
Buah naga mempunyai 3 jenis isi iaitu putih, merah dan kuning. Dipercayai buah naga isi putih mula-mula sekali diperkenalkan di Malaysia tetapi ianya kurang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di sini. Lagipun harganya di pasaran adalah lebih rendah dan rasanya kurang manis dan kurang sedap jika dibandingkan dengan buah naga isi merah. Buah naga isi kuning jarang ditanam kerana mempunyai buah dan isi yang kecil dan tidak sesuai untuk dikormersilkan. Buah naga isi merah adalah dari spesis yang paling sesuai dan bermutu untuk ditanam secara besar-besaran di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment