Friday, February 26, 2010

Info Awal : Pengumuman Keputusan SPM 2009

Kepada semua pelajar yang menunggu keputusan SPM 2009, maklumat terkini yang diperolehi mengatakan bahawa keputusan SPM 2009 akan dikeluarkan pada 11/03/2010 Hari Khamis, oleh itu diharapkan semua pelajar bersabar dan sila menunggu pengumuman sebenar tarikh tersebut. Harap maklum...

Tuesday, February 23, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : NUTP mahu sekolah, MSN diajak bincang

Kementerian perlu cari kata sepakat wajib pelajar sertai satu jenis sukan tahun depanKUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Kementerian Pelajaran membincangkan dengan lebih mendalam dengan sekolah, guru dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai pelaksanaan keputusan mewajibkan semua pelajar menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan.Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbincangan itu perlu bagi menguntungkan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar.Tidak semestinya tenaga pengajar terdiri daripada jurulatih profesional,...

Petikan Daripada Bernama : Pendaftaran SPM dan STAM Tahun 2010

KUALA LUMPUR: Pendaftaran untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 dibuka mulai 1 Mac. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataan semalam berkata, tarikh akhir pendaftaran ialah pada 31 Mac.Borang pendaftaran calon persendirian boleh didapati di Jabatan Pelajaran Negeri berhampiran dan borang pendaftaran calon sekolah boleh didapati di sekolah.Menurut LPM, pendaftaran lewat tidak akan dilayan dan maklumat terperinci pendaftaran...

Monday, February 22, 2010

Info Terkini : Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Ke SM Teknik Dungun

Kepada semua pelajar Tingkatan 4 yang berminat untuk menyambung pembelajaran di aliran Teknikal, masih terdapat kekosongan di SM Teknik Dungun, di mana kekosongan ini melibatkan semua aliran iaitu Pengajian Elektrik, Pengajian Mekanikal dan Pengajian Awam.Setiap pemohonan mestilah melepasi kriteria iaitu :Bahasa Malaysia - BBahasa Inggeris - BMatematik - BSains - BKemahiran Hidup - BSemua permohonan mestilah melalui Tuan Pengetua, Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali atau Penolong Kanan Pertadbiran, En. Mohd Yatim Bin Mat, dengan menghubungi pihak sekolah...

Friday, February 19, 2010

Petikan Daripada Harian Metro : Keputusan STPM 2009 diumum Khamis depan

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM nombor kad pengenalan dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result nombor kad...

Sunday, February 14, 2010

Petikan Daripada Harian Metro : Kempen aib (Kempen ‘no panties’)

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB dan YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIByusliza@hmetro.com.myKUALA LUMPUR: Kempen ‘no panties’ (tanpa seluar dalam) yang dipromosikan di kalangan penuntut wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) sempena Hari Kekasih mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan pelajar yang rata-rata mengutuk tindakan individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab mempromosikannya.“Sebagai masyarakat Timur yang berpegang pada adat dan budaya, tidak sepatutnya perkara ini berlaku, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang seharusnya mengisi waktu...

Selamat Tahun Baru Cina

Kepada semua kaum Cna warga pendidik khususnya dan kaum Cina dalam Malaysia ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina", semoga kekayaan dan keamanan negara ini dapat dikongsi bersama. Diharapkan kedatangan tahun baru akan membawa keuntungan dan kebahagian buat semua.p/s : Tak sabar menunggu kelahiran anak ke-4 aku hujung bulan ini, anak tahun rimau Gggggrrrrrr.......

Thursday, February 11, 2010

Shareapic ialah laman untuk menyimpan gambar dimana mereka akan membayar kepada anda apabila anda memuat naik gambar-gambar dan berkongsi gambar-gambar tersebut. Anda boleh memuat naik gambar tanpa had bagi bilangan gambar dan juga saiznya.Sama seperti laman web yang memberikan perkhidmatan menyimpan gambar, Sharepic menawarkan perkhidmatan menyimpan gambar PERCUMA dan anda boleh memaparkan ke laman web yang lain seperti MySpace, Blogger, Facebook...

Monday, February 8, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : Silibus Kelas Ekspres

Tan Sri Alimuddin Mohd DomKUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memperkenalkan silibus mampat bagi membolehkan murid pintar Tahun Satu di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) terus melompat ke Tahun Tiga tanpa ketinggalan dalam pembelajaran sukatan Tahun Dua.Menerusi silibus itu, murid Tahun Satu yang lulus ujian khas berdasarkan sukatan Tahun Dua pada pertengahan Ogos ini akan mempelajari 50 peratus sukatan pelajaran awal Tahun Dua dalam tempoh tiga bulan...

Wednesday, February 3, 2010

Skala Penggredan Baru sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai 2010

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil 4/2009, mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Palajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Penggredan baru adalah seperti berikut :A+ bermula 90 hingga 100A bermula 80 hingga 99A- bermula 70 hingga 79B+ bermula 65 hingga 69B bermula 60 hingga 64C+ bermula 55 hingga 59C...