Monday, June 29, 2009

Kem Elit Fizik 2009


Panatia Fizik SMTD
telah mengadakan satu kem teknik menjawab yang dianjurkan untuk semua pelajar elit Tingkatan 5 iaitu Kelas 5KA1, 5KM1 dan 5KE1 serta beberapa orang pelajar daripada kelas lain yang dipilih. Ia dijayakan oleh sahabat saya iaitu En. Zamri B. Abdullah daripada SMK Badrul Alam Shah, Kemasik, Terengganu. Kesanggupan beliau untuk menghadiri kem ini amat saya hargai dan dapat mempertajamkan kemahiran pelajar yang menghadiri kem ini.

Jika ditinjau daripada usianya yang menjangkau 40-an dan telah menabur jasa sebagai guru selama 27 tahun, maka tidak hairanlah melihat beliau sangat mesra dengan pelajar-pelajar. Memek muka dan gaya yang bersahaja, telah dapat menarik perhatian pelajar untuk mengikuti penerangan dengan lebih berkesan dan memudahkan lagi pemahaman.

Diharapkan kem seperti ini dapat diadakan setiap tahun, demi kecemerlangan para pelajar, cuma kekangan masa dan perkara yang tidak diingini yang membantutkan perancangan yang telah dilakukan. Semoga Allah merahmati usaha yang dilakukan dan memudahkan pelajar menghadapi SPM dengan jayanya, amin.....

" Mendengar penerangan dengan penuh perhatian "



" Gelak ceria para pelajar melihat gelagat Cgu. Zamri "


Sunday, June 28, 2009

Satu sabtu yang sungguh hening....

27 Jun 2009 - Dungun : Kelihatan kelibat segombolan bayang-bayang hitam yang menuju ke dewan tertutup yang kelihatan suram. Suasana hening telah dipecahi oleh derapan langkah lembaga-lembaga yang seperti askar-askar yang sedang berkawad. Kemana tujuannya mereka ini, jika diselidiki, sepatutnya pada pagi Sabtu ini, kawasan ini sunyi sepi, hanya burung-burung dan unggas-unggas liar yang berterbangan mencari rezeki di waktu pagi.

Bila dijejaki langkah mereka ini, jejak mereka hilang disebalik pintu merah yang terkuak sedikit. Dari celah itu kedengaran satu suara yang lunak manja yang tidak pernah didengar sebelum ini. Ungkapan dan sususan ayat yang didengari amat asing, ia bukannya lirik lagu, bukan juga madah puisi, tapi amat sukar difahami oleh golongan orang biasa.

Dengan hati yang berdebar-debar, pintu merah aku buka sedikit, badan kurusku dapat melolosinya dengan mudah. Ada beberapa pasang mata lembaga yang menjeling tajam tanda kehadiranku dapat dikesan, lalu aku duduk dipenjuru meja seperti tiada apa yang berlaku. Aku memasang telinga untuk mendengar apa yang sedang diujurkan oleh wanita yang tidak dikenali ini, perkataan "aset" sering bermain dibibirnya, adakah mungkin dia sedang menjual produk kesihatan ataupun produk hartanah. Telinga ini cuba menangkap ungkapan-ungkapan yang lain.

Masyaallah, rupanya mereka ini sedang mengikuti "Kursus Tatacara Pengurusan Harta Kerajaan" yang disampaikan oleh Pn. Norliza Isa daripada INTAN, Kemaman.

Sekarang ini Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2009 yang telah dikuatkuasakan. Oleh itu beruntunglah kepada guru dan kakitangan SMTD yang hadir pada hari ini yang mendapat info terkini mengenai pekeliling ini, walaupun terpaksa mengorbankan hari minggu.

# Jika ingin muaturun Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2009, sila klik sini.

Wajah-wajah guru dan kakitangan yang sedang khusyuk mendengar ceramah.


Saturday, June 27, 2009

Petikan Daripada Berita Harian : Michael Jackson 1958 - 2009


LOS ANGELES: "Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu, Michael," demikian doa Jermaine Jackson selepas mengumumkan kematian adiknya, Michael Jackson kepada media semalam, ketika spekulasi bertiup hebat mengenai punca kematian Raja Pop itu.

Jermaine atau Muhammad Abdul-Aziz Jackson yang memeluk Islam 20 tahun lalu dan sentiasa memberi penerangan kepada adiknya mengenai agama itu, merayu kepada media agar tidak mengganggu keluarganya.

Penyanyi kontroversi berusia 50 tahun itu mengalami jantung terhenti ketika di rumah tengah hari kelmarin dan doktor peribadinya cuba menyedarkannya tetapi gagal, kata Jermaine.

Dia dibawa ke Hospital Universiti California di Los Angeles (UCLA) oleh paramedik yang menyaksikan doktor berusaha lebih sejam untuk cuba menyedarkan bintang pop itu sebelum mengisytiharkan kematiannya.

Lewat kelmarin, mayat Michael diterbangkan dengan helikopter dari hospital ke pejabat koroner untuk dibedah siasat. - Reuters

Friday, June 26, 2009

Soalan Pertengahan Tahun (OTI 1) Tingkatan 4 - 2009

Koleksi ini merupakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau OTI 1 bagi Tingkatan 4 sekolah-sekolah menengah di Negeri Terengganu yang telah berlangsung daripada 12 Mei hingga 28 Mei yang lalu. Walaupun agak lewat saya "publish" soalan2 ini, diharapkan ia dapat membantu para pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan yang akan datang.
  • Bahasa Malaysia - [K1] [K2]
  • Bahasa Inggeris - [K1] [K2] Baru!!!
  • Matematik - [K1] [K2]
  • Matematik Tambahan - [K1] [K2] Baru!!!
  • Sejarah - [K1] [K2]
  • Pendidikan Islam - [K1] [K2]
  • Fizik - [K1] [K2] [K3]
  • Kimia - [K1] [K2] [K3]
  • Sains - [K1] [K2]
  • Biologi - [K1] [K2]
  • Pengajian Awam - [K1] Baru!!!
  • Pengajian Elektrik - [K1] Baru!!!
  • Pengajian Mekanik - [K1] Baru!!!
  • Lukisan Kejuruteraan - [K1]

Wednesday, June 24, 2009

Petikan Daripada harian Metro : Nasib PPSMI Julai

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadhshahrul@hmetro.com.my

PERSOALAN sama ada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan atau tidak akan diumumkan Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau memberi jaminan keputusan yang akan diambil kerajaan berkaitan dasar PPSMI akan memberikan kebaikan kepada murid, guru dan masa depan negara.

Beliau berkata, analisis menyeluruh dan kertas mengenai hala tuju PPSMI sudah siap dan dalam tempoh terdekat kertas itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya.

“Apa saja keputusan yang dibuat, biarlah ia untuk kebaikan rakyat selari dengan gagasan ‘Rakyat Didahulukan’ seperti yang dihasratkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya ketika menjawab soalan asal Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Dewan Rakyat, semalam.

Tan sebelum itu mahu mengetahui langkah bagi memperbaiki pelajaran termasuk PPSMI, standard guru di semua peringkat serta pelbagai jenis sekolah.

Beliau juga mahu mendapatkan penjelasan kejayaan kementerian dalam menguatkuasakan persekolahan wajib terutamanya di luar bandar.

Mengulas lanjut isu yang dibangkitkan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sudah memikirkan implikasi terhadap murid yang terbabit dalam PPSMI sejak 2003 hingga sekarang.

“Mereka adalah kelompok murid yang mengikuti pelaksanaan dasar ini dengan baik dan kelompok murid sebaliknya,” katanya.

Tuesday, June 23, 2009

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2009


SAMBUTAN HARI KOPERASI 2009

PERINGKAT SM TEKNIK DUN
GUN

TEMA:
"INTEGRASI KOPERASI SEKOLAH D
AN
KOPERASI DEWASA TERAS KECEMERLANGAN"

TEMPAT:
DEWAN BESAR SMTD

TARIKH:
23 JUN 2009

ATURCARA MAJLIS:
  • Aturcara dimulakan oleh kata-kata aluan daripada pengerusi majlis
  • Bacaan doa
  • Bacaan perutusan daripada (1) Menteri Pelajaran malaysia (2) Pengerusi Eksekutif SKM (3) YDP Angkasa.
  • Upacara Perasmian dan Upacara Belah Kek oleh Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali (Pengetua SMTD).
  • Penyampaian hadiah2 dan cabutan bertuah.
  • Upacara Tanam Pokok.
  • Majlis bersurai.
Upacara Potong Kek


Upacara Menanam Pokok


# Untuk download lagu tema "Semangat Koperasi" - sila klik sini
# Untuk download senikata - sila klik sini

Saturday, June 20, 2009

Cara untuk menyemak kemasukan ke IPTA Sesi akademik 2009/2010

Calon boleh membuat semakan secara online di
Calon boleh telefon di talian 03-88835858 atau 03-88835848

Calon boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (sms) dengan menaip UPU RESULT ke 15888.

Jika calon ingin membuat rayuan, sila menggunakan aplikasi e-rayuan di upu.mohe.gov.my.


Monday, June 1, 2009

E-book PERCUMA daripada Raja Kamil

Saya nak berikan sesuatu yang percuma pada hari ini. Ia PERCUMA dan anda tidak perlu membayar sesen pun. Menarikkan....

Saudara Raja Kamil telah menerbitkan 3 buah ebook yang cukup bernilai. Ia dihasilkan berdasarkan pengalaman beliau di dalam perniagaan internet. Ebook tersebut ialah:

[1] Ikan Kecil, Ikan Besar
[2] Duit pantas Daripada Lelong
[3] 3 Idea Buat Duit Daripada Blog

Sila klik di sini untuk dapatkan ebook tersebut:
http://rajakamil.biz/ppl/index.php?ref=jaarsmtd

Ketiga-tiga ebook di atas merupakan cara-cara bagaimana anda boleh buat duit daripada internet. Tugas anda hanyalah masukkan nama dan email di dalam borang yang disediakan. Kurang daripada 3 minit, anda akan mendapat ebook tersebut.

P/S: Raja Kamil memberikan peluang anda buat duit melalui PPL. Setiap email yang berdaftar melalui LINK anda, anda akan dibayar RM1.00. Borang pendaftaran agen akan diberikan melaui email setelah anda mendapatkan ebook tersebut.


Sila klik di sini untuk dapatkan ebook tersebut:
http://rajakamil.biz/ppl/index.php?ref=jaarsmtd