Monday, June 29, 2009

Kem Elit Fizik 2009

Panatia Fizik SMTD telah mengadakan satu kem teknik menjawab yang dianjurkan untuk semua pelajar elit Tingkatan 5 iaitu Kelas 5KA1, 5KM1 dan 5KE1 serta beberapa orang pelajar daripada kelas lain yang dipilih. Ia dijayakan oleh sahabat saya iaitu En. Zamri B. Abdullah daripada SMK Badrul Alam Shah, Kemasik, Terengganu. Kesanggupan beliau untuk menghadiri kem ini amat saya hargai dan dapat mempertajamkan kemahiran pelajar yang menghadiri kem ini.Jika ditinjau daripada usianya yang menjangkau 40-an dan telah menabur jasa sebagai guru selama 27 tahun,...

Sunday, June 28, 2009

Satu sabtu yang sungguh hening....

27 Jun 2009 - Dungun : Kelihatan kelibat segombolan bayang-bayang hitam yang menuju ke dewan tertutup yang kelihatan suram. Suasana hening telah dipecahi oleh derapan langkah lembaga-lembaga yang seperti askar-askar yang sedang berkawad. Kemana tujuannya mereka ini, jika diselidiki, sepatutnya pada pagi Sabtu ini, kawasan ini sunyi sepi, hanya burung-burung dan unggas-unggas liar yang berterbangan mencari rezeki di waktu pagi.Bila dijejaki langkah...

Saturday, June 27, 2009

Petikan Daripada Berita Harian : Michael Jackson 1958 - 2009

LOS ANGELES: "Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu, Michael," demikian doa Jermaine Jackson selepas mengumumkan kematian adiknya, Michael Jackson kepada media semalam, ketika spekulasi bertiup hebat mengenai punca kematian Raja Pop itu.Jermaine atau Muhammad Abdul-Aziz Jackson yang memeluk Islam 20 tahun lalu dan sentiasa memberi penerangan kepada adiknya mengenai agama itu, merayu kepada media agar tidak mengganggu keluarganya.Penyanyi kontroversi...

Friday, June 26, 2009

Soalan Pertengahan Tahun (OTI 1) Tingkatan 4 - 2009

Koleksi ini merupakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau OTI 1 bagi Tingkatan 4 sekolah-sekolah menengah di Negeri Terengganu yang telah berlangsung daripada 12 Mei hingga 28 Mei yang lalu. Walaupun agak lewat saya "publish" soalan2 ini, diharapkan ia dapat membantu para pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan yang akan datang.Bahasa Malaysia - [K1] [K2]Bahasa Inggeris - [K1] [K2] Baru!!!Matematik - [K1] [K2]Matematik Tambahan - [K1] [K2] Baru!!!Sejarah - [K1] [K2]Pendidikan Islam - [K1] [K2] Fizik - [K1] [K2] [K3] Kimia - [K1] [K2] [K3]...

Wednesday, June 24, 2009

Petikan Daripada harian Metro : Nasib PPSMI Julai

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad ahmadhshahrul@hmetro.com.my PERSOALAN sama ada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan atau tidak akan diumumkan Julai ini.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau memberi jaminan keputusan yang akan diambil kerajaan berkaitan dasar PPSMI akan memberikan kebaikan kepada murid, guru dan masa depan negara.Beliau berkata, analisis menyeluruh dan kertas mengenai hala tuju PPSMI sudah siap dan dalam tempoh terdekat kertas itu akan dibentangkan...

Tuesday, June 23, 2009

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2009

SAMBUTAN HARI KOPERASI 2009PERINGKAT SM TEKNIK DUNGUNTEMA:"INTEGRASI KOPERASI SEKOLAH DANKOPERASI DEWASA TERAS KECEMERLANGAN"TEMPAT:DEWAN BESAR SMTDTARIKH:23 JUN 2009ATURCARA MAJLIS:Aturcara dimulakan oleh kata-kata aluan daripada pengerusi majlisBacaan doaBacaan perutusan daripada (1) Menteri Pelajaran malaysia (2) Pengerusi Eksekutif SKM (3) YDP Angkasa.Upacara Perasmian dan Upacara Belah Kek oleh Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali (Pengetua SMTD).Penyampaian...

Saturday, June 20, 2009

Cara untuk menyemak kemasukan ke IPTA Sesi akademik 2009/2010

Calon boleh membuat semakan secara online dihttp://upu.mohe.gov.myhttp://jpt.uum.edu.myhttp://jpt.utm.myhttps://pohon.usm.myCalon boleh telefon di talian 03-88835858 atau 03-88835848Calon boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (sms) dengan menaip UPU RESULT ke 15888.Jika calon ingin membuat rayuan, sila menggunakan aplikasi e-rayuan di upu.mohe.gov....

Monday, June 1, 2009

E-book PERCUMA daripada Raja Kamil

Saya nak berikan sesuatu yang percuma pada hari ini. Ia PERCUMA dan anda tidak perlu membayar sesen pun. Menarikkan....Saudara Raja Kamil telah menerbitkan 3 buah ebook yang cukup bernilai. Ia dihasilkan berdasarkan pengalaman beliau di dalam perniagaan internet. Ebook tersebut ialah:[1] Ikan Kecil, Ikan Besar[2] Duit pantas Daripada Lelong[3] 3 Idea Buat Duit Daripada BlogSila klik di sini untuk dapatkan ebook tersebut:http://rajakamil.biz/ppl/index.php?ref=jaarsmtdKetiga-tiga ebook di atas merupakan cara-cara bagaimana anda boleh buat duit daripada...