Saturday, May 1, 2010

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Semak keputusan ke IPTA mulai hari ini

KUALA LUMPUR 30 April - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh menyemak keputusan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi 2010/11 esok bermula pukul 12 tengah hari.


Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.


Menurut kenyataan itu, semakan boleh dibuat menerusi laman web kementerian atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.


''Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran kemasukan ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan sebelum atau pada 15 Mei ini.


''Pemilihan bagi kes rayuan adalah berdasarkan kekosongan tempat dalam sesebuah program pengajian selepas pendaftaran pelajar baru IPTA bermula dan keputusan akan dikeluarkan pada minggu ketiga Julai ini,'' jelas kenyataan itu.


Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA bagi Program SPM/Setaraf adalah pada 3 atau 4 Julai ini manakala bagi Program Asasi pula pada 23 Mei ini.


''Tahun ini kementerian melaksanakan tawaran terbuka bagi program ini, justeru calon cemerlang SPM 2009 mungkin menerima lebih daripada satu tawaran ke IPTA.


''Calon yang gagal digalakkan menyambung pelajaran ke politeknik, tingkatan enam, kolej komuniti dan mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia,'' jelasnya.


Untuk sebarang pertanyaan calon boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88835858 atau 03- 88835848.


0 comments: