Friday, August 31, 2012

Koleksi Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun @ OTI 1 Tingkatan 4 - Tahun 2012

Koleksi ini merupakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau OTI 1 bagi Tingkatan 4 sekolah-sekolah menengah di Negeri Terengganu yang telah berlangsung . Walaupun agak lewat saya "publish" soalan2 ini, diharapkan ia dapat membantu para pelajar Tingkatan 4 menyediakan diri untuk peperiksaan akhir tahun yang akan datang.Skema akan diusahakan, jika saya perolehinya, saya akan upload kemudian. Soalan akan diupload secara berperingkat, diharapkan...

Petikan Daripada Berita Harian ; 13,000 peserta semarak sambutan Hari Kemerdekaan ke-55

KUALA LUMPUR: Perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka hari ini meriah dengan penyertaan 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri...

Petikan Daripada Kosmo : Semua pelajar tingkatan satu didedah latihan kemahiran

SEBAHAGIAN daripada pelajar Yayasan MySkills Malaysia gembira selepas yayasan itu menerima sumbangan berjumlah RM1.5 juta daripada Subramaniam di Kuala Lumpur semalam.Oleh SUHANA MD. YUSOPsuhana.yusop@kosmo.com.myKUALA LUMPUR – Bermula tahun depan, sistem pendidikan negara akan melalui satu perubahan apabila semua pelajar tingkatan satu di negara ini akan didedahkan dengan latihan kemahiran sehingga tingkatan lima.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri...

Petikan Daripada Harian Metro : 10 penuntut Politeknik Dungun nyaris maut bas rempuh kedai makan

DUNGUN: Sepuluh penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin nyaris maut setelah sebuah bas ekspres merempuh rumah kedai dan kedai menjual barangan basah di kilometer 84.5 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, Jalan Batu 7 berhadapan politeknik itu di sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi, kesemua pelajar diploma jurusan Kejuruteraan Elektrik tahun pertama itu baru hendak menikmati makanan di kedai berkenaan. Menceritakan detik-detik cemas itu, pelajar Azizul Hakimi Ibrahim, 18, berkata ketika kejadian, kesemua mereka berada di bahagian...

Thursday, August 30, 2012

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Inovasi SMK Tanjung Datuk diiktiraf di pertandingan reka cipta inovasi dunia

INOVASI ciptaan sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Datuk dekat Pengerang, Johor telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila menduduki tempat kedua Pertandingan Pereka Cipta Muda peringkat Antarabangsa 2012 atau International Exhibition For Young Inventors (IEYI) di Bangkok, Thailand baru-baru ini.Pengurus pasukan sekolah itu, Latifah Saat berkata, kejayaan tersebut diperoleh menerusi ciptaan...

Tuesday, August 14, 2012

Petikan Daripada Berita Harian : Keputusan SPM Ulangan Khamis ini

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2011 akan dikeluarkan Khamis ini.Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan. Seramai 14,224 calon menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 7,389 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 3,909 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik. Sebanyak 239 pusat peperiksaan dibuka pada 13 dan 14 Jun di seluruh negara. - BE...

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Harga minimum rokok ditetapkan RM7 sekotak

PUTRAJAYA 14 Ogos - Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok.Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 10 paket dalam satu karton.“Mulai 1 Sept...

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2012 Negeri Terengganu

Pengumuman kepada semua pelajar Tingkatan 5 2012 Sekolah Menengah Vokasional Dungun, pastikan anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan percubaan pada 27/08/2012 sehingga 11/09/2012.Jadual di bawah adalah jadual yang bakal digunakan, jika terdapat perubahan, ia akan diberitahu kelak. Di harapkan semua pelajar akan mematuhi jadual tersebut.Kepada guru-guru, diingatkan bahawa markah perlu di"key-in"kan oleh guru matapelajaran secara online melalui...

Monday, August 13, 2012

Petikan Daripada Utusan Malaysia : PTPTN - 4,430 lagi dikecualikan

TEMERLOH 12 Ogos - Seramai 4,430 orang lagi pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya.Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, pengecualian tersebut membabitkan pembiayaan RM116.2 juta.“Sehingga 30 Jun lepas, seramai 13,011 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman kerana cemerlang dalam pelajaran membabitkan peruntukan RM370.70 juta," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama...

Wednesday, August 8, 2012

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Anak peneroka disaran masuk kolej Felda

JEMPOL 7 Ogos - Anak peneroka disaran merebut peluang melanjutkan pendidikan dalam bidang kemahiran di Kolej Yayasan Felda di Feldajaya Selatan, dekat sini, bagi dijadikan nilai tambah terhadap kemahiran dan bakat sedia ada.Pengurus kolej berkenaan, Ishak Osman berkata, kegagalan anak peneroka mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak bermakna mereka perlu terus melupakan hasrat menyambung pelajaran."Tempoh pengajian yang ditawarkan di sini amat pendek iaitu hanya selama enam bulan bagi sijil tahap satu seterusnya mereka boleh meneruskan...