Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Saturday, April 25, 2009

Petikan Dari Utusan Malaysia : Nur Madihah pilih Jordan lanjut pelajaran

PETALING JAYA 17 April - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mungkin melanjutkan pengajian dalam bidang fizik di Jordan.


Menurutnya, meskipun dalam dilema membuat keputusan, namun beliau tetap melanjutkan pelajaran di Asia Barat sebagaimana yang dirancang.


"Hati saya kuat mengatakan bahawa Jordan adalah tempat terbaik untuk saya melanjutkan pelajaran.


"Cuma, universiti mana yang menjadi pilihan itu saya tidak pasti sebab ia masih dalam penelitian, mungkin juga boleh sambung di Jordan,'' katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Catatan Nik Nur Madihah - Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan di Hotel Royale Bintang di sini semalam.


Turut hadir Pengarah Eksekutif Hijjaz Record Publishing, Mohd. Faizal Osman dan Pengarah Urusan Hijjaz Publishing, Ismen Nadim Isam.


Majlis tersebut dirasmikan oleh bapa Nik Nur Madihah, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, selain turut dihadiri ibunya, Mariani Omar, 42.


Menurut Nik Nur Madihah, beliau mungkin melanjutkan pelajaran pada September ini.


Sementara itu, ketika ditanya pemberita, Nik Mohd. Kamal memberitahu beliau dan keluarganya akan menduduki rumah baru di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dalam tempoh dua bulan lagi.


Katanya, rumah teres satu tingkat pemberian kerajaan negeri itu dianggarkan bernilai RM100,000 itu dan mempunyai tiga bilik. Ia kini telah siap hampir 70 peratus.


"Terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pemberian itu, insya-Allah kalau tiada aral, kami sekeluarga akan mendiami rumah baru dalam bulan Jun ini,'' katanya.


Buku Catatan Nik Nur Madihah - Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan merupakan buku kelapan terbitan Hijjaz Record Publishing dan ia dijual pada harga RM25.90 senaskhah.


Bagaimanapun, diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada pengunjung sempena Pesta Buku 2009 yang akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula hari ini.


## Rasa rasa bangga pulak Nur Madihah pilih aliran Fizik, mungkin beliau ingin mencari sesuatu, lagipun "Fizik Itu Indah" !!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...