Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Saturday, March 24, 2007

Healin.....Oh......Healin

Aduh....aku pergi ke kemaman untuk membeli produk Healin untuk diedarkan sekitar Dungun tetapi hanya dapat sedikit sahaja,itu pun Jelli Gamat dan Gamalin Plus sahaja,namun lebih bagus ada daripada tiada.

Baru Kedai EZI CARE, Kemaman nak maju tapi dah terkandas sekejap, harap bersabar dengan dugaan ALLah. Semoga Prof Hassan dapat mengatasi masalah pengeluaran ini dan sesungguh banyak jasa beliau untuk membantu orang yang memerlukan alternatif perubatan.

Derma-x untuk anak aku pun takde,payah le kalau produk tu habis. Anak aku, Khayra baru berumur 3bln tetapi mempunyai masalah kulit,namun dengan adanya Derma-x ini, penyakitnya mula beransur sembuh...yang kat belakang Khayra,kakak dia Husna hahaha nampaknya lebih sihat adik daripada kakaknya ;p

Thursday, March 22, 2007

Analisis SPM 2006 - SM Teknik Dungun

Gred Purata Sekolah: 5.09

Gred Purata Mata Pelajaran:

  1. Bahasa Melayu - 2.52
  2. Bahasa Inggeris - 5.78
  3. P. Agama Islam - 3.65
  4. Sejarah - 5.15
  5. Matematik - 2.82
  6. M. Tambahan - 6.63
  7. L. Kejuruteraan - 4.73
  8. P. K. Awam - 6.17
  9. P. K. Elektrik - 5.35
  10. P. K. Mekanikal - 5.21
  11. Fizik - 6.42
  12. Kimia - 6.60
  13. EST - 6.13
Senarai Pelajar Cemerlang
  1. Nor Juhaida Binti Johari - 11A
  2. Ahmad Wajih Bin Saifullah - 9A 2B
  3. W. M. Nasrullah Bin W. Mansor - 9A 2B
  4. Muhammad Aiman Bin Umar - 8A 3B
  5. Mohd Irwan Bin Suddin - 8A 2B 1C
Tahniah diucapkan kepada mereka ini yang berjaya dalam SPM 2006 dan diharapkan mereka meneruskan kecemerlangan serta mencapai cita-cita tanpa melupakan pengorbanan ibu bapa yang menjaga dan membesarkan mereka ini.....SYABAS!!!!!

Namun dalam kegembiraan terdapat sedikit rasa terkilan di mana masih terdapat segelintir pelajar yang alpa dalam pelajaran dan tidak mengambil kisah tentang masa depan mereka. Mungkin mereka akan tersedar 3-5 tahun akan datang, namun ia sudah agak terlewat...tapi ia bukanlah mereka gagal untuk selamanya..

Monday, March 19, 2007

Jom ke sekolah

Hari ini mula kembali mengajar setelah seminggu bercuti, rasa cam tak cukup je cuti ni hahaha Masa balik dari Johor berhenti jap kat tepi pantai lokasinya lebih 30km dari Pekan,Pahang. Sungguh mengecewakan tahap kebersihan pantai tersebut kerana sampah berada di mana-mana, mungkin disebabkan tiadanya tong sampah dan pemantauan pihak PBT. Aku sempat mengambil gambar isteri dan anak no.2 Illyana. Oleh kerana tempat tersebut kotor dan berbau, tak jadi berkelah di situ, aku teruskan perjalanan ke Pekan dan berhenti rehat dan makan di tepi sungai je....

Lepas tu aku singgah Kuantan Mall, terjumpa lak kawan aku Wai, dia pun jalan2 dari Johor. Borak2 kejap tanya khabar dan aku terus gi ronda2 cari printer. Mahal gak kat situ tapi alang-alang dah sampai beli aje le jenama "Brother". Ia sekali dengan scanner dan fax, bolehlah aku scan soalan2 trial spm....

Keputusan SPM sekolah aku kira oklah gred purata 5.09, dan fizik ada 7 orang pelajar yang gagal....em tak tau nak buat cam mana kat budak2 ni. Yang penting aku kena cuba lebih baik pada tahun ini untuk tingkatkan lagi pencapaian Fizik aku nie.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...