Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Saturday, March 28, 2009

Eksperimen : Bandul Ringkas

Pada 26/03/2009, pelajar2 saya daripada Kelas 4KE5 dan 4KM1 telah menjalankan Eksperimen : Bandul Ringkas. Mungkin segelitir daripada pelajar saya telah melakukannya semasa berada di sekolah lama, namun saya mewajibkan mereka melakukannya sebagai PEKA pertama mereka.

Berbagai2 gelagat pelajar2 ini semasa melakukan eksperimen, namun yang penting mereka telah selamat melakukan eksperimen dan pelajar memahami tujuan dan bagaimana ia dilakukan. Sedikit sebanyak ia membantu pelajar untuk menjawab Kertas 3 Fizik SPM pada tahun hadapan.

Namun terdapat beberapa orang pelajar 4KM1 yang tidak dapat melakukan eksperimen tersebut kerana menghadiri temuduga "Pembimbing Rakan Sebaya". Diharap mereka ini dapat menyelesaikan laporan amali tersebut berdasarkan data yang diperolehi oleh rakan sekelas mereka. Walaupun agak mengecewakan atas ketiadaan mereka, namun kita kekadang tidak dapat menjangkakan sesuatu perkara itu.



KELAS 4KE5




KELAS 4KM1



Hari Keluarga SM Teknik Dungun 2009


Pada 13 hingga 14 Mac yang lalu telah berlangsungnya Hari Keluarga untuk warga guru dan kakitangan SM Teknik Dungun. Ia dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMTD (KeKiTe) di bawah pimpinan En. Muhammad Farizan bin Embong. Majlis ini diadakan di Duta Villa Beach Resort, Sg Karang, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Oleh kerana kekangan masa, hanya sebahagian sahaja guru dan kakitangan yang dapat menghadirkan diri tetapi ia sedikit pun tidak menganggu perjalanan majlis tersebut. Majlis ini dimulakan dengan jamuan makan malam dan cabutan bertuah. Selepas menjamu selera, semua meluangkan masa untuk bersantai bersama ahli keluarga masing-masing kerana ia merupakan sesi bebas.

Pada pagi 14 Mac, selepas sarapan pagi, berlangsung pula acara pantai di mana diadakan sukaneka untuk anak2 guru dan kakitangan. Sangat meriah majlis ini dengan tempik sorak kanak2. Selepas acara sukaneka, pertandingan istana pasir diadakan antara keluarga2. Selesai sahaja acara pantai, diadakan majlis penyampaian hadiah2 utk para pemenang. Kemudian sesi bebas, di mana semua mereka membawa ahli keluarga masing2 menuju ke kolam renang untuk bersantai dan mandi-manda.

Majlis tamat pada pukul 1200 t/hari, selepas mendaftar keluar dari resort. Diharapkan majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun utk merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan kakitangan.

Monday, March 9, 2009

Download Permainan GameHouse - Portable ( Tidak perlu install, cuma klik dan main )

Saya terjumpa beberapa link download untuk permainan keluaran Gamehouse, dimana kita tidak perlu install pada windows, cuma klik dan main. ia amat mudah kerana ia jenis portable, jadi kita boleh simpan di folder mana2 pun dan jika kalu kita ter"delete", ia tidak akan mengacau sistem. Jika berminat boleh download menggunakan link di bawah ini.

  1. GameHouse Cradle of Rome

  2. GameHouse Cooking Dash

  3. GameHouse Ouba The Great Journey

  4. GameHouse Snapshot Adventures Secret of Bird Island

  5. GameHouse The Great Wall of World

  6. GameHouse Bejeweled 2

  7. GameHouse Build In Time

  8. GameHouse Airstrike 3D

  9. GameHouse Jewel Quest

  10. GameHouse Mad Caps

Friday, March 6, 2009

Koleksi Lagu-lagu Pangakap

Sukar betul untuk mendapatkan koleksi lagu pengakap, penat saya cari di internet. Lagu2 tersebut diminta oleh isteri saya untuk dikongsi bersama dengan pelajar2nya. Akhirnya saya jumpa juga sebahagian lagu2 tersebut tetapi fail lagu tersebut dalam bentuk wma (window media audio), bukan dalam bentuk mp3 dan kualitinya kurang bermutu, namun ia mencukupi untuk mengikuti melodinya. Di sini saya ingin berkongsi fail2 tersebut kerana mungkin ada juga guru2 atau pelajar yang mencari lagu2 tersebut.
  1. Jingli Nona
  2. Kodok Ngorok
  3. Kookaburra Sini sana mix
  4. Kumbaya
  5. Lagu Kelana
  6. Lagu Pengakap Malaysia
  7. Lagu Pengakap Muda
  8. Lai Chi Kang
  9. Loy Krathong
  10. Lulalulale
  11. Mandolo
  12. Marilah ramai-ramai menyanyi
  13. Massa Billi mix
  14. Mosi Mosi Anone
  15. Mowgli Pergi Memburu
  16. Oh Semangat
  17. Pokare Rototua
  18. Potong Lalang
  19. Ram sam sam malu malu mix
  20. Rasa Sayang

Thursday, March 5, 2009

Petikan daripada Akhbar Harian Metro : Nasib Cikgu . . .


Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita mengalami detik mengerikan apabila mukanya disimbah cecair kimia oleh seorang lelaki tidak dikenali di depan sebuah sekolah menengah di Bangsar di sini, petang kelmarin.

Selain trauma, perbuatan gila lelaki bermotosikal itu mengakibatkan mata kanan mangsa nyaris buta apabila rosak teruk pada kornea dan kesan lecur di anggota badan.

Dalam kejadian jam 4 petang, guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ju sedang menunggu suaminya di depan pagar sekolah berkenaan selepas sesi persekolahan.

Mangsa ternampak seorang lelaki bermotosikal berusia 30-an dan memakai topi keledar penuh memasuki sekolah dalam keadaan mencurigakan.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi melihat lelaki terbabit melakukan satu pusingan di kawasan berkenaan sebelum memberhentikan motosikal di depan pagar.

“Selepas beberapa minit, dia mengeluarkan sesuatu seperti botol cecair sebelum mengisinya ke dalam satu cawan plastik,” katanya.

Ju berkata, tanggapan lelaki itu sedang menunggu anak ternyata meleset apabila dia menghidupkan enjin motosikal sebelum menghampiri dan menyimbah mukanya dengan cecair terbabit.

Dia menjerit sekuat hati meminta pertolongan dan sempat ternampak beberapa pelajar turut terkena simbahan.

Apabila Ju merasai muka serta badan amat panas, dia segera ke tandas sekolah untuk membasuhnya. Dakwa guru mata pelajaran Bahasa Inggeris itu, awalnya dia menyangka cecair cili, bagaimanapun terkejut apabila mata kanannya tidak dapat dibuka selain lecur di tubuh dan kesan terbakar pada colinya.

“Suami saya yang juga anggota polis tiba setengah jam kemudian membawa saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut.

“Doktor yang merawat saya memaklumkan 70 peratus kornea mata saya rosak dan tidak pasti jenis cecair itu. Doktor juga meminta saya datang semula untuk rawatan susulan,” katanya yang membuat laporan di balai polis berhampiran.

Menurutnya, dia yang lebih setahun mengajar di sekolah itu terkilan dengan kejadian berkenaan.

Ini kerana dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa, apatah lagi memarahi atau memukul pelajarnya.

“Apa yang saya tahu sebelum kejadian, sedikit perselisihan faham berlaku apabila seorang guru disiplin memarahi beberapa pelajar sekolah kerana dipercayai bergaduh dengan orang luar.

“Lelaki misteri yang menyimbah cecair ke arah saya itu berkemungkinan tersilap sasaran berikutan wajah guru terbabit agak mirip dengan saya,” katanya yang enggan membuat sebarang spekulasi dan meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, polis sedang menyiasat motif sebenar kes terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...