Saturday, May 3, 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI 1) Tingkatan 5 2014 Negeri Terengganu

Berikut merupakan jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI 1) Tingkatan 5 2014 Negeri Terengganu untuk pelajar-pelajar SPM di Kolej Vokasional Dungun.

Diharapkan semua pelajar akan mengulangkaji pelajaran dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini.

Semoga kejayaan akan menjadi milik anda....In shaa Allah.....

Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI 1) Tingkatan 5 2014 Negeri Terengganu

Friday, May 2, 2014

Keputusan MUET Sesi Mac 2014 Diumum Isnin Ini

Keputusan MUET Sesi Mac 2014 Diumum Isnin Ini

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Mac 2014 akan diumumkan Isnin ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataannya semalam berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi pengajian masing-masing mulai jam 10 pagi.

Bagi calon persendirian pula, katanya, keputusan mereka akan diposkan.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui SMS dengan menaip MUET RESULT No Kad pengenalan dan menghantarnya ke 15888 atau melayari portal MPM, http://www.mpm.edu.my mulai jam 10 pagi, pada 5 Mei 2014.

Seramai 36,100 calon menduduki ujian bagi sesi berkenaan.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET, boleh membuat rayuan penyemakan semula dengan bayaran RM70. Tarikh tutup rayuan semakan semula adalah pada 16 Mei 2014," kata kenyataan berkenaan.

Pendaftaran MUET bagi sesi November 2014 pula akan dibuka mulai 5 Mei hingga 25 Julai ini menerusi 'online' melalui http://online.mpm.edu.my

Wednesday, April 23, 2014

Petikan Harian Metro : Tukar Kuarters Kepada Rumah Sewa


Tukar Kuarters Kepada Rumah Sewa

Kuala Lumpur - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya kuarters kerajaan ditukar nama kepada rumah sewa kerajaan untuk memastikan penjawat awam Gred 44 dan ke bawah dapat menikmati elaun perumahan pada kadar penuh.

Presidennya Azih Muda berkata, jika status kuarters itu diubah, CUEPACS mencadangkan RM124 dijadikan kadar sewa bulanan ke atas penjawat yang menikmati kemudahan itu.

Azih menjelaskan masalah timbul ketika ini apabila penjawat awam tinggal di kuarters kerajaan, elaun perumahan mereka serendah RM180 sebulan ditolak selain menikmati 50 peratus daripada bayaran elaun kos sara hidup (COLA).

"Jika kuarters ini jadi rumah sewa, maka baki elaun perumahan setelah ditolak sewa perlu dipulangkan kepada penjawat awam. Contohnya kalau elaun perumahan RM180, dah tolak sewa RM124 akan ada lagi baki RM56.

"Selain itu bayaran COLA maksimum RM300 (mengikut kawasan) perlu diberikan 100 peratus kepada penjawat awam, tiada lagi sebab untuk potong 50 peratus," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kongres Cuepacs sesi 2013-2016 di dini, semalam. - BERNAMA

Wednesday, April 2, 2014

Projek Rahsia Mesin Duit.....

Projek Rahsia Mesin Duit

Disebabkan terdapat sedikit masa yang terluang...di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat menjana wang secara santai.....

Berminat untuk mengetahui mengenai "Rahsia Mesin Duit"...

Tawaran ini boleh ditutup pada bila-bila masa sahaja....cepat bertindak.....

Sila ke minisite di bawah untuk maklumat lanjut..

http://goo.gl/uZL6sk