Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Saturday, November 15, 2008

Bengkel Training of Trainers Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu & MindCet

Pada 6-8 November 2008 yang lalu, saya telah mengikuti Bengkel Training of Trainers di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Ia merupakan sebahagian daripada Projek "Mind Based Learning 2008-2009" anjuran pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan MINDCet. Program ini disertai oleh guru-guru yang dipilih daripada setiap sekolah seluruh Negeri Terengganu.

Dalam bengkel ini, saya berpeluang untuk mengikuti slot yang dikendalikan oleh En. Osman Affan Pakar Motivasi & Teknik Belajar. Antara slot yang disampaikan oleh beliau ialah
  • Gaya mengajar berasaskan minda
  • Potensi Minda Optimum
  • Minda Kreatif Guru Ceria
  • Bicara Minda Guru
  • Ransangan Minda
Daripada ilmu dan pengalaman yang dikongsi melalui bengkel ini, saya akan cuba mempraktikkannya dalam P&P untuk meningkatkan pemahaman para pelajar. Walaupun mungkin ia sukar untuk dilaksanakan tapi jika tidak dicuba mana mungkin kita tahu keputusannya.

Aku dan isteriku sempat bergambar dengan En. Osman Affan diakhir bengkel sebagai kenangan dan isteriku juga turut menyertai bengkel ini. Walaupun terpaksa meninggalkan ketiga2 orang anak di rumah pengasuh, namun untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman baru, ia menjadi adat sebagai seorang GURU......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...