Akhirnya pokok naga (nama saintifiknya Hylocereus undatus) yg aku tanam dah mula berbunga, letih gak tunggu 1 tahun. Lagipun aku cuma tanam 2 rumpun je, itu pun disebabkan ada ruangan di halaman rumah so biarlah aku tanam pokok yg dapat memberikan hasil. Lagipun jangka hayat pokok ini adalah lama dan boleh hidup hingga 40 tahun. Harap2 bunga tersebut lekat dan dapat mengeluarkan buah. Jenis yg aku tanam ialah buah yg berisi merah, so kena tunggu keluar hasil baru dapat pastikan warna isi tu.
Buah naga mempunyai 3 jenis isi iaitu putih, merah dan kuning. Dipercayai buah naga isi putih mula-mula sekali diperkenalkan di Malaysia tetapi ianya kurang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di sini. Lagipun harganya di pasaran adalah lebih rendah dan rasanya kurang manis dan kurang sedap jika dibandingkan dengan buah naga isi merah. Buah naga isi kuning jarang ditanam kerana mempunyai buah dan isi yang kecil dan tidak sesuai untuk dikormersilkan. Buah naga isi merah adalah dari spesis yang paling sesuai dan bermutu untuk ditanam secara besar-besaran di Malaysia.