Saturday, June 27, 2009

Petikan Daripada Berita Harian : Michael Jackson 1958 - 2009


LOS ANGELES: "Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu, Michael," demikian doa Jermaine Jackson selepas mengumumkan kematian adiknya, Michael Jackson kepada media semalam, ketika spekulasi bertiup hebat mengenai punca kematian Raja Pop itu.

Jermaine atau Muhammad Abdul-Aziz Jackson yang memeluk Islam 20 tahun lalu dan sentiasa memberi penerangan kepada adiknya mengenai agama itu, merayu kepada media agar tidak mengganggu keluarganya.

Penyanyi kontroversi berusia 50 tahun itu mengalami jantung terhenti ketika di rumah tengah hari kelmarin dan doktor peribadinya cuba menyedarkannya tetapi gagal, kata Jermaine.

Dia dibawa ke Hospital Universiti California di Los Angeles (UCLA) oleh paramedik yang menyaksikan doktor berusaha lebih sejam untuk cuba menyedarkan bintang pop itu sebelum mengisytiharkan kematiannya.

Lewat kelmarin, mayat Michael diterbangkan dengan helikopter dari hospital ke pejabat koroner untuk dibedah siasat. - Reuters

2 comments:

Daffodil D said...

hope he'll rest in peace. amin.

jaarsmtd said...

alfatihah