Sunday, October 19, 2008

Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik 2009


MAKLUMAT KEMASUKAN KE SMT 2009

Pada kali ini, cara permohonan ke sekolah teknik hanya menggunakan sistem permohonan dalam talian dan TIADA menggunakan borang permohonan. Pelajar hanya perlu memberikan maklumat peribadi dan jenis aliran yang dipohon dan segala maklumat tentang keputusan PMR 2008 kelak akan disalurkan ke sistem maklumat ini. Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan kursus dalam Aliran Teknikal, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran kepada pelajar-pelajar lepasan PMR 2008.

Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Teknikal
  • Bahasa Melayu - B
  • Matematik - B
  • Sains - B
  • Kemahiran Hidup - C
  • DAN mendapat 3 (tiga) C dalam matapelajaran lain termasuk B.Inggeris
Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Vokasional
  • Bahasa Melayu - C
  • Matematik - B
  • Sains - C
  • Kemahiran Hidup - C
  • DAN minimum gred D dalam mana-mana 1 (satu) matapelajaran lain
Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Kemahiran
  • Telah menduduki PMR 2008
  • Keutamaan adalah kepada pelajar berprestasi rendah

#### Untuk maklumat lanjut,

  1. Sila ke sekolah teknik yang berhampiran atau
  2. Sila ke laman web Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia atau < KLIK SINI>

Jika anda berminat memasuki SM Teknik sesi 2009, sila klik ikon di bawah:



1 comments:

jaarsmtd said...

Kps semua pengunjung, permohonan ke SM Teknik telah ditutup, harap maklum.