Friday, November 28, 2008

BERITA BAIK UNTUK PEMINJAM PTPTN

ISYTIHAR STATUS PINJAMAN PTPTN UNTUK CAS BARU

Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian. com.my

KUALA LUMPUR: Semua 1.04 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang meminjam daripada perbadanan itu sebelum 1 Jun 2008, perlu mengisytiharkan status pinjaman bagi melayakkan mereka mendapat caj perkhidmatan hanya satu peratus mulai tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peminjam terbabit perlu pergi ke pejabat cawangan PTPTN untuk mengemas kini kontrak mereka.

"Peminjam yang mahu menerima penurunan kadar caj pinjaman daripada tiga peratus kepada satu peratus, perlu memaklumkan kepada PTPTN mereka sedia menerima perubahan itu kerana ia membabitkan kontrak.


"Kalau mereka tidak menunjukkan mahu menerima perubahan itu, selagi itulah kadar caj kekal tiga peratus. Jadi, peminjam perlu kembali ke PTPTN. Ada kalanya, apabila kerajaan sudah beri macam-macam, mereka nak suruh suapkan pula dan hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa," katanya.


Beliau kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama antara PTPTN, sebagai ejen kutipan bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) yang menyediakan program perkhidmatan penabungan elektronik, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.


September lalu PTPTN mengumumkan, dokumen surat tawaran perjanjian dengan kadar caj baru akan diedarkan Januari 2009 kepada peminjam sedia ada dan yang sudah menamatkan pengajian. Mereka diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen itu sebelum memulangkan semula kepada PTPTN.


Pada majlis sama, Mohamed Khaled mengulangi saranan supaya masyarakat, terutama ibu-bapa, supaya menyertai SSPN bagi memas-tikan anak-anak mereka layak mendapat pinjaman PTPTN.

"SSPN yang sudah dimulakan empat tahun menjadi asas bagi pelajar untuk mendapat pinjaman dan mereka yang menabung turut mendapat pelbagai insentif termasuk potongan cukai," katanya sambil menambah hingga kini simpanan dalam skim itu berjumlah RM165.3 juta membabitkan seramai 573,880 pemegang akaun.

Beliau berkata, kerjasama dengan institusi perbankan seperti Maybank lebih memudahkan urusan menyimpan dan pembayar balik pinjaman PTPTN. Perangkaan terbaru menunjukkan sejumlah RM25.89 bilion sudah disalurkan sebagai pinjaman oleh PTPTN kepada 1.25 juta peminjam.


Kerjasama yang dijalin semalam sekali gus menyaksikan Maybank melancarkan siri perkhidmatan penabungan elektronik lengkap yang merangkumi lima saluran penabungan iaitu menerusi mesin ATM, mesin deposit tunai (CDM), Maybank2u.com, `Kawanku Phone Banking' dan pembayaran di kaunter.


* PETIKAN DARIPADA BERITA HARIAN

Sunday, November 23, 2008

Pemilihan Kursus Selepas SPM

Apabila pelajar lepasan SPM tamat mengambil peperiksaan, mereka sepatutnya mula memikirkan hala tuju mereka. Ini kerana pemilihan tersebut akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang, jadi pemilihan tersebut mestilah bergantung kepada individu itu sendiri, jangan terikut kawan2 atau orang lain.

Kepada mereka yang terpilih mengikuti PLKN, anda seharusnya pergi kerana anda akan dapat kawan dan pengalaman baru, namun jika anda mengalami masalah kesihatan, anda bolehlah dikecualikan.

Mereka yang tidak terpilih, anda jangan rungsing, anda boleh memohon jika ada kekosongan. Jika anda tidak mahu terlibat juga dengan PLKN kerana tidak dipilih, anda boleh bekerja sementara di mana2 (dengan kebenaran penjaga)supaya anda mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan masyarakat.

Kemudian anda bolehlah memikirkan apakah hala tuju selepas itu, antaranya
  1. Memohon matrikulasi - Ini merupakan laluan ekspress untuk pelajar bumiputra untuk memasuki IPTA tetapi anda kena belajar bersungguh2 kerana "pointer" anda akan mempengaruhi pengajian anda yang seterusnya. Jika anda mendapat 4.00, inyaallah anda mempunyai peluang yang amat cerah untuk mendapat kursus yang anda inginkan. Jika anda mendapat bawah 3.00, ia amat sukar sedikit....
  2. Memasuki Tingkatan 6 - Anda perlu faham, jika anda memasuki Tingkatan 6, anda perlu belajar selama 2 tahun dan buku2 sangat tebal dan banyak. Jika anda kurang minat membaca, anda mungkin menghadapi masalah.
  3. Mengikuti A-Level - Jika anda mempunyai keinginan untuk ke luar negara untuk menyambung pengajian anda, maka A-level adalah pilihan utama anda. Anda boleh memasuki istitusi persendirian seperti Taylor 's, INTI dan KDU.
  4. Memohon diploma - Anda akan mengikuti pengajian selama 3 tahun, mendapat diploma dan boleh mula bekerja, namun gaji yang ditawarkan adalah lebih kecil berbanding jika anda mempunyai ijazah.
  5. Sijil kemahiran - Jika keputusan SPM anda kurang memberangsangkan, anda boleh mengikuti sijil kemahiran. Kos pengajian yang murah dan anda boleh terus bekerja selepas tamat pengajian.
Ini hanyalah pendapat saya sahaja, anda boleh berbincang dengan ahli kelurga dan rakan2 anda. Pemilihan tersebut mestilah berdasarkan minat anda kerana anda yang akan mengikutinya tetapi kena juga menilai keputusan peperiksaan dan faktor kewangan keluarga anda. Di bawah ini adalah nukilan Pn Izaida Ibrahim yang mungkin kita boleh dikongsi bersama.

Thursday, November 20, 2008

Permohonan Aplikasi Dalam Talian Untuk Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2009/2010

Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) telah melaksanakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian (online application) sepenuhnya mulai Sesi Akademik 2008/2009.

Permohonan ini dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu

(1)Fasa 1 - Pendaftaran Permohonan iaitu bermula 3 Nov 2008 - 31 Dis 2008
Pada Fasa 1 ini, calon hanya perlu menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan.
Calon perlu mengisikan maklumat dan
butiran mengenai :
(i) Maklumat Peribadi
(ii) Maklumat Keluarga & Pekerjaan
(iii) Maklumat Akademik
(iv) Kategori Permohonan
(v) Maklumat kokurikulum


(2)Fasa 2 - Pengesahan Permohonan bermula 3 Feb 2009 jam 12.00 tghari Permohon boleh membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan harga RM10.60 sehari selepas iklan pelawaa
disiarkan sehingga tarikh penutupan permohonan
. Calon dibenarkan untuk mengemukan SATU kali permohonan dan TIGA kali pengemaskinian sehingga tarikh tawaran tamat.

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian telefon 03-88835801 atau 03-88835802 atau email : upu@mohe.gov.my


SILA KLIK IKON DI BAWAH UNTUK MENDAFTAR



Tuesday, November 18, 2008

Grafik MRR "PERCUMA" !!!!


"Mahukah anda mempunyai Landing Page, Surat Jualan, Header, Footer, Grafik dan E-cover yang menarik beserta Master Resale Rights & seterusnya menjimatkan masa anda dalam membina sebuah minisite/ Landing Page??"


Sila klik ikon di bawah untuk maklumat lanjut.....





Sunday, November 16, 2008

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2008

Di sini terdapat soalan2 akhir tahun Tingkatan 4, mungkin ia boleh digunakan untuk pelajar Tingkatan 5 yang sedang menghadapi SPM sebagai latihan tambahan.
  • Bahasa Melayu - [K1] [K2] NEW !!!
  • Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
  • Sejarah - [K1] [K2] NEW !!!
  • Matematik - [K1] [K2]
  • Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  • Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2] NEW !!!
  • Fizik - [K1] [K2] [K3] NEW !!!
  • Kimia - [K1] [K2] [K3] NEW !!!
  • Biologi - [K1] [K2] [K3]
  • Sains - [K1] [K2]

7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan



Menjelang peperiksaan, anda mungkin rasa resah dan gelisah kerana fikiran anda yang tidak tenteram. Anda mungkin rasa berdebar dan tidak senang duduk. Anda juga mungkin rasa semakin tertekan apabila hari peperiksaan kian hampir.

Namun, apa yang paling membimbangkan ialah, semua perasaan ini membuat semangat anda semakin menurun dan anda hilang tumpuan pada pelajaran anda.

Apakah yang dapat anda lakukan untuk mengatasi masalah begini? Bolehkah anda menaikkan tahap motivasi diri anda sendiri menjelang peperiksaan?

Dapatkan ebook mini bertajuk " 7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan" hasil tulisan Osman Affan. Berapa harga ebook mini ini.....? PERCUMA!!!!

Untuk mendapatkan e-book percuma ini, sila klik SINI atau gambar e-book di bawah untuk memuat turun buku tersebut.



Saturday, November 15, 2008

Bengkel Training of Trainers Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu & MindCet

Pada 6-8 November 2008 yang lalu, saya telah mengikuti Bengkel Training of Trainers di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Ia merupakan sebahagian daripada Projek "Mind Based Learning 2008-2009" anjuran pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan MINDCet. Program ini disertai oleh guru-guru yang dipilih daripada setiap sekolah seluruh Negeri Terengganu.

Dalam bengkel ini, saya berpeluang untuk mengikuti slot yang dikendalikan oleh En. Osman Affan Pakar Motivasi & Teknik Belajar. Antara slot yang disampaikan oleh beliau ialah
  • Gaya mengajar berasaskan minda
  • Potensi Minda Optimum
  • Minda Kreatif Guru Ceria
  • Bicara Minda Guru
  • Ransangan Minda
Daripada ilmu dan pengalaman yang dikongsi melalui bengkel ini, saya akan cuba mempraktikkannya dalam P&P untuk meningkatkan pemahaman para pelajar. Walaupun mungkin ia sukar untuk dilaksanakan tapi jika tidak dicuba mana mungkin kita tahu keputusannya.

Aku dan isteriku sempat bergambar dengan En. Osman Affan diakhir bengkel sebagai kenangan dan isteriku juga turut menyertai bengkel ini. Walaupun terpaksa meninggalkan ketiga2 orang anak di rumah pengasuh, namun untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman baru, ia menjadi adat sebagai seorang GURU......

Thursday, November 6, 2008

Koleksi Soalan Trial ICT SPM 2008

Koleksi soalan ICT ini merupakan garapan daripada soalan2 yang saya cari melalui internet dan saya kumpulkan di sini untuk dikongsi bersama rakan guru dan para pelajar yang mengambil subjek ini. Diharapkan ia dapat memberi manfaat di saat akhir menjelang SPM ini...

  1. Johor - [Kertas 1]
  2. Kedah - [Kertas 1]
  3. Perlis - [Kertas 1]
  4. Melaka - [Kertas 1]
  5. Perak - [Kertas 1]
  6. Perlis - [Kertas 1]
  7. Selangor - [Kertas 1]
  8. Kelantan - [Kertas 1]
  9. Pahang - [Kertas 1]
  10. Sarawak - [Kertas 1]
  11. Putrajaya - [Kertas 1]
  12. Terengganu - [Kertas 1]
  13. Pulau Pinang - [Kertas 1]
  14. Kuala Lumpur - [Kertas 1]
  15. Negeri sembilan - [Kertas 1]

Monday, November 3, 2008

Latih Tubi Pendidikan Agama Islam

Di sini terdapat 3 latihan yang telah disumbangkan oleh sahabat saya dan saya rasa mungkin ia boleh dikongsi bersama dengan yang lain. Ia bukanlah soalan ramalan tetapi ia hanyalah latihan biasa dan soalan2 yang sering ditanya dalam peperiksaan. Oleh itu diharapkan para pelajar semua dapat menggunakan sebaik-baiknya dan menyebarkannya dengan rakan2 yang lain.

Sila klik pada latihan yang diinginkan: