Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Monday, July 27, 2009

Petikan Daripada Harian Metro : PSMZA ditutup seminggu


Oleh HADZLAN HASSAN

hadzlan@hmetro.com.my


DUNGUN: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), di sini, terpaksa ditutup selama seminggu bermula semalam selepas diarah Jabatan Kesihatan Negeri apabila empat pelajarnya disahkan positif menghidap tanda mengalami selsema babi atau Influenza A (H1N1).

Timbalan Pengarah Akademiknya, Saifullah Musa, berkata pihaknya akan memaklumkan kepada lebih 5,000 pelajarnya dengan pelbagai cara kerana ada antara mereka bercuti manakala hanya 1,200 pelajar baru yang mendaftar pada 6 Julai lalu sudah dimaklumkan.

Menurutnya, pelajar Lepasan Latihan Industri yang kini bercuti dan diminta mendaftar pada Isnin ini juga diharap dapat menyebarkan maklumat penutupan ini kepada rakan mereka walaupun pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu menggunakan pelbagai kaedah sebagai hebahan.

“Mereka yang ada telefon bimbit sudah dimaklumkan melalui SMS dan kita harap semua siswa dan 450 kakitangan di IPTA yang menawarkan kursus peringkat sijil dan diploma ini menerima maklumat yang ingin disampaikan dan berharap mematuhi arahan dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di kampus IPTA berkenaan, di sini, semalam.

Saifullah berkata, berikutan penutupan itu, pendaftaran pelajar lepasan industri yang sepatutnya diadakan pada Isnin ini ditangguhkan sehingga 2 Ogos manakala pelajar lama dijadualkan mendaftar semula pada 3 Ogos.

Selain itu, semua aktiviti pelajar dihentikan selain pergerakan kakitangan dihadkan supaya tidak keluar masuk dari kuarters bagi mengelak jangkitan, selain pengedaran topeng keselamatan.

“Pelajar yang didapati demam selepas tempoh penutupan itu diminta tidak kembali ke kampus dan perlu mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran, selain surat pengesahan doktor untuk meneruskan pengajian,” katanya.

Metro Ahad dimaklumkan, lima pelajar disyaki dihidapi penyakit itu, namun hanya empat didapati positif dan mereka kini dikuarantin di kampus dengan diselia rapi kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun.

Mereka kini dilaporkan dalam keadaan terkawal dengan tahap kesihatan semakin baik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata sebelum itu seramai 20 pelajar PSMZA dikesan dijangkiti demam selsema ringan (Influenza Light Illness).

Katanya, mereka diberi rawatan pesakit luar dan diambil sampel darah untuk diuji di makmal dan arahan menutup institusi pendidikan itu dibuat serta merta bagi mengelak penularan wabak kepada pelajar lain.

“PSMZA ditutup mulai semalam hingga 1 Ogos selepas kita mengesan ada pelajar dijangkiti Influenza Light Illness. Disebabkan wabak H1N1 semakin merebak dan menjadi pendemik, kita perlu menutup pusat pendidikan itu bagi mencegah penularannya,” katanya.

Sebelum ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun turut ditutup seminggu sejak Selasa lalu selepas diarah Jabatan Kesihatan Negeri apabila 87 pelajar dikesan mempunyai simpton Iinfluenza Light Illness dan dua daripada mereka dimasukkan ke wad Hospital Dungun kerana asma, manakala 85 lagi dirawat sebagai pesakit luar.

Sehari selepas itu, 23 lagi pelajar dirawat kerana mempunyai simptom sama, namun belum dapat dipastikan lagi sama ada ia ada kaitan dengan H1N1 dan keputusan terhadap 10 pelajar yang disaring belum diketahui.

4 comments:

Lidah Boye said...

bestnye cti...hehehe...

ukm x cti pun..hahaha..

jaarsmtd said...

banyak le ko pnyer best....
banyak sekolah n ipta dah kena H1N1
kat tganu rancak gak
kat dgun je, uitm, poli n sek sains pun kena
tapi SMTD budak2 tegar so H1N1 tak dapat tebus lagi hehheh ;p

Lidah Boye said...

yehhh...caiyok smtd..huhu

jaarsmtd said...

bdk2 xsabor nak cuti
ingat dapat cuti seminggu
hahhahaha hampeh tul
sbb ada gak bdk2 yg demam
cuma simptom yg lain takde
alhamdulillah smua selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...