Monday, October 25, 2010

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Sekolah



Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Menengah Teknik Dungun telah berjaya dilaksanakan pada 25 Oktober 2010 bertempat di Dewan Besar SM Teknik Dungun.

Para pelajar dan guru mulai berkumpul di Dewan Besar SMTD pada pukul 7.30 pagi dan acara bermula pada pukul 7.45 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis iaitu Pn. Massuza Sufian.

Diikuti dengan bacaan doa, diketuai oleh Ust Rusmi Mohamad. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku, Selamat Sultan dan SMTD Gemilang telah menghangatkan lagi suasana dewan ini.

Ucapan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Alwi Bin Mohd Ali selaku Pengetua SM Teknik Dungun.

Pelajar turut terlibat dalam acara ini dengan membuat persembahan nyanyian koir dua buah lagu iaitu Satu Malaysia dan Bahasa Jiwa Bangsa.

Deklamasi sajak turut dipersembahkan di mana ia dijayakan oleh Siti nursyuhada Nordin (5KM1) dan Muhammad Syafiq Suliman (5KM4).

Setelah semua acara telah selamat dilakukan, semua pelajar dan guru beredar ke kelas masing-masing untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk hari ini.


0 comments: