Thursday, October 23, 2008

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

Sekarang sedang berlangsung Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Dungun dan semoga para pelajar menjawab dengan bersungguh-sungguh kerana ia akan menentukan kedudukan mereka untuk tahun hadapan.

Jika diizinkan Allah, saya akan cuba untuk "scan & clean" soalan2 tersebut untuk dikongsi bersama tetapi mungkin selepas tamat sahaja peperiksaan tersebut. Ini bertujuan supaya tidak berlaku kebocoran kertas soalan kerana kemungkinan jadual peperiksaan setiap sekolah adalah berbeza. Lagipun masa untuk "scan, clean & edit" soalan2 tersebut mengambil masa yang panjang, selalunya bagi 10 muka surat saya memerlukan 1jam untuk membersihkannya. Kalu soalan 30 muka surat, saya terpaksa duduk di depan desktop selama 3 jam....letih gak tu ;p

Mengenai skema jawapan, saya akan usahakan tetapi mungkin sukar sedikit kerana biasanya skema yang dibekalkan mempunyai kesilapan dan perlu diperbetulkan oleh guru matapelajaran. Oleh kerana saya hanya mengajar Fizik, maka skema yang lain perlu diminta daraipada rakan2 yang lain jadi mungkin ada kesukaran di situ. Semua guru akan sibuk menanda kertas kerana markah pelajar perlu diserahkan sebelum cuti akhir tahun.


0 comments: