, cuba perbaiki diri dan jangan lupakan mak dan ayah korang yang telah membesarkan anda......ANDA MAMPU UNTUK MERUBAHNYA!!!!!!

Sunday, September 14, 2008

SOALAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU 2008

Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Terengganu telah selamat melabuhkan tirainya pada 11 September 2008. Di sini saya akan meng"upload" soalan2 tersebut secara berperingkat-peringkat kerana kekangang masa antara menanda kertas soalan peperiksaan pelajar-pelajar dengan mengimbas soalan percubaan tersebut. Pelajar saya ada 87 orang so mengambil masa gak nak tanda kertas mereka tu. Diharapkan semua dapat bersabar atas kelewatan perkongsian soalan tersebut.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2] atau [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
  3. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2]
  4. Sejarah - [K1] [K2]
  5. Matematik Moden - [K1] [K2]
  6. Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  7. Fizik - [K1] [K2] [K3]
  8. Kimia - [K1] [K2] [K3]
  9. Biologi - [K1] [K2] [K3]
  10. Sains - [K1] [K2]
  11. Pengajian Awam - [K1] [K2]
  12. Pengajian Elektrik - [K1] [K2]
  13. Pengajian Mekanikal - [K1] [K2]
  14. Lukisan Kejuruteraan
  15. Prinsip Perakaunan [K1] [K2]
  16. Perdagangan [K1] [K2]
  17. Tasawwur Islam [K1] [K2]
  18. Pendidikan Seni Visual [K1] [K2]
  19. EST [K1] [K2]
  20. ICT [K1]

Tuesday, September 9, 2008

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SBP 2008 VERSI 2

Koleksi soalan ini adalah yang lebih baik daripada yang sebelumnya di mana saiz fail yang lebih kecil untuk mempercepatkan proses memuat turun dan kualiti soalan yang lebih jelas dan beberapa kesalahan kecil yang telah dapat diperbaiki. Namun segelitir juga soalan yang tidak boleh diperbaiki dan diedit, diharapkan kekurangan ini dapat dimaafi. Di harapkan kepada para pelajar dan guru dapat manfaat daripadanya.

Terima kasih juga kepada sahabat saya Suwardi di Selangor yang membantu saya untuk mendapat bahan yang lebih baik. Semoga perkongsian ilmu ini dapat diteruskan. Kepada mereka yang ingin mendapatkan soalan percubaan Terengganu, diharapkan bersabar kerana pada minggu hadapan saya akan meng"upload" soalan tersebut.


  1. Bahasa Melayu [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris [K1] [K2]
  3. Pendidikan Agama Islam [K1] [K2]
  4. Bahasa Arab Tinggi [K1] [K2]
  5. Sejarah [K1] [K2]
  6. Matematik Moden [K1] [K2]
  7. Matematik Tambahan [K1] [K2]
  8. Fizik [K1] [K2] [K3]
  9. Kimia [K1] [K2] [K3]
  10. Biologi [K1] [K2] [K3]
  11. EST [K1] [K2]
  12. Teknologi Kejuruteraan [K1][K2]
  13. Lukisan Kejuruteraan [K1]

Sunday, August 31, 2008

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SBP 2008

Kualiti soalan ini adalah kurang memuaskan kerana sumber yang saya perolehi adalah kurang berkualiti. Diharapkan ia memberi manfaat kepada pelajar dan teruskan usaha anda kerana masih ada masa lagi sebelum SPM. Kepada mana2 guru yang berminat untuk bertukar2 soalan, diharapkan dapat menghubungi saya, sama2 kita berkongsi maklumat dan pengalaman. Sekarang ini saya dah mempunyai rakan di Pahang - Cikgu Denan dan di Kedah - Ahmad Suhaimi Halim. So mana2 guru dari negeri lain, bolehlah join sekali yer.
  1. Bahasa Melayu - [ K1 ] [ K2 ]
  2. Bahasa Inggeris - [ K1 ] [ K2 ]
  3. Pendidikan Agama Islam - [ K1 ] [ K2 ]
  4. Sejarah - [ K1 ] [ K2 ]
  5. Matematik - [ K1 ] [ K2 ]
  6. Matematik Tambahan - [ K1 ] [ K2 ]
  7. Fizik - [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ]
  8. Kimia - [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ]
  9. Biologi - [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ]
  10. Lukisan Kejuruteraan [ Kertas ]

Monday, August 25, 2008

"SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK RIN & ZAINAL"

Pada cuti yang lepas, aku berkesempatan untuk membawa isteri aku ke majlis perkahwinan rakan baiknya di Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Selepas habis Kem Cuti Sekolah pada hari Sabtu 16 Ogos, aku terus bertolak ke Selangor dari Dungun dan melepak di Sg Buaya, Rawang. Rasa macam jauhnya dari Rawang ke Sg Besar tu, ye le aku bukan terrer sangat bab selok-belok jalan di Selangor ni. Biasanya kalu aku pergi ke sesuatu tempat mesti jalan pergi dan balik berbeza (dlm erti lain asyik sesat jer hehehee).

Mereka berkawan baik sejak mengajar di Sekolah Menengah Adela di Johor. Bila isteri aku berpindah ke Terengganu, still rakan baiknya mengajar dan menabur bakti di Felda Adela. Aku saja datang lewat sikit ke majlis perkahwinan tersebut supaya isteri aku dapat berbual lama sedikit, lagipun takut anak aku melalak or buat perangai, budak2 ni hiperaktif tul.

(Dalam gambar: Linda bersama rakan baiknya-Rin dan anak2 aku Husna, Yana & Yati )

Sunday, August 10, 2008

UJIAN OTI 2 TINGKATAN 4 TAHUN 2008

Pada minggu ini berlangsung Ujian OTI2 Tingkatan 4 selama seminggu dan kertas ujian adalah tidak merangkumi semua kertas. Hanya sebahagian sahaja yang diuji, ini berlaku kerana kesuntukan masa dan selepas ini pelajar akan mula bercuti. Kertas yang diuji hanyalah :
  1. BAHASA MELAYU [ KERTAS ]
  2. BAHASA INGGERIS [KERTAS ]
  3. PENDIDIKAN AGAMA ISLAM [KERTAS ]
  4. SEJARAH [ KERTAS ]
  5. MATEMATIK [ KERTAS ]
  6. MATEMATIK TAMBAHAN [KERTAS ]
  7. FIZIK [ K1 ] [ K2 ]
  8. KIMIA [KERTAS ]
  9. PENGAJIAN ELEKTRIK [ KERTAS ]
  10. PENGAJIAN AWAM [ KERTAS ]
  11. PENGAJIAN MEKANIKAL [ KERTAS ]
  12. LUKISAN KEJURUTERAAN