Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Sunday, October 31, 2010

TERKINI : Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM Perdagangan & Tasawwur Islam Terengganu 2010

Skema soalan Tasawwur Islam dan Perdagangan Terengganu 2010 telah diupload, pautannya seperti di bawah:




Jika ingin soalan dan skema matapelajaran yang lain, sila klik pautan di bawah :


Penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat sekiranya saya mempunyai masa yang terluang, gunakan semua bahan-bahan ini sebaik mungkin, "sharing is caring" harap maklum..

Untuk maklumat terkini, sila jadi followers di twitter.com/#!/jaarsmtd , atau klik ikon di bawah


Friday, October 29, 2010

Cara Mudah Dapat Soalan & Skema Soalan Terengganu

Kepada mereka yang tertunggu-tunggu untuk mendapatkan skema bagi soalan negeri Terengganu diharapkan supaya dapat mendaftar sebagai followers di Twitter. Ini memudahkan supaya saya memberitahu dan menghebahkan jika saya telah mengemaskini koleksi soalan di blog ini. Sila klik ikon di bawah untuk join twitter saya.



Oleh kerana saya mempunyai komitmen yang lain, jadi tidak dapatlah saya mengemaskini laman blog saya setiap masa, oleh yang demikian soalan dan jawapan yang ada di laptop tidak dapat diuploadkan lagi.

Sekarang ini sedang berlangsungnya Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Negeri Terengganu, jika ada kesempatan saya akan scan dan berkongsi dengan yang lain.

Selamat berhujung minggu ......

Thursday, October 28, 2010

TERKINI : Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM Sains Terengganu 2010

Skema soalan sains Terengganu 2010 telah diupload, pautannya seperti di bawah:


Jika ingin soalan dan skema matapelajaran yang lain, sila klik pautan di bawah :


Penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat sekiranya saya mempunyai masa yang terluang, gunakan semua bahan-bahan ini sebaik mungkin, "sharing is caring" harap maklum..

Monday, October 25, 2010

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Sekolah



Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Menengah Teknik Dungun telah berjaya dilaksanakan pada 25 Oktober 2010 bertempat di Dewan Besar SM Teknik Dungun.

Para pelajar dan guru mulai berkumpul di Dewan Besar SMTD pada pukul 7.30 pagi dan acara bermula pada pukul 7.45 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis iaitu Pn. Massuza Sufian.

Diikuti dengan bacaan doa, diketuai oleh Ust Rusmi Mohamad. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku, Selamat Sultan dan SMTD Gemilang telah menghangatkan lagi suasana dewan ini.

Ucapan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Alwi Bin Mohd Ali selaku Pengetua SM Teknik Dungun.

Pelajar turut terlibat dalam acara ini dengan membuat persembahan nyanyian koir dua buah lagu iaitu Satu Malaysia dan Bahasa Jiwa Bangsa.

Deklamasi sajak turut dipersembahkan di mana ia dijayakan oleh Siti nursyuhada Nordin (5KM1) dan Muhammad Syafiq Suliman (5KM4).

Setelah semua acara telah selamat dilakukan, semua pelajar dan guru beredar ke kelas masing-masing untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk hari ini.


Sunday, October 24, 2010

TERKINI : Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM Sejarah Terengganu 2010

Skema soalan sejarah Terengganu 2010 telah diupload, pautannya seperti di bawah:

SKEMA SEJARAH PERCUBAAN TERENGGANU 2010

Jika ingin soalan dan skema matapelajaran yang lain, sila klik pautan di bawah :

SOALAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU 2010

Penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat sekiranya saya mempunyai masa yang terluang, gunakan semua bahan-bahan ini sebaik mungkin, "sharing is caring" harap maklum..

Petikan Daripada Berita Harian : Pendidikan vokasional, kemahiran fokus utama

KERAJAAN disaran merombak, menjenamakan dan menstruktur semula sekolah vokasional dan teknik mengikut arus perdana supaya kemasukan pelajar ke sekolah ini menjadi pilihan utama ibu bapa dan pelajar.

Sehubungan itu, pembentangan usul agama dan pendidikan mencadangkan supaya pendidikan vokasional dan kemahiran atau VOCTECH dijadikan fokus utama dalam usaha mengarusperdana sistem pendidikan negara supaya menepati keperluan pasaran tenaga kerja, industri dan anjakan ekonomi yang semakin terbuka.

Wakil Perak, Datuk Rosli Husin yang mencadangkan usul berkenaan, berkata sekolah aliran VOCTECH yang berorientasikan sekolah keusahawanan seharusnya dikeluarkan daripada skop kurikulum persekolahan kepada taraf pengajian tinggi.

“Tidak keterlaluan jika kita lihat pelajar lepasan institusi VOCTECH Kementerian Pelajaran sudah memiliki diploma yang setaraf dengan politeknik, kolej universiti dan universiti. Lebih serius jika bahagian pendidikan teknik kementerian dinaik taraf menjadi Jabatan Pendidikan Teknik atau VOCTECH supaya lebih fokus dan dapat mengurangkan birokrasi urus tadbir,’ katanya.

Rosli yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, turut mengetengahkan enam kerjaya profesional iaitu akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, jurutera dan juru ukur yang tidak menunjukkan jumlah Melayu dan Bumiputera melebihi atau mengatasi jumlah bukan Melayu, sedangkan majoriti di negara ini ialah Bumiputera.

Ketika menyokong usul berkenaan, wakil Puteri UMNO, Idamoerni Zakaria menyifatkan usaha menjadikan VOCTECH sebagai pendidikan arus perdana adalah sesuatu yang radikal, tetapi sangat tepat dengan keperluan industri masa kini.

Wakil Pemuda, Mohd Gasing Saling meminta Kementerian Pelajaran memberi penekanan terhadap penerapan pendidikan vokasional dan kemahiran sejak pada peringkat sekolah rendah lagi dalam transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2016.

Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Syed Mehdhar Syed Abdullah, pula memuji langkah kerajaan untuk memansuhkan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Saturday, October 23, 2010

PENTING : Pengurusan Kewangan Peribadi

Di sini saya ingin berkongsi satu ebook yang sangat berguna kepada setiap orang. Jika diperhatikan kesedaran mengenai pengurusan kewangan sangat rendah, mungkin bagi mereka ia tidak penting. Namun hakikatnya pengurusan kewangan ini patut diajar kepada golongan remaja supaya mereka dapat menguruskan kewangan dari awal.


Jangan menyangka anda telah terlewat untuk merancang kewangan anda, mulakan daripada sekarang, baca preview ebook ini, ia adalah PERCUMA. Mulakan perancangan anda dengan langkah pertama dengan mengklik ikon di bawah.

Jika ada tidak berminat untuk membaca selajutnya, anda boleh juga untuk klik pautan di bawah. Tidak salah belajar perkara yang baru, mungkin anda menyangka anda mengetahui semua perkara......tetapi mungkin tidak.


Ebook ini hanya dijual sehingga 25 / 10 / 2010 , kemudian ia akan ditutup penjualannya selama-lamanya.

Friday, October 22, 2010

Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV Untuk Sesi Tahun 2011

Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Syarat-syarat Umum:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.
  3. Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  4. Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  5. Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.
Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: http://esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran
Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.

Mengubahsuai Pilihan Permohonan:

Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.
Rayuan Kemasukan:

Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.

Kemudahan Asrama:

Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Muat Turun Borang

Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.

Petikan Daripada Harian Metro : Piranha gergasi berjaya dipancing


LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'.

Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain.

Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.

Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki.

Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.

Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman.

“Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade.

Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya. - Agensi

Wednesday, October 20, 2010

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Terengganu 2010

Kepada semua pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Dungun diharapkan dapat bersedia untuk peperiksaan akhir tahun, semoga berjaya .......

Di sini merupakan jadual peperiksaan, persiapkan diri anda untuk mencapai kecemerlangan akademik supaya menjamin kehidupan anda di masa hadapan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...