Thursday, November 14, 2013

Ubah persepsi Terhadap Kolej Vokasional


Kuala Lumpur - Masyarakat perlu mengubah persepsi yang menganggap pelajar kolej vokasional sukar menempa kejayaan semata-mata tidak menduduki peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Kolej Vokasional Kajang, Mohd Ghazaly Haroun, berkata pelajar kolej vokasional sebaliknya berpeluang mengikut kursus singkat terus ke peringkat diploma, sekaligus dapat menjimatkan masa pengajian.

Transformasi pendidikan
"Ini transformasi pendidikan bagi mencapai status negara maju, dengan kursus selama empat tahun ditawarkan kepada lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mendapatkan diploma.

"Pelajar terbabit lebih berkemahiran serta dapat bekerja seawal usia 19 tahun berbanding kaedah biasa perlu dilalui pelajar institusi pengajian awam (IPTA) yang rata-rata menamatkan pengajian diploma pada usia 21 tahun," katanya pada Program KV-KTM Mobile Fair 2013 di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 13 kolej vokasional zon Selangor dan Wilayah Persekutuan menyertai program berkenaan.


JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

0 comments: