Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Friday, March 21, 2008

SOALAN PEPERIKSAAN TOV SPM 2008

Seperti yang dijanjikan, di sini saya "upload"kan sebahagian Soalan Peperiksaan TOV SPM yang lepas. Saya akan menambahkan soalan2 yang masih tertinggal dari semasa ke semasa. Jawapan tidak diberikan, diharapkan para pelajar dapat membuat sendiri atau berbincang dengan guru matapelajaran masing-masing.

Kualiti soalan tersebut adalah kurang baik kerana saya telah scan kertas soalan berikut dan bukannya dari fail MS Word. Oleh itu jika terdapat kesalahan dan kekurangan, harap difahami ........

  1. Bahasa Melayu [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris [K1] [K2]
  3. Sejarah [K1] [K2]
  4. Matematik [K1] [K2]
  5. Matematik Tambahan [K1] [K2]
  6. Pendidikan Agama Islam [K1] [K2]
  7. Fizik [K1] [K2] [K3]
  8. Kimia [K1] [K2] [K3]
  9. Pengajian Awam [K1] [K2]
  10. Pengajian Mekanikal [K1] [K2]
  11. Pengajian Elektrik [K1] [K2]
  12. Lukisan Kejuruteraan

Monday, March 10, 2008

Taman Tamadun Islam ( TTI )

Aku dan keluarga telah menyusuri Sungai Terengganu dan pergi ke Taman Tamadun Islam (TTI) untuk melihat sendiri keindahan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dengan menaiki perkhidmatan bot penambang. Bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan ini ialah RM35 sejam dan aku meluangkan masa lebih kurang 2jam di sana. Untuk sampai ke sini, kita boleh menggunakan perkhidmatan bas ataupun membawa kenderaan sendiri.

Walaupun Masjid Kristal mempunyai banyak kontreversi tetapi niat hanyalah untuk melihat seni pembinaan dan mengimbau kembali zaman kanak2 isteri ku yang menggunakan bot penambang ini dengan menyusuri Sg Terengganu ini. Aku sekeluarga sempat solat Zohor tetapi tidak sempat untuk melihat monumen2 yang lain. Mungkin selepas Taman Tamadun Islam ini siap sepenuhnya, aku akan kembali ke sini lagi .....

(Dalam gambar : Linda, Yana, Aku, Husna dan dlm pelukan isteriku, anak ketiga ku - Nur Syifa Hayati)

Friday, March 7, 2008

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2008/2009

Tanggal 6 Mac 2008, membuka lembaran baru dimana seramai 33 orang pelajar Tingkatan 4 telah secara rasminya dilantik sebagai Pegawas SMTD bagi Sesi 2008/2009. Majlis penyerahan watikah lantikan telah disempurnakan oleh En. Mohd Rosdi Bin Ismail, Penolong Pengarah BKTV, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Di majlis ini juga, diumumkan secara rasmi Ketua Pengawas iaitu Saudara Mohamad Nasih B. Saifullah dan Penolong Ketua Pengawas, Saudari Norfaizah Bt. Ahmad.

Pada tahun ini, dibawah kepimpinan En. Alias B. Muda, Badan Pengawas SMTD telah mempunyai logo mereka sendiri yang telah diilhamkan oleh En. Hasni B. Rais. Dengan pelancaran logo ini, diharapkan Pengawas lebih komitmen semasa menjalankan tugas untuk membantu sekolah menangani masalah disiplin supaya dapat memangkin kecemerlangan akademik tanpa melupakan tugas utama mereka iaitu "menuntut ilmu" sejajar dengan Moto Badan Pengawas SMTD, "Disiplin Pemangkin Kecemerlangan".

Dalam gambar dr kiri :
  1. Tn. Haji Awang B. Junoh (Pen. Kanan Pentadbiran SMTD)
  2. En. Mohd Rosdi Bin Ismail (Penolong Pengarah BKTV, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia)
  3. En. Mohd Yatim B. Mat (Pen. Kanan Hal-Ehwal Murid SMTD)

Tuesday, March 4, 2008

Semakan daftar mengundi

Tarikh mengundi telah ditetapkan pada

  • Tarikh : 8 Mac 2008
  • Masa : (8.00 pagi - 5.00 petang)
Pastikan anda menyemak tempat mengundi anda supaya
tidak tersalah pergi ke tempat mengundi dan jangan lupa
membawa kad pengenalan.....

Jika ingin menyemak daftar mengundi, sila ke
<klik sini>


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...