Friday, March 7, 2008

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2008/2009

Tanggal 6 Mac 2008, membuka lembaran baru dimana seramai 33 orang pelajar Tingkatan 4 telah secara rasminya dilantik sebagai Pegawas SMTD bagi Sesi 2008/2009. Majlis penyerahan watikah lantikan telah disempurnakan oleh En. Mohd Rosdi Bin Ismail, Penolong Pengarah BKTV, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di majlis ini juga, diumumkan secara rasmi Ketua Pengawas iaitu Saudara Mohamad Nasih B. Saifullah dan Penolong Ketua Pengawas, Saudari Norfaizah Bt. Ahmad.

Pada tahun ini, dibawah kepimpinan En. Alias B. Muda, Badan Pengawas SMTD telah mempunyai logo mereka sendiri yang telah diilhamkan oleh En. Hasni B. Rais. Dengan pelancaran logo ini, diharapkan Pengawas lebih komitmen semasa menjalankan tugas untuk membantu sekolah menangani masalah disiplin supaya dapat memangkin kecemerlangan akademik tanpa melupakan tugas utama mereka iaitu "menuntut ilmu" sejajar dengan Moto Badan Pengawas SMTD, "Disiplin Pemangkin Kecemerlangan".

Dalam gambar dr kiri :
  1. Tn. Haji Awang B. Junoh (Pen. Kanan Pentadbiran SMTD)
  2. En. Mohd Rosdi Bin Ismail (Penolong Pengarah BKTV, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia)
  3. En. Mohd Yatim B. Mat (Pen. Kanan Hal-Ehwal Murid SMTD)

0 comments: