Saturday, January 30, 2010

Kursus Husna Mental Arithmetic Tahap 1

Penyampaian sijil oleh En. Azli Bin Haji SayutiPada hari Jumaat dan Sabtu (29&30 Jan 2010) aku telah mengikuti Kursus Husna Mental Arithmetic yang dikendalikan oleh pengasasnya sendiri iaitu En. Azli Bin Haji Sayuti. Beliau telah menubuhkan Pusat Pembangunan Kanak-kanak Husna berpengkalan di Damansara Damai, Sungai Buluh, Selangor. Kursus ini berlangsung dalam 2 hari bermula pukul 8.45 pagi hingga 5.00 petang.Kursus ini dianjurkan oleh Tabika...

Thursday, January 28, 2010

Majlis Pelantikan Ketua & Penolong Pemimpin Pelajar 2010

Barisan Pemimpin & Penolong Pemimpin Yang Diwatikahkan28 Jan - Pada hari ini berlangsungnya Majlis Pelantikan Ketua & Penolong Pemimpin Pelajar bagi sesi 2010 dimana ia telah dirasmikan oleh En. Saifullah B. Haji Musa, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun iaitu bekas Pengetua SM Teknik Dungun.Beliau juga berbesar hati untuk menyampaikan watikah pelantikan dan memberikan sedikit ucapan untuk menaikkan semangat...

Jadual Peperiksaan TOV Tingkatan 5 Negeri Terengganu 2010

Pagi ini bermulanya peperiksaan TOV Tingkatan 5 bagi pelajar2 SM Teknik Dungun, diharapkan semua pelajar bersedia dan menjawab dengan sebaik mungkin. Cubalah menilai diri sendiri sama ada, anda telah bersedia menghadapi peperiksaan yang besar pada akhir tahun ini iaitu peperiksaan SPM 2010 yang akan menentukan hala tuju kehidupan anda kelak.....Semoga Berjaya....

Wednesday, January 27, 2010

Rayuan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Ke SM Teknik Dungun Secara "Walk-in"

Berita baik kepada para pelajar yang berminat untuk memasuki SM Teknik Dungun, di mana terdapat kekosongan untuk semua aliran iaitu Pengajian Elektrik, Pengajian Mekanikal dan Pengajian Awam.Setiap pemohonan mestilah melepasi kriteria iaitu :Bahasa Malaysia - BBahasa Inggeris - BMatematik - BSains - BKemahiran Hidup - BSemua permohonan mestilah melalui Tuan Pengetua, Tuan Haji Alwi B. Mohd Ali dengan menghubungi pihak sekolah dengan menelefon di talian 09-8452700 atau datang sendiri ke pejabat sekolah dengan membawa slip keputusan PMR 2009 dan...

Tuesday, January 26, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : 20 Sekolah Hebat

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan...

Sunday, January 24, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : Tunku Ibrahim Dimasyhur

TUNKU Ibrahim membaca watikah pemasyhuran bagindasebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru.JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Ismail dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar di sini, semalam, menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat di Hospital Pakar Puteri, kelmarin.Pelantikan Sultan Ibrahim Ismail dilakukan mengikut Fasal 8 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 sebagai...

Thursday, January 21, 2010

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Harga Rokok Mungkin RM50

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok. Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok. ''Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada...

Monday, January 18, 2010

TERKINI : Semakan Kemasukan Ke Sekolah Teknik & Vokasional Tahun 2010

Di bawah ini merupakan laman web untuk menyemak permohonan anda :SEMAKAN KE SEKOLAH TEKNIK & VOKA 2010"Selamat Berjaya"Jika permohonan anda tidak berjaya :Sila hubungi SM Teknik / Vokasional yang terdekat untuk mengetahui jika ada kekosongan.Lebih baik jika anda datang sendiri ke sekolah dengan membawa salinan keputusan PMR 2009 anda.Sebarang keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan bagi setiap SM Teknik dan Vokasional terseb...

Sunday, January 17, 2010

Jadual Kem Kecemerlangan Fasa 1 Tahun 2010

Kem Kecemerlangan Fasa 1 untuk Tahun 2010 telah bermula pada hari ini sehingga 21 Januari 2010. Program ini dimulakan dengan solat hajat yang dilakukan di Surau Al-Kauthar SM Teknik Dungun dengan tujuan mendapat keberkatan daripada Allah.Program ini telah dirancang oleh Unit Kecemerlangan SMTD dengan mendapat kerjasama daripada setiap panitia mata pelajaran. Semoga para pelajar dapat mengikuti jadual yang dirancang supaya program ini dapat berjalan...

Friday, January 15, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : Tambahan Peruntukan Makanan Asrama Kepada 240 Hari

Kementerian Pelajaran akan menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari setahun dalam tempoh terdekat selepas mengambil kira kesukaran ibu bapa menyediakan perbelanjaan tambahan anak mereka pulang ke rumah setiap minggu berikutan asrama tidak menyediakan makanan setiap Sabtu dan Ahad.Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian turut mengambil kira pelajar daripada keluarga miskin yang tidak mampu membayar tambang pergi dan balik ke rumah setiap minggu atau menyediakan duit tambahan membeli makanan.Beliau...

Thursday, January 14, 2010

Info Semakan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Ke sekolah Teknik & Vokasional sesi 2010

Kepada semua pemohon untuk kemasukan pelajar Tingkatan 4 ke Sekolah Teknik & Vokasional untuk sesi 2010 boleh menyemak status permohonan pada 18/01/2010 sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. Sebelum tarikh tersebut, pautan laman web tersebut masih tidak diakses sepenuhnya, harap maklum...

Tuesday, January 12, 2010

Perjumpaan Kadet Remaja Sekolah SM Teknik Dungun Kali Pertama Sesi 2010

Perjumpaan pertama bagi Pasukan Kadet Remaja Sekolah SM Teknik Dungun bagi sesi 2010 telah berlangsung pada 12/01/2010 bertempat di Dewan Gemilang SMTD pada pukul 3.30 petang dan tamat pada 5.00 petang.Pada perjumpaan pertama ini, telah dilakukan pemilihan pucuk pimpinan Pasukan KRS bagi sesi 2010 melalui mesyuarat agung kali pertama ini.Senarai AJK Induk KRS 2010 adalah seperti berikut:GURU PENASIHATEN. MOHD AZHAR BIN KORDI (KETUA KADET LELAKI)PN....

Sunday, January 10, 2010

Perjumpaan Rumah Sukan SM Teknik Dungun Tahun 2010

Perjumpaan Rumah Sukan SMTD Kali Pertama telah diadakan pada hari Ahad bertarikh 10.01.2010, masa 2.00 ptg bertempat seperti di bawah :Rumah Sukan Heksagon - Dewan Besar (Depan)Rumah Sukan Multimedia - Dewan Besar (Belakang)Rumah Sukan Biotek - Student SquareRumah Sukan Kinematik - KantinPada tahun ini aku disenaraikan dalam Rumah Sukan Biotek dimana penasihat rumah sukan ini ialah GKMP Teknik & Vokasional iaitu En. Ramli Bin Harun dan ketua...

Mesyuarat J/K Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2010

Mesyuarat Jawatan kuasa Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 ke SM Teknik Dungun untuk sesi 2010 telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada 10/01/2010 pukul 1010 pagi bertujuan untuk memastikan kelancaran pendaftaran pelajar pada 25/01/2010 ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Alwi Bin Mohd Ali dan dibantu oleh penyelaras Tingkatan 4 iaitu Pn.Zaharah Bt. Bidin.Secara amnya, senarai nama pelajar Tingkatan 4 akan sampai ke SM Teknik Dungun pada 16/01/2010 dan surat tawaran akan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia...

Sunday, January 3, 2010

Hari Pertama Persekolahan Di Tabika Al-Hakim

Kedua-dua anak aku memulakan hari persekolahan di Tabika AL-Hakim, Taman Anjaria, Dungun dengan penuh bersemangat walaupun pada awalnya mengeluar sedikit air mata. Biasa le apabila telah berjumpa dengan kawan2, perangai cerianya mulai kelihatan. Anak aku yang sulung tidak mempunyai masalah kerana telah bersekolah di sini pada tahun lepas, cuma anak kedua yang mempunyai sedikit masalah kerana terpaksa berpisah dengan botol susu dan bantal busuknya...

Friday, January 1, 2010

Mesyuarat Guru SMTD Kali Pertama Sesi 2010

Mesyuarat Guru SMTD Kali Pertama Sesi 2010 telah di adakan pada 31/12/2009 bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMTD iaitu Tuan Haji Alwi Bin Mohd Ali dan diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai PP Dungun iaitu Encik. Idris Bin Bidin.Selepas tamat mesyuarat guru tersebut, berlangsung pula Mesyuarat J/K Kurikulum Sekolah yang tidak lari daripada membincangkan strategi2 untuk meningkatkan pencapaian SPM...