Thursday, April 26, 2007

Perkhemahan Kadet Polis Daerah Dungun

Pada tanggal 22/04/2007 hingga 25/04/2007, telah berlangsungnya Perkhemahan Kadet Polis Daerah Dungun. Setelah sekian lama tidak diadakan perkhemahan iaitu daripada tahun 2002(yang terakhir), baru sekarang perkhemahan ini dapat diadakan semula. Walaupun serba kekurangan dan dilakukan secara ad-hoc tapi sekurang2 dapat memberi pengalaman kepada pelajar.

SM Teknik Dungun turut menghantar pasukannya, aku dan cikgu johar sebagai guru pengiring bagi pasukan kadet lelaki, namun untuk pasukan perempuan kedua2 guru kadet polisnya cuti bersalin iaitu cikgu fadhilah dan cikgu norsalwa, oleh itu mereka diganti oleh guru lain. Disebabkan oleh ketiadaan guru pengiring pempuan yang tetap, aku dan johar mengambil keputusan untuk menempah sahaja makanan dan pelajar tidak perlu memasak.....hahhahaa bukan malas tapi aku ia lagi memudahkan. Namun terdapat segelintir orang yang tidak menyenanginya. Peduli apa aku...bukan aku mintak duit mereka, namun manusia memang penuh dengan hasad dengki dan mulut tak reti diam...so aku biarkan saja mereka membebel dan mengumpat :P yang penting hidup kena happy sokmo....kan????

Pasukan SMTD berjaya memenangi beberapa pertandingan iaitu menduduki tempat kedua bagi Pertandingan Kawad Kaki (L) dan (P), Lari Lasak (L) dan peserta SMTD dapat memasuki akhir Pertandingan Kawad Kaki Individu (L) dan (P). Alhamdullillah, xper le walaupun tidak menang, asalkan budak2 puas berkhemah dan berpeluang berinteraksi dengan pasukan daripada sekolah lain....

0 comments: