Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Wednesday, November 13, 2013

Bentang Hasil Kajian Kurang Beban Guru

Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan akan membentangkan hasil kajian mengurangkan beban tugas guru di negara ini membabitkan empat lapangan kajian pada Persidangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS Summit), minggu depan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata empat lapangan kajian  terbabit ialah beban tugas guru, ketidaksepadanan opsyen guru, saiz kelas yang ideal dan pertindihan pangkalan data.

Beliau berkata, kajian yang dibentangkan nanti akan disusuli cadangan bagi mendapatkan pandangan dan arahan selanjutnya dalam usaha mengurangkan beban tugas guru secara holistik dan efektif.

"Melalui NBOS, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah memperluaskan skop kajian bagi mengurangkan beban tugas guru," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, kerajaan juga melaksanakan penempatan tambahan seorang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17 di sekolah Kementerian Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Kamalanathan berkata, penempatan tambahan pembantu tadbir itu membabitkan 634 pekerja kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru di Kedah dan Sabah bermula 17 Jun lalu hingga 31 Disember ini.

Katanya, kementerian juga melaksanakan pengintegrasian data untuk mengelakkan pertindihan pengisian data pada peringkat sekolah dengan menggunakan satu sistem saja yang dinamakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Selain itu, beliau berkata, kementerian turut  menjalankan kajian Pemantapan Profesion Guru (PPG) yang membabitkan penempatan dan pelaksanaan rintis seramai 313 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17 di setiap sekolah di Melaka bermula awal tahun lalu hingga akhir tahun ini.

oleh :Mohd Azrone Sarabatin,Haspaizi Mohd Zain & Mohd Nasruddin Parzi
bhnews@bh.com.my

JANA PENDAPATAN PASIF
,klik pautan ini 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...