Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Wednesday, December 17, 2008

TERKINI : Laluan Perguruan

Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:

  • Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
  • Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Sila ke laman Portal Rasmi Kementerian Pelajaran untuk maklumat terkini dan segala permohonan adalah secara dalam talian. Kepada pelajar Lepasan SPM 2008 yang berminat untuk mengikuti KPLSPM, biasa tawaran akan dibuka pada bulan Feb atau Mac. Namun segala maklumat terkini ada pada portal tersebut.

Latihan Pra Perguruan

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kurus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.


** Nota **

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam yang telah dikhususkan untuk bidang pendidikan.

UPSI mempunyai sejarah yang panjang dalam bidang pendidikan guru. Ia telah ditubuhkan sebagai Sultan Idris Teaching College (SITC) pada tahun 1917 diilhamkan oleh R.O. Windstedt, Gabenor Negeri-Negeri Selat pada ketika itu.

Namanya kemudian ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Idris pada 1959 dan dikhususkan untuk guru-guru sekolah rendah.Maktab ini kemudiannya dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987.

Setelah diwartakan menjadi universiti pada tahun 1997, UPSI terus menjadi teraju dalam bidang pendidikan. UPSI menawarkan program ijazah pendidikan pada tahap sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

6 comments:

The Spiral Eyes said...

terima kasih untuk maklumat cikgu

Jali said...

Tak sabar nak apply KPLSM
Lambat btul tawaran keluar
kih3x

Zaki said...

salam
apsal takder ceter baru
cgu letak le apa2
bz ke cikgu time cuti sekolah
nie hehehheh

bedah said...

thanks cikgu. sy sebagai pelajar private student..maklumat cikgu amat berguna. =)

Anonymous said...

nak tanya sikit ttg kplspm... nak apply kplspm tu perlu beli number pin kan?? biasanya, bila dah boleh beli?? dah bukak ke skrg ni??

jaarsmtd said...

biasanya bln 3 baru tawaran dibuka.apa2 pun rajin2 g ke laman rasmi KPM di alamat http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=utama&unit=utama&bhs=my dan check di bahagian "Perguruan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...