Tuesday, April 17, 2007

GALUR ENTERPRISE



Alhamdulillah....aku dan linda dah berjaya membuka perniagaan produk kesihatan Healin Gamat dan produk kecantikan AG2000 di Jalan Gong Pasir, Dungun. Tujuan utama aku membuka perniagaan ini adalah untuk membantu orang ramai yang mencari dan memerlukan produk ini. Aku gembira kerana penyakit anak aku yang kedua(Liyana) semakin baik dan kulitnya semakin licin, itulah kekuatan aku untuk menjual dan mempromosi produk ini kepada rakan2 yang lain. Stok aku perolehi daripada Konsesi Healin berdaftar di Kemaman iaitu EZI CARE CENTER di Bangunan Casa Limbong.

Bukan tujuan mencari kekayaan tetapi sekadar membantu mereka2 yang memerlukan. Sebelum ini, produk ini payah untuk didapati dan hanya segelintir farmasi yang menjualnya. Ini kerana harganya yang mahal, tetapi kalau produk ini ternyata bermutu dan bagus, tidak salah kiranya kita membeli dan mencubanya. Perniagaan ini bukanlah kepunyaan aku, tetapi kepunyaan abang ipar ku, di mana aku adalah sebagai pembantu menguruskan perniagaan ini sahaja. Selain berjinak2 dalam perniagaan, ia juga sebagai terapi kesihatan supaya aku tidak terlalu memikirkan ha-hal pndidikan semata-mata.

Jika ada sesiapa yang ini mendapat informasi tentang produk ini, bolehlah menghubungi saya. Kita boleh bertukar2 maklumat dan pengalaman...

0 comments: