Monday, October 22, 2007

Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik 2008


MAKLUMAT KEMASUKAN KE SMT 2008

Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan kursus dalam Aliran Teknikal, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran kepada pelajar-pelajar lepasan PMR 2007.

Pemohon yang memohon sebelum keputusan PMR 2007 diumumkan boleh memilih DUA (2) kursus bagi Aliran Teknikal, DUA (2) kursus Aliran Vokasional dan DUA (2) kursus Aliran Kemahiran. Dengan cara ini, pemohon-pemohon mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapat tawaran sama ada dalam Aliran Teknikal, Vokasional dan Kemahiran apabila pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian PMR 2007 kelak.

Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Teknikal
  • Bahasa Melayu - C
  • Matematik - B
  • Sains - C
  • Kemahiran Hidup - C
  • DAN mendapat 3 (tiga) D dalam matapelajaran lain termasuk B.Inggeris
Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Vokasional
  • Bahasa Melayu - C
  • Matematik - C
  • Sains - C
  • Kemahiran Hidup - C
  • DAN minimum gred D dalam mana-mana 1 (satu) matapelajaran lain
Syarat pencapaian minimum bagi Aliran Kemahiran
  • Telah menduduki PMR 2007
  • Keutamaan adalah kepada pelajar berprestasi rendah
#### Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia atau < KLIK SINI>


0 comments: