
SHAH ALAM 27 Mei - Walaupun bergelar ibu kepada 10 anak, Tuan Nor Ashikeen Tuan Mohd. Yusoff, 34, tidak pernah menjadikannya halangan untuk berjaya dalam akademik. Dia membuktikannya apabila berjaya menggenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-72 di sini hari ini.Editor sebuah majalah bisnes itu menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan).Mengikuti Pengajian Luar Kampus (PLK), beliau juga...