Saturday, April 25, 2009

Petikan Dari Utusan Malaysia : Nur Madihah pilih Jordan lanjut pelajaran

PETALING JAYA 17 April - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mungkin melanjutkan pengajian dalam bidang fizik di Jordan.


Menurutnya, meskipun dalam dilema membuat keputusan, namun beliau tetap melanjutkan pelajaran di Asia Barat sebagaimana yang dirancang.


"Hati saya kuat mengatakan bahawa Jordan adalah tempat terbaik untuk saya melanjutkan pelajaran.


"Cuma, universiti mana yang menjadi pilihan itu saya tidak pasti sebab ia masih dalam penelitian, mungkin juga boleh sambung di Jordan,'' katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Catatan Nik Nur Madihah - Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan di Hotel Royale Bintang di sini semalam.


Turut hadir Pengarah Eksekutif Hijjaz Record Publishing, Mohd. Faizal Osman dan Pengarah Urusan Hijjaz Publishing, Ismen Nadim Isam.


Majlis tersebut dirasmikan oleh bapa Nik Nur Madihah, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, selain turut dihadiri ibunya, Mariani Omar, 42.


Menurut Nik Nur Madihah, beliau mungkin melanjutkan pelajaran pada September ini.


Sementara itu, ketika ditanya pemberita, Nik Mohd. Kamal memberitahu beliau dan keluarganya akan menduduki rumah baru di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dalam tempoh dua bulan lagi.


Katanya, rumah teres satu tingkat pemberian kerajaan negeri itu dianggarkan bernilai RM100,000 itu dan mempunyai tiga bilik. Ia kini telah siap hampir 70 peratus.


"Terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pemberian itu, insya-Allah kalau tiada aral, kami sekeluarga akan mendiami rumah baru dalam bulan Jun ini,'' katanya.


Buku Catatan Nik Nur Madihah - Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan merupakan buku kelapan terbitan Hijjaz Record Publishing dan ia dijual pada harga RM25.90 senaskhah.


Bagaimanapun, diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada pengunjung sempena Pesta Buku 2009 yang akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula hari ini.


## Rasa rasa bangga pulak Nur Madihah pilih aliran Fizik, mungkin beliau ingin mencari sesuatu, lagipun "Fizik Itu Indah" !!!!

Monday, April 20, 2009

MAKLUMAT TERKINI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2009



Keputusan boleh disemak mulai 17 April 2009 melalui tiga cara :

1) Layari laman sesawang - www.moe.gov.my


2) Sistem Pesanan Ringkas(SMS) - Taip MOE (Jarak-space) MAT (jarak-space) No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888.


Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888


3) Telefon ke nombor 0388844100


Perancangan Pengambilan Pelajar
Program Matrikulasi
Sesi 2009/2010



PerkaraTarikh
Keputusan SPM12 Mac 2009
Mesyuarat Prapendaftaran17/04/2009
Pengumuman Calon Jaya Program Satu Tahun17/04/2009
Rayuan17 - 30/04/2009
Pendaftaran Program Satu Tahun11/5/2009
Minggu Pengurusan Pelajar Baru11 - 17/05/2009
Temuduga Kemasukan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru**18 - 21/05/2009
Mesyuarat KMK Rayuan18/05/2009
Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan20/05/2009
Pengumuman Calon Jaya Rayuan22/05/2009
Pendaftaran Calon Rayuan, Tangguh Pengajian Dan Pelajar Mengulang25 - 29/05/2009
Pengumuman Calon Jaya Program Dua Tahun3/6/2009
Pendaftaran Program Dua Tahun15/06/2009
Pengiklanan Pengambilan Sesi 2010/201128/06/2009
Permohonan Sesi 2010/2011 dibuka1/7/2009
Permohonan Sesi 2010/2011ditutup10/10/2009



**Calon akan menjalani temuduga di Kolej Matrikulasi yang ditempatkan. Sila bawa dokumen asal yang diperlukan semasa temuduga

Monday, April 13, 2009

Naruto Shippuden Episod 104

Di sini ingin aku berkongsi fail anime naruto shippuden dalam format flash iaitu flv, fail tersebut hanya 90mb berbanding kalu dlm format avi atau mkv ia lagi besar sehingga 275mb. Dibawah juga terdapat naruto manga episode 443, jika anda ingin mengetahui cerita advance mengenai naruto, enjoy....