Monday, March 9, 2015

MTIB Perluas Program Latihan

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Memperluaskan Program Latihan Bersama Kolej Vokasional
Kuala Terengganu: Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) memperhebatkan program latihan dengan kerjasama pelbagai pihak yang terbabit dalam industri perkayuan termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ketua Pengarah MTIB, Dr Jalaluddin Harun, berkata pihaknya juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melatih pelajar kolej vokasional bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang itu.

Ia antara usaha MTIB bagi mencapai eksport produk perkayuan sehingga RM53 bilion memelang tahun 2020.

“Sebagai permulaan, seramai 25 pelajar mengikuti latihan di kolej vokasional dalam bidang perkayuan di Sabah dan tahun depan akan diwujudkan di Selangor.

“Selain pihak industri perkayuan, kita juga mengharapkan kolej vokasional atau pihak universiti dapat memainkan peranan melahirkan tenaga mahir dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mailis prapelancaran Terengganu International Timber Showcase (TINTS) 2015 di Terengganu Trade Center (TTC) di sini, semalam. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Wan Mohd Rubi Wan Jusoh.

Sumber : Berita Harian
Tarikh : 09 Mac 2015

0 comments: