Sunday, May 31, 2009

Soalan Pertengahan Tahun (OTI 1) Tingkatan 5 - 2009

Koleksi ini merupakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau OTI 1 bagi Tingkatan 5 sekolah-sekolah menengah di Negeri Terengganu yang telah berlangsung daripada 12 Mei hingga 28 Mei yang lalu. Soalan ini adalah yang telah di"scan' daripada koleksi peribadi saya dan skema tidak disediakan, oleh itu diharapkan tidak meminta skema daripada saya.

Tujuan hanya untuk berkongsi soalan dengan para guru dan juga pelajar, sekiranya ada yang ingin bertukar2 soalan, dengan segala hormatnya bolehlah menghubungi saya. Diharapkan ia dapat membantu para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

Soalan ini adalah yang mentah dimana saya tidak mengedit atau membersihkan kekotoran semasa di"scan". Jika terdapat kesalahan pada soalan dwi bahasa sila ikut Bahasa Inggeris. Soalan ini akan ditambah dari semasa ke semasa, ia mengambil masa untuk scan semua soalan tersebut. Jika ada kelapangan, saya akan publish versi kedua yang sudah dibersihkan.
  • Bahasa Melayu - [K1] [K2]
  • Bahasa Inggeris - [K1] [K2] Baru !!!
  • Sejarah - [K1] [K2] Baru !!!
  • Matematik - [K1] [K2]
  • Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2]
  • Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  • Fizik - [K1] [K2] [K3]
  • Kimia - [K1] [K2] [K3]
  • Biologi - [K1] [K2] Baru !!!
  • Sains - [K1] [K2]
  • Tasawwur Islam - [K1] [K2]
  • Pengajian Mekanikal - [K1] [K2]
  • Pengajian Elektrik - [K1] [K2]
  • Pengajian Awam - [K1] [K2]
  • Lukisan Kejuruteraan - [K1]
  • Perdagangan - [K1] [K2]
  • Prinsip Akaun - [K1] [K2] Baru !!!

Friday, May 29, 2009

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Calon SPM dihad ambil 10 subjek


SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.


‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.


Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.


‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.


‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.


‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.


Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.


‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.


‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.


Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Menurutnya, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri akan melibatkan semua aspek.


Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.


Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.


Wednesday, May 20, 2009

Sambutan Hari Guru SM Teknik Dungun 2009

Pada 17 hb Mei 2009 telah berlangsungnya acara sambutan Hari Guru 2009 peringkat SM Teknik Dungun. Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk guru2 ke dalam Dewan Besar dimana majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali. Di bawah ini terdapat beberapa acara yang telah dijalankan.

FUTSAL - GURU DAN KAKITANGAN SMTD


BOLA JARING - BILIK GURU 1 VS BILIK GURU 2


MENGUPAS KULIT EPAL

Monday, May 18, 2009

Keputusan PTK Bln Mac 2009

Kepada rakan2 guru dan kakitangan awam yang ingin menyemak keputusan PTK, bagi sesi MaC 2009 boleh menggunakan 2 cara iaitu

  1. menghantar sms "PTK NO IC" ke 39003.
  2. melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menekan ikon di bawah :

"Semoga Berjaya"

Monday, May 11, 2009

Teknik Manipulasi Sistem Kewangan


Di sini saya ingin berkongsi kepada rakan2 semua mengenai suatu teknik manipulasikan sistem kewangan dimana jika anda mengikutinya dengan betul, anda dapat membebaskan diri daripada beban hutang dan yang penting anda dapat menyimpan duit setiap bulan. Ia bukan sistem cepat kaya tetapi kita menstrukturkan semula perbelanjaan dan pendapatan kita setiap bulan.

E-book ini bukan hanya untuk orang yang terdesak tetapi kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui cara menyimpan duit dengan betul dan mungkin anda boleh menyimpan sehingga 30% pendapatan bulanan anda. Ia bukan mustahil, apa yang anda perlu lakukan adalah menggunakan tools tertentu seperti akaun ASB, Overdraf bank, kad kredit dan lain2. Jangan tak percaya, dalam masa 2 tahun anda boleh memaksimumkan simpanan ASB anda itu.....

Saya berharap kepada semua supaya tidak melepaskan peluang ini, jika anda ingin mencari kebebasan kewangan, silalah mencuba e-book ini. Jangan menyesal di kemudian hari. Klik link di bawah untuk mendapat maklumat yang terkini

Friday, May 8, 2009

Naruto Shippuuden Episod 108

Di bawah ini adalah anime Naruto Shippuuden Episod 108 dalam format *.mkv dan bersaiz 145MB, kepada yang berminat boleh mendownloadnya, selamat menonton dan berhibur di hujung minggu.

http://rapidshare.com/files/230415512/_HorribleSubs__Naruto_Shippuuden_108_-_480p.mkv

Thursday, May 7, 2009

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 2009

Di bawah ini merupakan jadual peperiksaan pertengahan tahun, diharapkan semua pelajar Tingkatan 5 telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini.


Bagi subjek fizik, ceraian soalan mengikut bab yang akan keluar adalah seperti berikut. Namun ia hanyalah sebagai panduan dan para pelajar diharapkan buat ulangkaji dari "Chapter 1 - Introducing to Physics" sehingga "Chapter 7 - Electricity".