Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Saturday, July 25, 2009

Petikan Daripada Harian Metro : BNM serbu syarikat (Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd) ambil deposit

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membuat serbuan ke atas premis Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd di sini, berikutan aduan diterima daripada orang ramai.

Dalam kenyataan semalam, bank pusat itu berkata ia memulakan penyiasatan terhadap syarikat itu mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu daripada memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, manakala Seksyen 4 (1) AMLATFA 2001 melarang mana-mana individu daripada terbabit atau cuba membabitkan diri atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan sudah dirampas untuk tujuan penyiasatan,” kata BNM.

Ia juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan pihak berkuasa berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang BNM di alamat www.bnm.gov.my. - Bernama

## Saja ingin berkongsi maklumat dengan rakan2 yang tidak terperasan dengan maklumat ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...