Monday, August 10, 2009

Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform 2009

Pada pkl 7.45 pagi, telah diadakan taklimat untuk para peserta Perkhemahan Unit Beruniform 2009. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan maklumat mengenai perkhemahan tersebut dan juga membuat pemeriksaan ke atas peralatan khemah.

Taklimat ini disampaikan oleh PK Koko, Pn Zaleha Bt Abdul Aziz dan dibantu oleh Kem Komandan iaitu Cgu Muhammad Farizan. Ia juga disertai oleh Cgu Mohd Azhar Kordi, Cgu Wan Shahril Azizul, Cgu Johar, Cgu Jismaniar dan Cgu Nasiah.

Perkhemahan ini akan diadakan pada 13 - 15 Ogos 2009 di Hutan Lipur Jambu Bongkok, Rantau Abang. Semua badan beruniform terlibat iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap, Kadet Polis, Bomba dan Penyelamat, JPA3, Renjer Puteri dan Puteri Islam. Semoga perkhemahan ini dapat berlangsung dengan jayanya.




1 comments:

Cikgu Jiss said...

Semoga perkhemahan kali ini memberi byk input berguna kepada budak2 nih... lebih dari yang tak berguna hehehe.. All DutechS teacher happy camping... Kena sembahyang hajat ramai2 ni spy tak hujan ^__^