Sunday, June 28, 2009

Satu sabtu yang sungguh hening....

27 Jun 2009 - Dungun : Kelihatan kelibat segombolan bayang-bayang hitam yang menuju ke dewan tertutup yang kelihatan suram. Suasana hening telah dipecahi oleh derapan langkah lembaga-lembaga yang seperti askar-askar yang sedang berkawad. Kemana tujuannya mereka ini, jika diselidiki, sepatutnya pada pagi Sabtu ini, kawasan ini sunyi sepi, hanya burung-burung dan unggas-unggas liar yang berterbangan mencari rezeki di waktu pagi.

Bila dijejaki langkah mereka ini, jejak mereka hilang disebalik pintu merah yang terkuak sedikit. Dari celah itu kedengaran satu suara yang lunak manja yang tidak pernah didengar sebelum ini. Ungkapan dan sususan ayat yang didengari amat asing, ia bukannya lirik lagu, bukan juga madah puisi, tapi amat sukar difahami oleh golongan orang biasa.

Dengan hati yang berdebar-debar, pintu merah aku buka sedikit, badan kurusku dapat melolosinya dengan mudah. Ada beberapa pasang mata lembaga yang menjeling tajam tanda kehadiranku dapat dikesan, lalu aku duduk dipenjuru meja seperti tiada apa yang berlaku. Aku memasang telinga untuk mendengar apa yang sedang diujurkan oleh wanita yang tidak dikenali ini, perkataan "aset" sering bermain dibibirnya, adakah mungkin dia sedang menjual produk kesihatan ataupun produk hartanah. Telinga ini cuba menangkap ungkapan-ungkapan yang lain.

Masyaallah, rupanya mereka ini sedang mengikuti "Kursus Tatacara Pengurusan Harta Kerajaan" yang disampaikan oleh Pn. Norliza Isa daripada INTAN, Kemaman.

Sekarang ini Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2009 yang telah dikuatkuasakan. Oleh itu beruntunglah kepada guru dan kakitangan SMTD yang hadir pada hari ini yang mendapat info terkini mengenai pekeliling ini, walaupun terpaksa mengorbankan hari minggu.

# Jika ingin muaturun Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2009, sila klik sini.

Wajah-wajah guru dan kakitangan yang sedang khusyuk mendengar ceramah.


0 comments: