Wednesday, April 23, 2014

Petikan Harian Metro : Tukar Kuarters Kepada Rumah Sewa


Tukar Kuarters Kepada Rumah Sewa

Kuala Lumpur - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya kuarters kerajaan ditukar nama kepada rumah sewa kerajaan untuk memastikan penjawat awam Gred 44 dan ke bawah dapat menikmati elaun perumahan pada kadar penuh.

Presidennya Azih Muda berkata, jika status kuarters itu diubah, CUEPACS mencadangkan RM124 dijadikan kadar sewa bulanan ke atas penjawat yang menikmati kemudahan itu.

Azih menjelaskan masalah timbul ketika ini apabila penjawat awam tinggal di kuarters kerajaan, elaun perumahan mereka serendah RM180 sebulan ditolak selain menikmati 50 peratus daripada bayaran elaun kos sara hidup (COLA).

"Jika kuarters ini jadi rumah sewa, maka baki elaun perumahan setelah ditolak sewa perlu dipulangkan kepada penjawat awam. Contohnya kalau elaun perumahan RM180, dah tolak sewa RM124 akan ada lagi baki RM56.

"Selain itu bayaran COLA maksimum RM300 (mengikut kawasan) perlu diberikan 100 peratus kepada penjawat awam, tiada lagi sebab untuk potong 50 peratus," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kongres Cuepacs sesi 2013-2016 di dini, semalam. - BERNAMA

0 comments: