Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Monday, October 13, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI - SMTD 2008



Pada tanggal 11/10/2008, Kelab Guru & Kakitangan (KEKITE) SM Teknik Dungun telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah dan berlangsung di Dewan Besar SMTD. Semua ahli KEKITE bersama keluarga masing2 menghadiri majlis ini dan dimeriahkan lagi dengan beberapa pertandingan seperti Pertandingan Juadah Istimewa Bagi Bidang2 Akademik, Penampilan Kanak2 Yg Istimewa,
Penampilan Guru/Kakitangan Yg Istimewa dan sebagainya.

Aku sekeluarga hadir dengan memakai Baju Melayu warna krim dan sedondon dengan isteriku juga, manakala anak2 memakai gaun yg dihadiahkan oleh kakak iparku. Penampilan ini berjaya memenangi hadiah untuk "Famili Ceria". Kemuncak acara adalah pembahagian duit raya yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTD, Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali dan dibantu oleh Ketua2 Bidang akademik yang lain.

Semoga dengan adanya majlis seperti ini, dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan keluarga masing2. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan untuk tahun2 yang akan datang.......

1 comment:

Aku Lelaki Itu said...

nice blog
keep it up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...