Sunday, July 31, 2011

Tutorial Daerah Dungun 2011

Tutorial Daerah Dungun telah diadakan selama 3 hari bermula 26/07/2011 sehingga 28/07/2011 dan ia dijalankan mengikut Pusat Kegiatan Guru (PKG) masing-masing. Pelajar SMaTeD yang terlibat sebanyak 50 orang dan ditempatkan di SMK Seri Dungun dan dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Dungun. Di sini dikongsi bersama bahan-bahan yang digunakan dalam tutorial ini.FIZIKKIMIA (dikemaskini pada 31/07/2011)BIOLOGIMATEMATIKMATEMATIK TAMBAHANBAHASA MELAYUBAHASA INGGE...

Deklamasi Sajak Hari Guru 2011 disampaikan oleh Ustaz Abdullah

Dah lama video ini terperap dalam video cam, baru sekarang mempunyai masa untuk upload ke Youtube. Kepada bekas-bekas pelajar SMaTeD yang merindui suara Ustaz Abdullah a.k.a Ketua Warden SMaTeD, dengar dengan teliti dan hayati... dan kenangkanlah semasa kamu semua berada di SMaTed dahulu..... kenangan manis, kenangan pahit, semua adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan.....

Tuesday, July 26, 2011

Petikan Daripada Berita Harian : 13,000 guru sandaran tidak terlatih diserap

PUTRAJAYA: Seramai 13,000 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diserapkan sebagai guru tetap, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.Beliau berkata surat tawaran telah kepada semua GSTT tersebut mulai bulan lepas setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan baru kepada mereka."Sasaran pihak kementerian adalah mahukan semua jawatan GSTT menjadi guru tetap dan tiada lagi isu mengenai tidak sambung kontrak."Namun mereka perlu memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu pernah berkhidmat...

Petikan Daripada Harian Metro : Timbang langkah lain kekang inflasi

MALAYSIA perlu menimbangkan langkah lain selain dasar monetari bagi mengekang inflasi berikutan kadar inflasi semasa sebanyak 3.5 peratus adalah agak tinggi ekoran kenaikan harga tenaga dan komoditi.Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, adalah penting untuk menangani paras inflasi yang semakin meningkat kerana ia akan merosakkan prospek pertumbuhan masa depan.“Kadar inflasi menyebabkan harga makanan dan bahan api yang tinggi. Memang betul, ia (inflasi) sangat dirasai kerana kedua-dua perkara itu adalah komponen penting...

Sunday, July 3, 2011

Petikan Daripada Berita Harian : Kapal solar Firaun ditemui

PEKERJA Mesir mengeluarkan satu bongkah batu daripada kawasan yang dipercayai tempat kapal solar Raja Khufu ditanam.KAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.Projek...