Sunday, November 23, 2008

Pemilihan Kursus Selepas SPM

Apabila pelajar lepasan SPM tamat mengambil peperiksaan, mereka sepatutnya mula memikirkan hala tuju mereka. Ini kerana pemilihan tersebut akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang, jadi pemilihan tersebut mestilah bergantung kepada individu itu sendiri, jangan terikut kawan2 atau orang lain.

Kepada mereka yang terpilih mengikuti PLKN, anda seharusnya pergi kerana anda akan dapat kawan dan pengalaman baru, namun jika anda mengalami masalah kesihatan, anda bolehlah dikecualikan.

Mereka yang tidak terpilih, anda jangan rungsing, anda boleh memohon jika ada kekosongan. Jika anda tidak mahu terlibat juga dengan PLKN kerana tidak dipilih, anda boleh bekerja sementara di mana2 (dengan kebenaran penjaga)supaya anda mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan masyarakat.

Kemudian anda bolehlah memikirkan apakah hala tuju selepas itu, antaranya
  1. Memohon matrikulasi - Ini merupakan laluan ekspress untuk pelajar bumiputra untuk memasuki IPTA tetapi anda kena belajar bersungguh2 kerana "pointer" anda akan mempengaruhi pengajian anda yang seterusnya. Jika anda mendapat 4.00, inyaallah anda mempunyai peluang yang amat cerah untuk mendapat kursus yang anda inginkan. Jika anda mendapat bawah 3.00, ia amat sukar sedikit....
  2. Memasuki Tingkatan 6 - Anda perlu faham, jika anda memasuki Tingkatan 6, anda perlu belajar selama 2 tahun dan buku2 sangat tebal dan banyak. Jika anda kurang minat membaca, anda mungkin menghadapi masalah.
  3. Mengikuti A-Level - Jika anda mempunyai keinginan untuk ke luar negara untuk menyambung pengajian anda, maka A-level adalah pilihan utama anda. Anda boleh memasuki istitusi persendirian seperti Taylor 's, INTI dan KDU.
  4. Memohon diploma - Anda akan mengikuti pengajian selama 3 tahun, mendapat diploma dan boleh mula bekerja, namun gaji yang ditawarkan adalah lebih kecil berbanding jika anda mempunyai ijazah.
  5. Sijil kemahiran - Jika keputusan SPM anda kurang memberangsangkan, anda boleh mengikuti sijil kemahiran. Kos pengajian yang murah dan anda boleh terus bekerja selepas tamat pengajian.
Ini hanyalah pendapat saya sahaja, anda boleh berbincang dengan ahli kelurga dan rakan2 anda. Pemilihan tersebut mestilah berdasarkan minat anda kerana anda yang akan mengikutinya tetapi kena juga menilai keputusan peperiksaan dan faktor kewangan keluarga anda. Di bawah ini adalah nukilan Pn Izaida Ibrahim yang mungkin kita boleh dikongsi bersama.

1 comments:

Mohd Fauzi said...

Salam,
Nukilan itu sunguh benar adanya, mungkin ini yang terjadi bila anda dari sekolah biasa or sekolah sains, tapi bagi kebayakan pelajar teknik/vokasional saya rasa forwardkan lah apa yang anda dah lalui selama 2 tahun dalam bidang anda pilih di sekolah, anda suka anda teruskan, tidak suka lepas spm pilih yang baru untuk memasuki UNIVERSITI,
walau apa pun pesan saya hanya satu. JANGAN SEKADR BERCITA-CITA MASUK UNIVERSITI SAHAJA TAPI BERCITA-CITA UNTUK TAMAT DENGAN BERJAYA.. nak masuk senang,nak tamat pun senang. tapi nak tamatkan dengan diploma/ijazah yang cemerlang itu yang sukar.