Sunday, April 1, 2007

Datang mu tidak diundang, pergi mu tidak ditangisi......

Pada hari ini,SMTD telah kehilangan seorang guru iaitu Pn. Norliza Bt Roslin yang telah berpindah ke SMT Ampangan, Negeri Sembilan. Beliau mula berkhidmat di SMTD pada 1/3/2004 sebagai guru matapelajaran Pengajian Awam dan yang pentingnya sebagai seorang warden di asrama aspuri.Tempoh perkhidmatan di sini adalah singkat, cuma sekadar persinggahan yang sementara menunggu esok yang mendatang.

Walaupun berat kaki melangkah untuk meninggalkan SMTD yang penuh kenangan, namun demi tugas sebagai isteri, ibu serta pendidik, perpindahan ini hanyalah asam garam seorang pendidik yang tidak boleh tidak akan merasainya.Perjalanan hidup yang panjang ini, yang tidak tidak diketahui halangan yang bakal ditempuhi, namun dengan berbekalkan usaha dan doa pasti ditempuhi dengan jayanya...Inyaallah.

Sebagai seorang Johorean,aku berharap beliau akan berbangga sebagai seorang anak Johor yang berjaya di perantauan. Kehilangan ini pasti dirasai, namun hidup kena terus...May Allah bless you...

** Lihatlah, telatah Liza yang tak sabar-sabar menyiapkan serah tugas dan kerja-kerja akhir dengan gembira, tersenyum dan melompat-lompat dalam hatinya.

***Kepada guru-guru yang masih menunggu giliran untuk perpindahan, kita TTTUUUNNGGGGUUUUU siapa yang kena!!!

0 comments: