Thursday, April 22, 2010

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Program pelajar cari pasangan soleh, solehah

JOHOR BAHRU 21 April - Seramai 800 penuntut Politeknik Johor Bahru menyertai Program Mencari Pasangan Soleh dan Solehah di sini baru-baru ini.


Program kelolaan Jabatan Pengajian Am dan Kelab Rakan Muda Masjid politeknik itu turut disertai oleh penuntut khas dari kalangan pekak dan bisu serta penuntut bukan Islam.


Ketua Kursus Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am politeknik itu, Wan Zakiah Wan Yunus berkata, program berbentuk forum itu diadakan bagi menangani masalah peningkatan kes perceraian di kalangan pasangan muda.


Katanya, forum yang menampilkan ahli panel iaitu Mohd. Nasri Rahman dari Bahagian Pembangunan Keluarga dan Siti Arfah Mohd. Yusuf dari Pejabat Agama Daerah Muar turut membincangkan mengenai peningkatan bilangan anak luar nikah.


"Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menghindari perkara tersebut daripada berlaku di kalangan golongan muda khususnya penuntut politeknik.


"Diharap para peserta dapat mengambil manfaat daripada program tersebut dan mengaplikasikan pengajaran yang diperoleh dalam kehidupan seharian kelak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.


KOMENTAR : Admin berharap kepada mereka yang menyertai program ini akan mendapat calon2 yang baik dan jangan lupa bawa berjumpa dengan ibu bapa untuk mendapatkan keizinan dan keberkatan ;p


0 comments: