Hari ini mula kembali mengajar setelah seminggu bercuti, rasa cam tak cukup je cuti ni hahaha Masa balik dari Johor berhenti jap kat tepi pantai lokasinya lebih 30km dari Pekan,Pahang. Sungguh mengecewakan tahap kebersihan pantai tersebut kerana sampah berada di mana-mana, mungkin disebabkan tiadanya tong sampah dan pemantauan pihak PBT. Aku sempat mengambil gambar isteri dan anak no.2 Illyana. Oleh kerana tempat tersebut kotor dan berbau, tak jadi berkelah di situ, aku teruskan perjalanan ke Pekan dan berhenti rehat dan makan di tepi sungai je....
Lepas tu aku singgah Kuantan Mall, terjumpa lak kawan aku Wai, dia pun jalan2 dari Johor. Borak2 kejap tanya khabar dan aku terus gi ronda2 cari printer. Mahal gak kat situ tapi alang-alang dah sampai beli aje le jenama "Brother". Ia sekali dengan scanner dan fax, bolehlah aku scan soalan2 trial spm....
Keputusan SPM sekolah aku kira oklah gred purata 5.09, dan fizik ada 7 orang pelajar yang gagal....em tak tau nak buat cam mana kat budak2 ni. Yang penting aku kena cuba lebih baik pada tahun ini untuk tingkatkan lagi pencapaian Fizik aku nie.......
Monday, March 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment