Cikgu2 yang lain pun sama, memantau kawasan yang telah diperuntukan sambil borak2 je. Sambil borak2 tangan capai daun kering dan mana2 sampah yang ditemui, aku kena memantau kawasan bangunan pentadbiran dan acara tamat pada 9.30 pg.
Kemudian aku pergi ke SMK Balai Besar untuk mengikuti Hari Keluarga merangkap Sambutan Maulidur Rasul dan doa selamat...3 dalam 1. Anak aku ada masuk sukaneka(merebut gula-gula), habis penuh baju dia hahaaha penuh dgn gula2. Xper lepas ni, aku yang tolong makankan, sbb budak2 xleh makan byk2. Lepas acara pembahagian hadiah, acara kemuncak ialah makan gulai kawah so aku sefamili pun pergi ke kantin untuk makan tengahari. Bila balik umah, letih giler so aku tidur sementara menunggu masuk waktu solat Jumaat.
0 comments:
Post a Comment